#302 Rumah Siap Pahat Berbunyi

Assalamualaikum  

 

Rumah Siap Pahat Berbunyi :- 
Kerja yang sudah siap, tetapi tidak sempurna atau masih dipertikaikan.

Share:

#301 Rumah Buruk Disapu Cat

Assalamualaikum  

 

Rumah Buruk Disapu Cat :- Orang tua yang gemar bersolek.

Share:

#300 Ringan Tulang

Assalamualaikum  

 

Ringan Tulang :- Rajin.

Share:

Kopia @ Popia Supering dari Sofia

Assalamualaikum

Hai semua. Happy Dewali semua. Happy holiday. Anak-anak pun cuti sekolah, apa aktiviti anda dan anak-anak dirumah hari ini? Ada yang meluangkan masa beriadah dengan anak-anak, ada yang berkebun dengan anak-anak, seronok nya hati anak-anak bila ibu bapa luangkan masa bersama tika cuti sebegini.

Sofia dirumah menghabiskan masa di ruangan dapur dengan ibu dia. Nak berkebun atau cuci kereta, sekarang tengah hujan on off. Aktiviti kami dua beranak di dapur adalah memasak! 

Sofia panggil Kopia supering. Puas sudah dibetulkan sebutan kopia kepada popia. Akhirnya kopia yang dapat nama. Hari ini Shu bagi satu task kepada beliau dengan memotong, mengasing kulit-kulit popia dan sadurkan popia yang telah digoreng dan ditoskan dengan serbuk supering.

Walaupun dapur bersepah dengan popia dan serbuk supering ni, tapi puas hati Sofia dapatkan siapkan task dengan jayanya. Haa tepuk tangan. Terlebih sadur popia dengan serbuk supering kali ini, sebab cef lain.


Kebetulan selesai kemas dapur, sedang berehat di ruang tamu. Nenek Semenyih datang bertandang, jadi Sofia hidangkan nenek Semenyih dengan Kopia Supering beliau. Diberi sebalang Kopia Supering dengan nenek Semenyih untuk dihabiskan. hihi

Share:

Segmen 1st Blogversary TWJ

Assalamualaikum  


Syarat Penyertaan di
https://inspiringsharing.blogspot.com/2019/10/segmen-1st-blogversary-twj.html

Tarikh Tutup adalah 31/10/2019

Soalan untuk TWJ : 
Kenapa pilih nama blog, The Wonderful Jannah?

Ucapan : 
Happy 1st Blogversary to TWJ. Pejam celik pejam celik sudah setahun usia blog TWJ ni. Blog TWJ pun sudah ramai follower, keep it up. Semoga sukses selalu. :)

Share:

#299 Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul

Assalamualaikum  

 

Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul :- 
Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja.

Share:

#298 Ringan Mulut

Assalamualaikum  

 

Ringan Mulut :- Peramah. 


Share:

#297 Ringan Kepala

Assalamualaikum  

 

Ringan Kepala :- Mudah memahami sesuatu yang diajarkan.
 

Share:

COMEBACK GIVEAWAY BY FARAH FARHANA

Assalamualaikum  


Syarat Penyertaan klik sini

Tarikh Tutup 25/11/2019

Tag : A B C

Share:

#296 Rezeki Mata

Assalamualaikum  

 

Rezeki Mata  :- Sesuatu perkara yang bagus ditengok.

Share:

#295 Rezeki Harimau

Assalamualaikum  

 

Rezeki Harimau :- Makanan yang ramai dan berjenis-jenis. 

Share:

#294 Retak-retak Mentimun

Assalamualaikum  

 

Retak-retak Mentimun :- Retak halus yang cuma di luar saja.

Share:

Anak Bukan Sarkas Aksi Mengundang Padah

Assalamualaikum  

Share:

#293 Rendah Diri

Assalamualaikum  

 

Rendah Diri :- Tidak sombong.

Share:

#292 Rebung Tidak Miang, Bemban Pula Yang Miang

Assalamualaikum  


Rebung tidak miang, bemban pula yang miang :- 
Orang bersangkutan senyap diri, orang lain pula yang campur tangan.

Share:

Sekitar Majlis Perkahwinan Sepupu Sofia

Assalamualaikum  

Entri terperam. 28/09/2019 yang lepas, kami sekeluarga ke Persiaran Bukit Bangkong, Sepang untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu Sofia. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.


Anak dara nak bertudung harini. Shu pesan pada Sofia, kalau bertudung tak boleh suka-suka buka tudung. Alhamdulillah mendengar kata, berkawad dalam masjid tu sampai tudung herot petot, masih lagi di kepala.


Selepas majlis di masjid, kami ke rumah pengantin lelaki menunggu sementara pengantin siap untuk majlis bersanding, tudung dah tercabut dah sebab main berlari sana sini.

Sekarang dalam perjalanan ke program membersihkan sungai kita bersama ayah Jijoi.

Sekian.

Share:

Set Combo Abg Sado MamaSab Bakery

Assalamualaikum  

Sakan malam ni, lepas makan dan makan lagi. Alhamdulillah semoga murah rezeki ayah Jijoi lepas ni. Aamiin..


Beli dari kawan beliau, rupanya set combo Abg Sado. Allahu.. usus mana lagi nak disuap malam-malam beli benda ni. Shu memang suka Congo Bar yang penuh dengan choc chips.

Image may contain: 1 person, text and food
Sado sangat ayah Sofia tu

Image may contain: text

MamaSab Bakery yang viral sehari dua ni. Tak sangka encik suami lebih pantas bertindak. huhu selain dari brownies, MamaSab Bakery ada juga menjual dan menerima tempahan pelbagai jenis kek seperti dibawah, dan banyak lagi boleh tengok di laman Facebook beliau. www.facebook.com/bakery.mamasab.

Image may contain: food

Image may contain: plant and food

No photo description available.

Image may contain: food

Image may contain: dessert and food

Dan yang paling shu tertarik adalah Kambing Perap beliau!!

Share:

[Entri Bergambar] Sekitar Majlis Perkahwinan Dato' AA

Assalamualaikum ♥ 

Entri bergambar yang pertama bagi tahun ni. Pada hari Ahad yang lepas 13/10/2019, suami ada mengajak untuk ke kenduri kawan beliau. Disebabkan dapur tak berasap pada hari tu, makanya bergegas ibu dan anak dara ni bersiap. Sesampai majlis patut teman rasa kemain lagi majlisnya. Kita layankan sajalah anak dara ni bergambar.

Muka kemana dah rupa dia.

Tunggu turn untuk bergambar. Bodyguard di tengah-tengah pelamin.
Berlatar belakang singgahsana nan indah.

Bersama adik Dato' AA dan isteri, teman sekampung.
Bersama Dato' AA dan isteri. Lembut orangnya. Anak dara i yang paling happy dekat situ.
Apa-apapun terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga. tajuk entri harini kemain berDato'. maaf-maaf..

sekian.

Share:

#291 Rebung Tidak Jauh Dari Rebungnya

Assalamualaikum  


Rebung tidak jauh dari rebungnya :- Kelakuan anaknya yang tidak jauh dari tingkah laku ayahnya.

Share:

#290 Ranting Reput

Assalamualaikum  


Ranting reput :- Sesuatu sudah tiada harapan.

Share:

#289 Rambut Sama Hitam Hati Lain Lain

Assalamualaikum  


Rambut sama hitam, hati lain-lain :- Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan.

Share:

#288 Rambang Mata

Assalamualaikum  


Rambang Mata :- Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih. 

Share:

Cara Mengenal Orang 'Toksik' Dalam Hidup Anda

Assalamualaikum  

Orang yang toksik lazimnya ada di mana-mana. Baik disekolah, jiran tetangga mahupun rakan sepejabat. Bagaimana mengenali manusia toksik ni?

1. Kaki Gosip
Mereka mendapat keseronokan dengan menjaja kesusahkan atau penderitaan orang lain. Mungkin seronok sebab dapat mengetahui rahsia peribadi dan cerita dalam kain orang lain, dan paling sedih bila cerita itu ditokok-tambah. Kesian mangsa yang tak tahu apa-apa.

Image result for kawan toksik

2. Berangin
Ada sesetengah tidak tahu langsung kawal emosi dan perasaan mereka. Sikit-sikit nak marah. Manusia berangin ini sentiasa anggap orang sekeliling sebagai punching bag dan elakkan bergaul dengan mereka.

3. Mereka 'Drama Queen'
Kepada anda yang lurus, anda hanya akan nampak seolah-olah orang-orang sebegini selalu bernasib malang. Anda sering akan mendapati bahawa seseorang toksik hidup penuh dengan drama.

4. Selalu Membuat Anda Dilemma
Dari kategori ini amat sukar dikenal pasti kerana pada mulanya, kita akan berasa empati dengan masalah mereka. Namun lama-kelamaan, anda mula nampak yang mereka ini sebenarnya menjadi mangsa dalam semua keadaan. Lama-lama mereka akan naik lemak, sehingga sekecil-kecil perkara pun jadi isu besar yang kononnya mereka lah mangsa.

5. Terlalu bangga dengan diri sendiri
Mereka selalunya asyik bercerita tentang diri mereka saja, hingga tidak peduli anda atau masalah yang anda hadapi. 

6. Hasad Dengki
Mereka ini tidak pernah faham erti bersyukur. Mereka sentiada berasa dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain. Elakkan bersama orang sebegini, kerana ia boleh membuatkan anda berasa ragu-ragu dengan keupayaan sendiri.

7. Mereka Selesa Berbohong
Mereka suka membelit dan mereka-mereka cerita dalam segala hal. Jalan cerita mereka selalu menyimpang jauh, menyorok maklumat atau berbohong secara direct. Mereka menyembunyikan kebohongan mereka disebalik kata-kata manis.

8. Judgmental
Mereka ini gemar menyuarakan pendapat apa yang cool dan apa yang tidak. Kadang-kadang mereka punya penilaian itu buat anda rasa seperti sampah. Mereka tidak menghargai dan belajar daripada orang yang berbeza pendapat dengan mereka.

9. Bongkak
Mereka merasakan merekalah manusia paling sempurna atas muka bumi ini. Semua barang nak ditayang, paling teruk apabila barang kepunyaan orang lain diperlekehkan. 

10. Negatif
Orang yang mempunyai aura negatif ini merupakan seorang yang bersikap pesimis dan sentiasa berfikiran 'susah', 'takut', 'tak boleh' atau ada saja komen dan alasan negatif yang diberikan.

11. Mereka Pakar Memanipulasi Keadaan
Mereka ini bijak membuatkan anda rasa berhutang sesuatu dengan mereka dan berterusan mengambil kesempatan terhadap anda.

12. Projecting Perasaan Mereka ke Dalam Anda
Mereka tidak mengaku apa yang mereka rasa, sebaliknya mereka berkelakuan seolah-olah anda yang sedang mengalaminya. Sebagai contoh, dia rasa cemburu tapi tidak mengakuinya. Malah menuduh anda pula yang cemburu terhadapnya.

13. Mereka tidak Pernah Mengaku Salah
Selalunya mereka sukar meminta maaf. Sesetengah hanya mahu menang dan tiada gunanya anda melayan orang sebegini.

14. Mereka Selalu Meninggalkan Perbualan Tergantung
Mereka tidak menjawab mesej anda. Mereka tidak melayan panggilan telefon. Anda akan tertanya-tanya dan kerap berteka-teki dengan mereka, andakah urusan anda dengan dia sudah selesai? Anda tak tahu mereka masih hidup atau sudah mati.

15. Mereka menggunakan perkataan lembut dalam nada yang makan dalam.
Ayat sinis sudah menjadi amalan mereka. Mereka gemar membuat ayat makan dalam agar kita berasa bersalah atau kecil hati.

16. Bercakap benda yang tiada kaitan.
Mereka selalu mengungkit benda yang telah lepas. Apabila ada pertikaian dan anda cuba untuk menyelesaikan, sahabat toksik akan membawa point yang tidak relevan daripada peristiwa-peristiwa yang lalu.

17. Mereka suka memperbesar-besarkan dan meyalahkan orang lain
Apa yang diungkapkan mereka, seolah-olah kita yang salah dan membuatkan mereka bersedih. Mereka sering menyalahkan orang lain terhadap masalah yang mereka lakukan. Malah anda juga akan dipersalahkan.

Toksik sinonim dengan racun, maut dan tidak sihat. Kaedah terbaik adalah mengurangkan perhubungan dengan mereka. Jangan rasa bersalah dan teguhkan hati. Cintai diri sendiri dahulu sebelum mencintai orang lain.


Dari Abu Musa Asy-Asy’ari, Rasulullah saw. Bersabda :

"Sesungguhnya, Perumpamaan Teman yang Baik dan Teman yang Buruk, adalah Seperti Penjual Minyak Wangi dan Tukang Pandai Besi.

Seorang Penjual Minyak Wangi akan memberi kamu Minyak, atau kamu Membelinya, atau kamu mendapati Bau yang Harum darinya.

Sedangkan Pandai Besi, maka bisa jadi akan Membakar bajumu dan bisa pula engkau mendapati darinya Bau yang Busuk”


(HR. Muttafaq ‘Alaih).

Sekian

kredit : 
iluminasi.com - 9 Jenis Manusia Bertoksik Yang Perlu Anda Jauhi.
akuislam.com - 13 Cara Sahabat TOksik Membuatkan Anda Menderita

Share:

#287 Rabun Ayam

Assalamualaikum  


Rabun Ayam :- Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam.

Share:

#286 Ringan Tulang, Berat Perut

Assalamualaikum  


Ringan tulang, berat perut :- Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih.


Share:

Cara Mudah Masak Nasi Tanpa Kerak

Assalamualaikum  

Seminggu ni datang angin nak masak nasi dalam mug. Bila tengok kerak nasi hampir setiap hari dibuang, walaupun sudah dikikis hingga lapisan nipis, waktu mencuci periuk, masih ada sisa kerak nasi, terasa sayangnya dibuang. Penat ayah dikampung menanam padi.

cara masak nasi
Gambar : Google
Percubaan pertama nasi masak tapi lembik kerana lebihan air. hikss.. Percubaan kedua dan seterusnya nasi masak dengan baik. Sofia memandai letak nama, nasi cawan! Dipelawa ayah makan nasi "ayah jom lah makan nasi cawan dengan Ibu dan Sofia"

Setakat 3 perut yang jamah nasi, Shu hanya guna kaedah ni. Kalau untuk sedara mara datang berkunjung, berbaloi masak nasi guna periuk tu sendiri.

Caranya yang sangat mudah semudah ABC :-
  • Cuci beras sehingga bersih seperti biasa.
  • Letak beras suku mug
  • Letak air suku beras, jangan terlalu banyak nanti lembik
  • Susun mug di dalam periuk eletrik, dan isi air paras beras tadi (anggaran) didalam periuk eletrik
  • Kemudian tekan butang on, tunggu hingga masak dan offkan periuk

Share:

#285 Puteri Lilin

Assalamualaikum  


Puteri Lilin :- Seseorang yang tidak tahan dengan panas.




#maaf kerana lebih sepuluh hari peribahasa tidak diupdate. shu terpaksa buat sekali sehari berikutan masalah-masalah tertentu.

Share:

SRK Menjadi Pilihan Sofia Menimba Ilmu

Assalamualaikum  

Setelah perbincangan dan perbincangan dibuat dalam memilih sekolah untuk Sofia, Alhamdulillah kata sepakat telah dibuat, dan Smart Reader Kids menjadi pilihan. Walaupun pada mulanya berbolak balik untuk hantar Sofia ke Krista.

Image result for smart reader

Ibu kena terima anaknya akan menimba ilmu di SRK ya. hee dan yuran pendaftaran telah dibuat. Jadi, memang confirm Sofia akan ke SRK. Sebelah petang akan ke Rumah Transit dan masih boleh berjumpa kawan-kawan beliau. Sayang sangat nak tinggalkan kawan sepermainan walaupun besar dari beliau.

Cuma, pada sebelah petang Sofia akan beriadah bersama kawan-kawan berbanding Krista (ada kelas agama sebelah petangnya), eh!

Belajar rajin-rajin, agar mencapai cita-cita Sofia nak jadi doktor dan belikan ibu kereta. Aamiin. Ibu doakan anak ibu mencapai cita-citanya.

Share:

#284 Pipit Sama Pipit Enggang Sama Enggang

Assalamualaikum  


Pipit Sama Pipit Enggang Sama Enggang :- Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat.


Share:

#283 Perut Kosong

Assalamualaikum  


Perut Kosong :- Lapar.

Share:

#282 Perang Mulut

Assalamualaikum  


Perang Mulut :- Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata.


Share:

#281 Pelanduk Dua Serupa

Assalamualaikum  


Pelanduk Dua Serupa :- Dua orang yang seolah-olah rupanya.


Share:

Pilihan Masih di Tangan IbuBapa - PreSchool

Assalamualaikum 

Pejam celik pejam celik anak ibu sudah hampir lima tahun, cukup lah bermain di taska bersama adik-adik yang lain. Sudah tiba masa untuk timba ilmu. Lepas ni dah jadi orang besar dah, bangun pagi, galas beg ke sekolah dan belajar. Takda masa untuk hisap botol susu jalan keliling rumah ya. hihi padahal mek Sofia minum susu sebelum tidur saja.

Setelah beberapa sekolah sudah dicari dan akhirnya tinggal dua sekolah yang menjadi "perbalahan" ibu dan ayah Sofia. Ibu pilih Krista Kindergarden, ayah pilih Smart Reader Kids.
Related image
Krista Kindergarden :
1. Sesi persekolahan sebelah pagi
2. Sesi petang - agama dan aktiviti lain
3. Pembelajaran : BM, BI, Math sebelah pagi, rest/tidur. Agama sebelah petang.
4. Makan 5 kali sehari
5. Jarak dari rumah 5km
6. Yuran sebulan RM5XX (inc sesi petang)

Image result for smart reader

Smart Reader Kids :
1. Sesi persekolahan sebelah pagi sahaja
2. Sesi petang akan ke transit berdekatan rumah + transportation
3. Pembelajaran : BM, BI, Math, Agama dll (sesi pagi)
4. Makan 1 kali sehari + 1 kali di transit
5. Jarak dari rumah 350m
6. Yuran sebulan RM3XX + Rumah Transit RM1XX + Transportation RMXX

Masih berbincang dan perlukan masa untuk buat keputusan. Kalau Krista, ibu akan bertanggungjawab sepenuhnya dari segi penghantaran Sofia ke sekolah sebab Krista hanya satu jalan untuk ke tempat kerja ibu. Hantar pagi ambil petang. Menjadi persoalan nanti, sekiranya ibu kena masuk kerja awal seminggu dalam sebulan, haruskah ibu angkut anak ibu ke tempat kerja dahulu sebelum ke sekolah? hahaha

Sekiranya memilih Smart Reader, ayah beliau boleh tolong hantarkan sekiranya ibu kena masuk kerja awal. Cuma dari segi pertukaran sesi sekolah ke transit tu, takut Sofia letih. dan sudah tentu di rumah transit tiada pembelajaran sebelah petangnya. Dari segi yuran, hampir sama bila ditolak tambah semua kos.

Dan yang terakhir, tadika selang 5 buah rumah, sesi pembelajaran seakan sama dengan Smart Reader. Maksudnya sesi pagi dan sebelah petang kena hantar Sofia ke Rumah Transit.

Ni first time menghantar anak ke tadika, jadi Shu takut membebankan Sofia.

Share:

#280 Pekak Badak

Assalamualaikum  


Pekak Badak :- Seseorang yang puru-pura tidak mendengar.


Share:

#279 Patah Kandar

Assalamualaikum  


Patah Kandar :- Hilang tempat berlindung atau bergantung.


Share:

#278 Patah Hati

Assalamualaikum  


Patah Hati :- Kecewa


Share:

#277 Pasang Telinga

Assalamualaikum  


Pasang Telinga :- Mendengar dengan teliti.


Share:

Menimba Ilmu Excel

Assalamualaikum  


Hari berlalu dengan cepat, rasanya baru 3 hari tak update blog, rupanya sudah lima hari terbiar macam tu. 30 September dan 1 Oktober yang lepas Shu menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Blog langsung tak sempat menjengah.

Sebelah malamnya ada orang ajak ibu dan ayah bermain benda ni. Teman mek Sofia bermain, sambil tunggu waktu untuk tidur. Seronok dia dua kali menang. (",)


Bila dah boring, ini yang dibuatnya, ibu pun melayan dengan video..


Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (32) Makan (19) Parenting (7) Peribahasa (341) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (53) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *