Permainan Zaman Kanak-kanak Dahulu

Assalamualaikum

Zaman kanak-kanak ribena adalah zaman kebebasan yang tanpa sempadan. Haa ingat teknologi saja tanpa sempadan. Siapa yang pernah merasai lima permainan di bawah, boleh dikategorikan dalam golongan senior dah. Alamak sudah senior lah shu ni.

1. Lompat Getah / Zero Point
Related image
Permainan yang paling lasak lah. Melompat setinggi alam. Paling geram masa nak melompat kawan angkat, dah la kita ni tahap ketinggian yang kurang. Memang tak sampai dek kaki. Menjadi permainan dalam kelas bila habis peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sekarang kalau disuruh main, paras pinggan saja lah, selebihnya berat dek spare-part kiri kanan.

2. Baling Selipar / Baling Tin
Image result for tuju kasut
Sakit yakmat kalau kena selipar masa tengah mendirikan replika seperti gambar di atas. Begitu juga kalau bermain baling tin. Baling sekuat hati beb! Seronoknya sebab mendidik dalam diam, kerjasama berpasukan. 

3. Lompat Tikus
Image result for lompat tikus
Permainan pancing muka namanya. Terasa teraniaya bilamana kawan yang melompat tu kaki tak bedung, habis disepaknya muka orang. hahaha adat bermain, ada sesetengah yang suka main tipu. Part kena lalu "tol", sedar-sedar dah lepas "tol". kurang asam.. 


4. Pondok-pondok
Image result for main pondok-pondok
Ini sangat legen. Masih segar dalam ingatan, habis pokok bunga raya keliling rumah di petik untuk buat masak-masak. Periuk belanga yang dah rosak habis dikumpul. Pondok usah cakap, berhias dengan daun pisang. Mak orang paling menyinga bila nak buat kuih, daun pisang habis tinggal batang pisang! 

5. Batu Seremban
Kenangan paling manis, main batu seremban sampai batu menjadi bulat. Susahnya nak main kalau sampai tahap itu. Sebabnya bila tabur, bertabur jauh batu-batu. Ada ketika, batu terbelah dua. Siapa dapat kumpul mata paling banyak, menang. Dan paling seronok, bila turn lawan bermain kemain lama. Ada yang mula mengacau. Seronok!

Bila teringat tersenyum sendiri. Indahnya zaman kanak-kanak kita dahulu. Paling nakal panjat pokok pokok jambu. Shu patah jari kelingking sebab memanjat lah ni.

Peredaran zaman menjadikan kanak-kanak sekarang lebih cenderung bermain di kawasan rumah mahupun dalam rumah. Tengok Sofia sajalah, weekend baru bermain dengan kawan di kawasan padang. Hari kerja balik sekolah sudah 6.30 petang, belum sempat bermain, hari mulai gelap. Itu sebab dalam rumah pun dia ajak ayah dengan ibu main lawan lari. aduh! gawat!

Share:

16 comments:

  1. Teringat kenangan permainan zaman kanak2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat malah teringin sangat nak tengok anak-anak main..

      Delete
  2. haha..bestkan zaman kecik dulu2.

    ReplyDelete
  3. No 3 tu tak pernah main..no 4 paling nostalgia..arwak atuk siap buatkan pondok untuk kitorang sepupu sepapat..main masak2 dalam pondok..kadang masak megi betul2 dalam pondok tu..Allahu..rindunya pada kenangan..alFatihah untuk arwah atuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah..
      best kan.. atuk nenek selalu support cucu nak main. hehe

      Delete
  4. Olorr miss my childhood memories :)

    ReplyDelete
  5. hehe semua tu saya pernah main kecik2 dulu.. tua dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sama lah kita. senior dah.. hikhik

      Delete
  6. paling tinggi ammi boleh main getah tu tahap pinggang je. ahaksss.. takde skill lompat2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi juga tu kak Sheila. klau orang kiri kanan rendah, boleh tinggi lagi lompat. hehehehe

      Delete
  7. Semua ni kak PC main Shu..bila cuti sekolah..kalau tak pergi kebun ikut arwah nenek..inilah permainan kami budak-budak kampung..mak-mak menyembang..anak-anak berkumpul main sama-sama..lupa nak gaduh ke apa...main sampai ada kawan kak PC bawa batu seremban tu ke sekolah..sambung main waktu rehat..makan cepat-cepat..duduk bawah menja main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah..
      tak sempat nak gaduh kak, seronok bermain.. hehe main bawah meja xleh lambung tinggi2. hehehe

      Delete
  8. Adui.. mengimbau kenangan betul.. Paling best bila main masak2.. masa nie habus segala daun, bunga jadi bahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. hahaha habis kena hambat sebab pokok dah botak

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (10) AmilSafwan (1) Family (7) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (20) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (25) Makan (15) Parenting (4) Peribahasa (264) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (47) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *