Drama | Discovery of Romance (2014)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Jung Yoo Mi as Han Yeo Reum, Eric Mun as Kang Tae Ha, Sung Joon as Nam Ha Jin, Yoon Jin Yi as An Ah Rim.
Negara: Korea Selatan
Episod: 16

Hari ini nak review drama yang baru ditonton di Netflix, sebelum terlupa jalan cerita.

Kisah mengenai seorang gadis Han Yeo Reum yang telah bercinta selama tiga tahun bersama Nam Ha Jin. Namun, tetiba bekas teman lelakinya, Kang Tae Ha muncul kembali dan memohon kemaafan.



Ha Jin bertemu dengan seorang gadis disebabkan ibunya telah mengatur pertemuan itu, namun kantoi dengan Yeo Reum. Dalam strategi mengintai teman lelakinya, Yeo Reum bertemu semula bekas kekasihnya tanpa disengaja. Peluang ini digunakan oleh Tae Ha untuk bersama Yeo Reum kembali, namun ditolak! Dalam suasana kelam kabut, handphone mereka tertukar.

Masing-masing saling tidak mempercayai antara Yeo Reum dan Ha Jin. Timbul syak wasangka antara mereka. Tae Ha pula makin hari mula jatuh cinta dengan Yeo Reum. Kenangan lama terlayar kembali.

Di akhir penceritaan, Yeo Reum memutuskan hubungan bersama Ha Jin. Tae Ha menarik diri. Tika menerima kad jemputan perkahwinan dari Ha Jin, membuatkan Tae Ha tersentak. Oh aku akan kehilangan Yeo Reum! Rupanya tidak!



Cumanya, watak Yeo Reum ni tak kuat seperti lalang. Putus tanpa bersebab, bercinta dengan orang lain, kemudian kembali bercinta dengan orang pertama. Habis orang kedua seperti cina buta jelah.

Overall boleh lah untuk dilayan. ^^

Terima kasih,

Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (15) AmilSafwan (1) Drama (25) Family (13) Giveaway (15) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (34) Makan (20) Parenting (7) Peribahasa (353) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (54) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)