Oops! Kerana Mulut

Bismillahirrahmanirrahim... Sebenarnya entri ni sudah berminggu dalam draft. Setiap kali nak update, ada saja halnya.. idea takda, mood takda, last sekali tuan blog pun closed window dan shutdown pc. 

Mulut shu sekarang ni asyik membawang saja. Almaklumlah sudah bertemu office mate yang sekapal. Loghat yang selalu digunakan adalah loghat utara. Habis sekali boss terbawa-bawa ke “utara”. 😊

Selain membawang, mulut banyak juga fungsi, antaranya adalah makan, 24/7 kerja mengunyah. 

Kerana mulut. 
Adik beradik boleh berenggang, bergaduh. Dulu selalu kita dengar adik beradik berpecah kerana harta benda. Tapi sekarang kerana mulut. Hang kata aku, aku kata dia, dia kat hang.. Mak ayah merana. Berdosa kita bila mak ayah bersedih.

Kerana mulut. 
Jarang kita dengar Cikgu mulut jahat, mengata mengutuk anak murid. Minta dijauhkan. Namun baru-baru ni, kes anak murid mengata cikgu. Dimana silapnya.. Cikgu kah? Anak murid kah? Ibu Bapa kah? Sekolah kah? Tepuk dada tanya hati.

Kerana mulut. 
Kawan baik bermusuhan, berjauhan. Begitu juga sebaliknya, musuk menjadi sahabat baik. Hanya kerana mulut. Tak semua kawan baik kita bertahan gurau kasar. Bergurau sekadar bergurau. Sebab kadang-kadang kawan kita peel lain, buatnya dia sentap masa kita bergurau, merajuk kesudahannya.

Kerana mulut. 
Officemate bermasam muka, dengki sesama sendiri. Ini bahaya, tempat mencari sesuap nasi dan menjadi darah daging kita. Kita membuat onar dengan membawa mulut dan menjatuhkan orang lain.

Sedap mengata orang..
Sedap membuka aib orang..
Sedap mencari salah orang.. eh! kaulah tak buat kerja bla bla bla..
Sedap ketawakan orang..

Sedap semuanya bagi kita, tapi perit bagi orang tu.

Niat kita bergurau, namun bila bergurau berkenaan body shaming seseorang, itu terlalu sensitif. Eh! dah la body shape takda, ingat cantik? Sentap orang tu beb. Beliau pun tak minta badan takda shape, padahal beliau antara atlet sekolah. Tepuk mulut kang.. 



Benci, tak suka. 

Itu penyakit hati, boleh melarat ke mulut dan menjadi ajen menyebaran penyakit itu. Tersebar dengan banyak medium - mengumpat, mengeji, mencarut, membuka aib orang. Seronok lettew sebarkan penyakit hati dia kepada orang sekeliling. Hati tenang ke lepas buat macam tu?

Tak susah.. 
Tutup mulut.. bercakap jika perlu. Bergurau senda harus untuk menceriakan keadaan, bercakap benda yang berilmu. Usah mencanang hal lain, elakkan. Tutup mulut.. seolah-olah malas berborak hal yang tiada faedah. Sekadar nak bergelak tawa, macam tak biasa.

Nota: satu jari menunding ke arah orang lain, empat lagi masih menghala ke arah kita. Tanpa kita sedar. Ya TANPA kita SEDAR. 

Share:

6 comments:

  1. setuju sangat dengan entri ni lagi lagi bab body shaming. kita taktahu strugglenya orang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah orang tu setahun dok berdiet ke bersukan, terus down perasaan dia..

      Delete
  2. Kerana mulut, macam-macam boleh jadi..
    Sha selalu berusaha menahan dari berkata-kata terutama sekali bila tengah marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang terlepas cakap kita tak sedar kak Sha. bila dah cool, baru tersedar. 😭😭

      Delete
  3. betul tu kak shu. sekarang ni bukan setakat kerana mulut, ditambah pula dengan 'kerana tangan' a.k.a keyboard warrior. yelah bila menulis di sosial media kekadang TAK SEDAR DIRI kann. rasa macam hebat sangat, judge orang sesuka hati.

    padahal diri sendiri takdelah sempurna mana. nauzubillahi min zalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya KC, kekadang menaip tak sedar dah terguris hati orang. nak2 yang suka perli atau cari salah orang lain. mohon tangan terbedung.

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *