Nasi Lemak Masih di Hati

Assalamualaikum

Sudah lama Shu teringin nak makan nasi lemak. Setiap kali nak buat, asyik tergendala sebab malas. Akhirnya tadi berjaya juga buat, bila Sofia dan ayah Jijoi tinggalkan ibunya sendirian di rumah. Boring sorang-sorang, jadilah nasi lemak.


Cerita makan malam tadi bersama Sofia. Bila dia tengah leka jamah nasi, tetiba dia mulakan perbualan. “Ibu ambil gambar Sofia tengah makan jagung. eh! timun timun timun.” sambil buat muka kering tak bersalah dia.


Bila anak dan ayah sama taste, makan nasi mesti letak kicap. Walaupun makan nasi lemak. Disebabkan peminat setia kicap Mudim dan jarang balik kampung, sekali balik pasti tapau botol besar buat stok.


Tapi part makan telur rebus dengan kicap ni geng ibunya, kalau buat telur rebus mesti kena buat lebih, sebab nak makan dengan kicap lain, nak makan dengan nasi lain. hehe ayah Jijoi cakap dua beranak ni pelik makan telur dengan kicap. 

Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 

Share:

4 comments:

  1. saya pun suka makan telur dgn kicap. tp makan nasi lemak dengan kicap tu tak pernah pulak,haha, macam pelik je. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kerja dak SOfia. hahaha Shu pun xboleh rasa nasi lemak + kicap. hehe

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (6) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (320) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (51) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *