#5 DONAT PARMESAN

alhamdulillah.. disebabkan kes semalam harini buat donat Parmesan pulak, tak puas semalam tarik popiah, harini kita tarik donat pulak ya. nampak tak ada donut normal ada donat gemuk. yang gemuk tu shu letak parmesan di dalam nya. :)



Donat Parmesan

Bahan-bahannya :
  • tepung gandum
  • susu pekat manis
  • yis
  • garam
  • air masak
  • minyak masak
  • mentega/marjerin

Cara-caranya :
  1. bancuh air masak bersama yis dan garam. air tak terlalu panas, tak terlalu sejuk.
  2. satukan tepung gandum, susu, mentega/marjerin dan minyak masak. gaul hingga tiada ketulan.
  3. masukkan bancuhan yis tadi. adun buat seketika selama 3 minit.
  4. biarkan selama 20 - 30 minit bertutup.
  5. bila adunan sudah mengembang, tumbuk sikit buang angin dalam badan adunan tu.
  6. boleh canai ikut kehendak masing-masing. boleh letak bersama parmesan, coklat, atau pun guna acuan donat.
  7. biarkan seketika di dalam bekas yang sudah di tabur tepung agar doh tak melekat.
  8. goreng hingga donat kekuningan.
  9. sedia untuk dihidangkan.
  10. untuk frozen, goreng sekejap untuk mematikan yis. boleh simpan di tempat beku bila donat sudah sejuk.


nota : tarik masa donat masih panas, hahaha best!


#5 DONAT PARMESAN #5 DONAT PARMESAN Reviewed by Shuhaida Saad on 27 January Rating: 5

2 comments

  1. perghh nampak mengancam sangat niii! T-T

    ReplyDelete
  2. sodapnya...bestnya pandai buat kuih

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90