Anak Dara dan Tulang Ikan


Semenjak kami sekeluarga boikot (atas sebab alahan) dari membeli ayam 5bulan yang lalu, asal beli barang dapur mesti cari seafood mahupun daging. Ayam hanya kalau mak mertua datang dibelikan ayam seekor untuk cucunya, Sofia. Kenapa kami dah berhenti membeli ayam? sebab shu mula gatal-gatal setiap kali cuci ayam. dan terbaru Gjoi pun kalau makan ayam sudah mulai gatal-gatal, mungkin badan kekurangan ketahanan. almaklumlah sudah meningkat usia.

Bermula ibu dan ayah stop makan ayam, Sofia pun agaknya sudah boring makan ayam sebelum ni. Sekarang favorite dia setiap kali makan nasi adalah Selar Kuning, buat goreng dan makan bersama nasi putih + kicap. Bertambah nasi nya.

Di sekolah bila cikgu hidangkan ayam, Sofia dah kurang makan nasi dengan alasan nak ikan. Alahai anakku. Ibu kena terangkan semula, baru dia faham. dan cikgu tak sempat nak asingkan tulang dengan isi ikan sekiranya hidangkan mereka ikan. Lagi sekali ibu kena jelaskan. 

Malamnya, ibu masakkan Gulai/Kari Bawal dan ajar Sofia asingkan sendiri tulang dan isi ikan. Masih kena pantau sambil makan takut tercekik tulang.
Share:

6 comments:

  1. Sama macam anak Sha, Amani.. Sekarang baru pandai makan sendiri ikan.. Itupun kena ingatkan selalu, makan tu tengok2 sama tulang.. Insya Allah nanti mesti Sofia pandai..

    ReplyDelete
  2. bahaya takut tulang lekat

    ReplyDelete
  3. Susah nak jumpa budak-budak yang suka makan ikan sekarang ni. Tapi Sofia suka makan ikan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. Sofia suka ikan selar kuning kecik-kecik tu, kalau shu goreng garing sikit, suka la dia bila kunyah bunyi krup krup.

      Delete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (5) AmilSafwan (1) Family (4) Film/Drama (4) Giveaway (68) Info (13) Kehamilan (9) Lagu (4) Lifestyle (22) Makan (8) Parenting (4) Peribahasa (231) Perth (7) PNME (64) Resepi (31) Sharing (14) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *