#342 Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Akibatnya

Assalamualaikum  


Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Akibatnya :- Kata-kata yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik dan sendirinya yang menanggung akibatnya.


Share:

Paramount Coffee House Seksyen Bangi

Assalamualaikum

Selepas aktiviti di Putrajaya, shu dan rakan sekerja yang lain mengisi masa "lapang" lunch hari Jumaat yang agak panjang tempoh hari dengan mencuba menu di Paramount Coffee House Seksyen 9, Bangi. Sapa tak kenal owner kepada restoran ini?

Shu suka Mak's Chili Padi Chicken nya cuma terlebih minyak sambal tu. Dari segi rasa, the best!


Dan paling shu suka Waffle Triple Choc nya! terbaikkk! ini gambar dari google, tak sempat bergambar dengan waffle, dah licin. Choc nya memang tak muak.


Dalam entri makanan, tak boleh cerita panjang, sebab nanti bertambah lapar. 

Sekian.

Share:

[Entri Bergambar] Lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya

Assalamualaikum  

Entri lama yang belum sempat di update. Minggu lepas, shu dan rakan yang lain melibatkan diri dalam lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14, Putrajaya. Semasa sesi lawatan tempoh hari, ramai pelawat yang berkunjung, dan kami semua dapat melihat mesin mencetak naskah Quran.

Ukiran di dalam komplek yang sangattt indah.







Antara Motif Negeri Kedah, diadaptasi daripada tembok Masjid Zahir


Motif dari Negeri Johor
Quran berharga RM35,000.00



Sekian,

Share:

#341 Tawar Hati

Assalamualaikum  


Tawar Hati :- Tidak bersemangat.


Share:

#340 Tarik Muka

Assalamualaikum  


Tarik Muka :- Tidak berpuas hati.


Share:

#339 Tangkap Muat

Assalamualaikum  


Tangkap Muat :- Pilih tidak teliti.


Share:

#338 Tangkai Jering

Assalamualaikum  


Tangkai Jering :- Kedekut.


Share:

#337 Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata

Assalamualaikum  


Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata :- Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara.


Share:

#336 Tak Lapik Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

Assalamualaikum  


Tak Lapik Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas :- Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh.


Share:

#335 Tajam Akal

Assalamualaikum  


Tajam Akal :- Cerdik.


Share:

#334 Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Assalamualaikum  


Sudah Terhantuk Baru Terngadah :- Sudah terkena, hanya teringat.


Share:

#333 Sirih Pulang Ke Gagang

Assalamualaikum  


Sirih Pulang Ke Gagang :- Kembali ke tempat asal.


Share:

Drama : Falling for Innocence (Beating Again)

Assalamualaikum  


Drama: Falling for Innocence (Beating Again)
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 3, 2015 - May 23, 2015
Duration: 60 min.
Main Role : Jung Kyung Ho(Kang Min Ho / James Kang / "Captain Hook"), Kim So Yeon(Kim Soon Jung), Yoon Hyun Min(Lee Joon Hee)

Drama yang tak mengecewakan. Min Ho pada mulanya bertujuan untuk membalas dendam. Namun mulai berubah setelah melakukan pemindahan hati, dengan tunang Soon Jung yang mati akibat kes bunuh. Sejak dari tu, si Min Ho ni asyik bermimpi buruk seolah-olah hint kepada siri pembunuhan tu.

Dalam pada tu, Min Ho ni terpikat dengan Soon Jung. Tanpa sedar rupanya kawan sepermainan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan ini, Joon Hee.

Dalam memikat Soon Jung macam-macam dia dah cuba, part ni sangat kelakar. Watak yang dibawa oleh Min Ho, sangat comel pada shu. Soon Jung nampak sangat matang. Dengan pelakon pembantu yang buatkan cerita ni sangaaaatt kiut miut.


Boleh tonton di Netflix. 

Share:

Pengalaman Mengajar Kita

Assalamualaikum  

Peribahasa kita tergendala agak lama, shu tak dapat nak update beberapa hari yang lepas. InsyaAllah sebelum bermula tahun baru 2020, semua peribahasa kita akan siap. Ini bermakna terdapat lebih kurang 365 peribahasa untuk kita belajar atau mengimbas kembali. Sekiranya ada peribahasa baru, mohon kongsikan untuk tambahan ilmu. Kalau shu terkurang, mohon maklumkan. :)

Busy tu sikit, selebihnya adalah rahsia. hikss..

Ok berbalik kepada pengalaman shu tempoh hari. Pengalaman mengajar kita. Hari itu shu p buat tempahan rubber stamp di suatu kedai memang dikatakan murah. Pada hari itu shu terkejut bila dapat tahu harga keseluruhan agak mahal. Bila ditanya lebih lanjut, bagi shu tak lah mahal sangat. Tempahan untuk rubber sahaja untuk 7 baris alamat bernilai RM11.00 sekali pasang ke dalam self-inking sedia ada. Menjadikan mahal itu bila kita buat baru.

Related image

Berbalik pada entri, entri review drama akan menyusul dalam masa terdekat.

Penyakit M masih melekat pekat dalam jiwa.

Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (32) Makan (19) Parenting (7) Peribahasa (341) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (53) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *