21 January 2018

Langkah Jika Bungkusan Aluminium Susu Koyak (Mead Johnson)

entri sebelum ni, shu nak cerita pasai kes bungkusan aluminium susu (kotak) Enfagrow A+ terkoyak. kejadian ni sebenarnya dah lama berlaku, jadi Shu update gambar google. bukan gambar dari Shu sendiri.


ceritanya macam ni, Shu beli bungkusan (kotak) susu Enfagrow A+ 600g dipasaraya dekat rumah Shu, kebetulan hujung bulan, terpaksa beli kotak :) , selalunya Shu beli dalam tin 1.7kg tu. balik rumah Shu buka kotak dan dapati bungkusan aluminium tersebut koyak di bawah. 


kelam kabut + takut jugak apa Shu perlu buat kalau kes ni terjadi. sebab risau kandungan yang terdedah dan kesan setelah bungkusan terkoyak


  • call customer service Mead Johnson pada keesokan hari nya untuk buat aduan dan buat claim.
  • kenal pasti bar code kotak susu, tarikh luput, tarikh dikilang, semuanya tercatat dalam kotak susu itu sendiri, jangan susah payah p google pulak.
  • selepas dapat kenal pasti bar code yang terlibat. pihak Mead Johnson akan dapatkan alamat kita, untuk proses penukaran kotak yang terkoyak dengan kotak baru.
  • simpan dan jangan usik mana-mana bahagian kotak tersebut sehinggalah Mead Johnson hantar kotak yang baru. jangan memandai p potong ka p buang kotak ka. paham? (nada amaran)
  • selepas 3hari waktu bekerja (kalau tak silap Shu) abam pos yang hensem akan datang bersama kotak besar paras lutut Shu. bersama surat aduan dan sekotak susu yang baru, yeay!
  • walau macam mana keadaan sekalipun, suruh/paksa abam pos untuk tunggu kita packing dan pulangkan semula pada waktu yang sama. di sini, free of charge ok.
  • jikalau abam pos sudah balik, esok pergilah sendiri pejabat pos untuk pos semula kotak tu. :p

maka kejadian ini lebih kurang seminggu baru settle. nak tak nak terpaksa beli kotak yang lain sementara kes ni settle. :) nak tunggu kotak baru jugak, mau kebuluran Sophea ni.



terima kasih kepada pihak Mead Johnson kerana menyediakan servis yang terbaik ini. ini buat Shu tak nak bertukar ke susu lain ni. hehehe

1 comment: