Bahaya! Jangan Update Tiga Benda Ini Di Media Sosial

Assalamualaikum
Ilustrasi media sosial
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, media sosial kini berkembang seiring dengan peredaran zaman yang kian pesat membangun. Seingat Shu, mula berjinak dalam media sosial ni dengan Myspace, Friendster, YM dan Tagged. Myspace yang paling seronok sebab boleh tukar-tukar background, boleh dikatakan setiap hari nak bertukar warna dan update status. Ciwi masa ni!

Media sosial kian berkembang, berubah kepada BBM dimana pada masa tu trend menggunakan handphone Blackberry. Padahal kita sendiri tahu, BBM boleh saja install di dalam handphone biasa. Kemudiannya kita berubah kepada Facebook, Google Plus, Instagram, Pinterest, Flickr, Line, Linkedin, Whatsapp, dan banyak lagi.
Boleh dikatakan setiap seorang daripada kita adalah pengguna media sosial diatas. Samada digunakan secara berkala mahupun seharian. 
Seperti Shu, whatsapp antara medium komunikasi yang paling utama pada waktu bekerja kerana setiap arahan diterima dalam bentuk whatsapp terlebih dahulu sebelum email menyusul. Almaklum boss sering meeting kesana sini, tak selalu di pejabat. Dari segi kedatangan mahupun pergerakan staff semua dimaklumkan didalam group whatsapp. Memudahkan kerja kita sebenarnya.

Namun, masih ada segelintir pengguna media sosial menyalahguna kemudahan ini seperti :-

1. Menceritakan masalah peribadi
Ini selalu dilakukan oleh banyak nitizen. Sebolehnya masalah peribadi diceritakan kepada yang lebih berhak, bukan untuk tatapan umum. Contoh yang selalu nampak, marah dengan anak jiran, rakan sekerja salah buat kerja, suami pandang perempuan lain semua hendak dicerita didalam media sosial. Cuba bayangkan dalam sehari semua itu dicerita dalam media sosial, apa pandangan rakan media yang lain? Iolls tak berani nak bergaul takut nanti cerita berkenaan iolls yang keluar di status medsoc. hehehe

2. Sengaja merendahkan/ memalukan orang lain
Selalu nampak "saya akan ceritakan kisah aib budak ni kalau cecah 10 like". Makcik pakcik bawang pasti akan like. Walaupun kisah itu memalukan kawan sendiri, mahupun keluarga sendiri. Walaupun setinggi mana kita berada, jangan memandang rendah orang. Belajarlah bersyukur andai aib kita masih di simpan kemas.

3. Upload gambar tak beretika
Gambar berpeluk cium suami isteri diupload untuk simpanan, dan kenangan. Tanpa sedar masih ada insan yang iri hati terhadap keharmonian rumah tangga kita. Minta dijauhkan. Gambar-gambar kemewahan yang kita kongsi, mungkin ada yang tidak berkemampuan untuk memilikinya.
Media sosial yang paling Shu suka adalah Twitter, sebab tiada gambar yang perlu dimuat naik seperti Instagram, dan cerita yang panjang seperti Facebook.

Terima kasih
 
Share:

16 comments:

  1. Antara empat-empat yang shu sebut tadi, saya pernah guna satu pun sebab dulu takde internet hahaha. Tak suka socmed macam Twitter of Facebook sebab orang macam tu lah. Walau bukan pasal kita pun, rasa sakit hati pulak kalau terbaca orang burukkan orang lain.

    Nini singgah sini, jemput join giveaway kalau berminat :3

    ReplyDelete
  2. Lagi satu jangan dedahkan number IC anda. hehe

    ReplyDelete
  3. ye memang tiga benda nie tak sepatutnya di update tpi niche mcm nie lah yang orang suka baca adesss

    ReplyDelete
  4. berpada2 kalau nak sharing sesuatu.. zaman skrg kalau nak jatuhkan org lain senang je nak buat fitnah.. adakalnya sy pun pandai tersasar juga huhu

    ReplyDelete
  5. kadang2 tak semua benda kita perlu pamerkan pada umum kan...

    ReplyDelete
  6. betul tu sbb semua yg kita kongsi di laman sosial akan tersebar ke seluruh dunia..

    ReplyDelete
  7. thanks... yg 1st & 2nd tu mcm tak buat. yg no. 3 tu adalah tp bukanlah gambar daring. just gambar biashe biashe

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (10) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (28) Makan (18) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *