Asyik Complain Aje!


Harini Shu nak kongsi kisah orang yang suka betul nak complain. Asyik-asyik complain. Itu tak kena, ini tak kena. Kadang-kadang boleh jadi pening kita bila mengadap orang macam ni, yang tak sudah-sudah nak mengadu. Yang jadi lemah tu bila hal yang diadukan benda-benda remah.

Pernah sekali tu, kenalan Shu bercerita tentang jiran dia yang suka mengadu hal-hal yang rasanya tak perlu nak dikecohkan. Menurut kenalan Shu, jiranya segala benda nak complain. Sampaikan dia dah takut nak berbual dengan jirannya. Ada-ada saja yang tak kena. Itu kuranglah, ini terlebihlah.

Kalau kita bandingkan diri kita dengan orang kaya-raya, memanglah rasa kerdil kalau kita tak mewah macam tu. Tapi cuba kita bandingkan diri kita dengan orang yang jauh lebih susah daripada kita, mesti kita akan rasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada. Kesihatan, keluarga, keselesaan, itu semua adalah nikmat yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Hentikanlah sikap yang suka mengadu hal itu dan ini. 

Janganlah kita asyik complain aje! Takut nanti tak ada siapa nak kawan dengan kita dah kalau berperangai macam tu. Baik tak baik, jiran pun boleh pindah rumah sebab tak tahan sangat. Oops!


Share:

6 comments:

  1. Mrs. A pun rasa yang sama rimas dengan orang yang asyik complain je.
    Ada sorang kawan office ni pun suka complain, pagi-pagi datang dah bagi aura negatif adoiii... lebih baik Mrs. A pi tempat lain touch up make-up yang tak sempat kat rumah hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi-pagi sudah sebarkan aura negatif tu tak best. kalau boleh elakkan kena elakkan.

      Delete
  2. Betul..kadang baik kita tenang jadi tak tenang pulak..huhuhu..

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *