Cukup-cukuplah Menayang!

Pada zaman serba canggih ini, memang mudah sangat kita berkongsi benda-benda atau aktiviti-aktiviti kita di media sosial. Kalau dulu, mungkin payah nak tunjuk pada kawan-kawan akibat kekanan medium komunikasi. Tapi kini, semuanya di hujung jari sahaja. Ambil saja gambar dan terus muat naik di akaun media sosial.

Tapi awas! Kadang-kadang terlalu banyak 'menayang', orang akan jadi rimas dan mungkin meluat dan mungkin kita akan hilang 'kelas'!

Image result for kereta mewah neelofa

Kadangkala mungkin kita terlupa yang sebenarnya ramai lagi orang yang mempunyai masalah yang lebih besar, ataupun mempunyai kehidupan yang jauh kurang bernasib baik daripada kita. Tetapi, kita hanya melihat pada mereka yang 'lebih' daripada kita, dan akhirnya terperangkap dengan diri sendiri untuk 'membuktikan pada orang lain yang kita juga hebat seperti mereka.

Budaya tayang-menayang ini haruslah dielakkan. Bukan apa, takut nanti termakan diri sendiri pula. Contohnya, yang suka menayang suami caring, loving dan perfect tu, andai kata tiba-tiba ada pula tukang stalk dan akhirnya 'sapu' suaminya, tak ke aniaya? Ataupun yang kaki tayang material tu, kalau tiba-tiba tak mampu lagi nak beli, nak tayang apa pula?

Adalah lebih baik sekiranya kita berhati-hati berkongsi sesuatu di media sosial. Kita tak tahu apa masalah orang lain. Mungkin ada yang terkesan dengan perkongsian kita itu. Jadi janganlah kita 'menayang' sampai orang rasa menyampah dengan kita. Biarlah berpada-pada dalam berkongsi benda. Simpan-simpanlah sedikit privasi untuk diri kita. Jangan hilang terlucut kain kita! Oops! Nanti habis hilang kelas!

Share:

No comments:

Post a Comment

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (23) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (32) Makan (19) Parenting (7) Peribahasa (340) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (53) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *