Khianat dipercayai punca pencemaran Sungai Selangor - MB


22 Julai 2019, KUALA SELANGOR: Perbuatan khianat dipercayai punca pencemaran minyak diesel atau benzena di Sungai Selangor yang dikesan petang semalam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata ia berikutan minyak terbabit dikesan memasuki aliran air dari sebuah pontun yang sudah tidak beroperasi sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata, susulan itu, sejumlah 100 liter minyak terlepas ke dalam aliran Sungai Selangor yang kemudian dikesan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang.

“Tadi, saya melihat salur keluar itu tidak mungkin terkeluar akibat angin atau hujan, sebaliknya ia disebabkan ada mekanikal atau orang yang menariknya untuk mengeluarkan minyak berkenaan.

“Oleh itu, kita tidak boleh hendak menafikan atau menolak ada perbuatan sabotaj, kecuaian atau tindakan kurang wajar daripada sesetengah pihak,” katanya pada sidang media di LRA SSP2, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin; EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal-Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian; serta Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Shuhaimi Kamarulzaman.
 
Share:

2 comments:

  1. hmmmmm ada dgr pagi td di radio.
    minyak diesel, kan?
    kiranya benar, aduhai manusia...
    sampai hati...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..semakin menjadi-jadi di sana sini.

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *