Chinese-Muslim Restoran Mohd Chan @Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum

Major throwback | Hari Rabu yang lepas kami mengulor hingga pukul 4.30 petang. bersama boss. Dipendekkan cerita, buat farewell pekerja paling lama di department shu, akan berpindah ke department lain. Tapi masih dalam satu kawasan. Masih boleh bergurau senda walaupun jarang-jarang berjumpa.

Boss shu ni satu yang shu suka tentang beliau. Suka sangat belanja pekerja bawahnya makan. Tak lokek duit bab makan. Tempoh hari belanja makan durian, makan sampai muntah beb. Jangan ada yang malu-malu kucing, tak memasal kena bahan. Kena tunjuk kebolehan korang untuk makan secara banyak dan percuma. haha itu yang penting. Ok dah simpang jauh dari topik asal.

Kami memilih untuk makan di Restoran Mohd Chan @Bandar Baru Bangi. lagi sekali shu cakap di Bangi, dari Hulu Langat. Bossku!

Image result for dumpling goreng mohd chan
Pencuci mulut - ni saja perut dah terasa nak kenyang. Shu kurang sikit makan benda ni. Tak reti makan ceritanya.


Sajian utama bersama nasi putih adalah : Siakap Goreng 3 Rasa



Classic Butter Prawn
Sotong Masak Sambal
La-La Syiok Pedas Manis
 ‘Kam Heong’ Chicken
Baby Kailan with Japanese Taufu
Four season vegetables

 Desert :
Golden Dumpling with Thai Chili Sauce (4 biji)
Green Tea pancakes - terbaik
Kaya - apa nama tah letak kaya. sangat manis!

Alhamdulillah, kenyangnya sampai ke malam.. Servis terbaik dan lokasi restoran pun strategik. Shu yang bukan pencinta makanan Chinese-Muslim ni, sedap lah masakannya. Boleh cuba ya kawan-kawan. Mohd Chan Restaurant ada membuat Makan-makan Merdeka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 12tengah hari - 5 petang. moh ler serbu!!

Share:

2 comments:

  1. Tak pernah lagi singgah sini makan walaupun dah 2,3 kali plan.. asyik fail je plannya.. hehehe
    menu nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shu memang jarang makan diluar, nasib boss belanja.. kalau tak jadi mcm akak juga. hihi

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (10) AmilSafwan (1) Family (7) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (20) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (25) Makan (15) Parenting (4) Peribahasa (264) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (47) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *