Ibu Bapa Ambil Perhatian! Fokus Dan Kemahiran Anak Anda

Assalamualaikum  

Sambil memasak semalam ternampak satu aktiviti di facebook, yang berkaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereke memberi fokus ketika belajar. Sumber Pn.Ainizal Abdul Latif / azila ghani - 📖 Genius Dari Syurga

IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!
"Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan "warnakan bulatan itu".
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye.

Take note ye parents, fokus adalah kemahiran. bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. "

Sofia yang tengah khusyuk layan cerita Little Pony, di ajak mewarna bulatan ini. Ibu buat seperti yang diarahkan dan biarkan dia buat sendiri.

Ibu : Sofia warnakan bulatan ini ya..
Sofia : Okay. Sofia nak warna oren lah. Sofia nak guna pen ni (sambil pegang highlight oren).
Ibu : Guna pensel warna, baru cantik. Pen ni nanti dakwat habis (merujuk highlight oren).
Sofia : Tak peeeee ibu. Kalau habis Sofia tukar pensel lain (muka takda perasaan sambil mewarna).

Selesai mewarna, Sofia panggil Shu.
Sofia : Ibu, Sofia dah siap warna circle ni. Tapi tak cantik, Ibu kena lukis star dengan heart dekat sini dan sini.
Ibu : Ibu tengah buat ujian dekat Sofia ni. Kita buat pada kertas lain ya? Baru cantik.
Sofia : Tak peeee ibu. Sofia dah siap warna tadi. Ibu tengok dulu yang Sofia buat tadi, lepas tu ibu lukis la yang lain.

Hasilnya macam ni lah..


MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.

MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.

MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.

MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.

Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! 😊😊

Dan nak bagitau.. semalam masak tomyam Thai. hikss.


Sekian, terima kasih.

Share:

3 comments:

  1. nice sharing ^^
    Jangan lupa singgah blog sy ya
    https://jovie1995.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus Shu..
    Suka pes tomyam tu juga..

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (10) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (28) Makan (18) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *