Ujian Datang Bersilih Ganti

Bismillahirrahmanirrahim... Masih dalam mood berhari raya, Salam Aidil Adha dan mohon ribuan kemaafan jika terlebih terkurang dalam media sosial ni. Kebetulan cuti raya dan cuti sekolah serentak, makanya ramai yang bercuti disamping balik beraya di kampung. Berhati-hati semasa memandu.

09/08/2019 - Mendapat berita sebelah Utara tanah air dilanda Taufan Lekima yang melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Langkawi. Pada waktu itu, kami sekeluarga dalam perjalanan menghala ke Utara. Rumah dikampung turut sama terkena taufan Lekima ni, Alhamdulillah mereka dilindungi dan selamat. Tahun ini beraya ala kadar kerana masih ada keluarga lain yang berduka kerana kehilangan ahli keluarga, mahupun rosak harta benda.

Ujian datang silih berganti, kita harus kuat dan redha akan ujian yang menimpa. Tak perlu mengeluh, tak perlu meratap, tak usah menyalah. Redha, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Taufan Lekima
 
Ya.. Tak kena sedap bercakap. Kalau dah kena baru boleh bercakap. Berfikiran positif itu perlu. Bila di uji, bertabah. akan datang ganjarannya. InsyaAllah.. 
 
Minggu ini sebelah petang hujan berserta angin kuat melanda bahagian Tengah tanah air. Bermula 4 petang hingga ke maghrib baru keadaan kembali reda. Cuba untuk tidak berada diluar bangunan pada waktu ini, sangat bahaya. Kalau terpaksa, semoga kalian dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Bye!
Share:

12 comments:

  1. Sama la..hari tu balik kedah, banyak gila pokok tumbang tepi highway..kat rumah mertua, pokok rambai rebah ke bumi..semoga kita semua dalam perlindungaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. semoga keluarga mertua sis selamat semuanya.. bahaya sangat kalau pokok dekat dengan rumah..

      Delete
  2. Sebelum taufan kat utara tu, kitorang kat Sabah sesetengah tmpt pun kena juga, tmpt saya kena juga ... Ada yg terbang habis bumbung rumah.. Allahu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Mrs Pip, mohon kita semua dilindungi..

      Delete
  3. Semoga mangsa2 ribut tersebut tabah menghadapi ujian ini.
    Harap2 ada bantuan daripada pelbagai pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. harap2 ada saluran untuk bantuan kepada mangsa2 ribut ni.

      Delete
  4. setiap hari balik dalam keadaan basah dah 3 hari ni...walaupun berpayung tempiasnya tetap gak kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis, sampai rumah terus kena bersihkan diri. takut demam.

      Delete
  5. Semoga ada pihak yg sudi membantu mangsa2 ribut tempohari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Abam Kie, harap ada pihak yang menyalurkan bantuan

      Delete
  6. Salam Aidiladha Shu..
    Ujian sungguh buat mereka yang dilanda taufan.. Tempat sha pun turut terkena tempias taufan.. Hujan jangan cakaplah.. bila datang bukan biasa biasa.. tanda Allah sayang kita kan shu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilAdha Kak Sha. betul kak, tanda Allah sayang ingatkan kita mana yang terleka.

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *