Hasad Dengki Sesama Manusia


Perasaan hasad dengki ni adalah satu penyakit berbahaya dalam diri manusia. Ia boleh memakan diri sendiri dan membawa kepada keburukan. Jika terlalu mengikut perasaan hasad dengki ini, musnah lah hidup anak Adam.

Selalu kita dengar hasad dengki di kalangan peniaga, bersaing untuk menarik lebih ramai pelanggan, terutama peniaga restoran atau gerai. Kedai sebelah menjadi tempat tumpuan pelanggan atas sebab masakan sedap bukan pelaris mahupun ilmu hitam, namun disebabkan perasaan hasad dengki itu menguasai diri, di manderem kedai sebelah sehingga pelanggan tidak menjengah langsung ke kedai tersebut. 

Selain itu, jiran sebelah rumah nampak bahagia dengan kesenangan hidup, janganlah di buat aniaya kepada keluarga mereka. Kita tidak tahu apa pengorbanan atau dugaan yang telah mereka sekeluarga hadapi sebelum mengecap kebahagiaan seperti ini.

Cemburu dengan rakan sekerja yang cepat naik pangkat. Mulalah sebarkan berita yang buruk mengenai rakan sekerja/kawan baik sendiri semata untuk menutup periuk nasi kawan baik sendiri. Bermasam muka dan cakap belakang.

No No No No.. tak baik tau kawan-kawan kalau kita ada perasaan hasad dengki ni. Kalau ada perasaan cemburu tu, ambil secara positif dan bersainglah secara positif, jangan terlalu taksub menjatuhkan orang lain sehingga kita terlupa Allah S.W.T Maha Esa.

Duduk dan muhasabah diri.


Share:

2 comments:

  1. Satu perkongsian yang bagus👍

    ReplyDelete
  2. dengki dalam istilah persaingan yang sihat xpe.. kita improve nak jadi bagus. yang x sihat tu kalo kita aniaya orang lain. tu kronik..

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (31) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (339) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *