Perpindahan dan Persekitaran Baru


Alhamdulillah.. bermula hari Jumaat lepas 22/02 kami sekeluarga sudah mula berpindah hingga ke harini masih belum habis. Pada mulanya plan nak berpindah hujung minggu ini, namun ramai sukarelawan datang menolong minggu lepas, jadi berlaku lah perpindahan seminggu awal.

Yang menjadi persoalan dalam hati kami, perabot rumah kebanyakkan barang IKEA, senang nak berkemas. Tapi pakaian selori untuk tiga beranak ni, kami saspek banyak baju zaman kurus slim dulu. Jadinya sambil mengemas masuk rumah, sambil tapis baju mana yang boleh di pakai dan di sedekahkan.

Jijoi orang paling eksaited mengemas rumah, setiap penjuru rumah, kami hanya bersila lipat baju masuk dalam almari. Setup kedudukan semua jijoi buat, oklah, suami i seorang yang suka menyusun dan mengemas. Kalah iolls. 

Bermula awal bulan tiga, dak Sofia akan bermula sesi persekolahan. Sudah berumur 4 tahun, elok lah dedahkan dia dengan persekitaran luar.

Belog masih di luar kemampuan untuk kami update. huhu
Share:

4 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan! Nak berpindah ni memang makan banyak masa & tenaga tapi bila dah siap semua memang lega

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (5) AmilSafwan (1) Family (4) Film/Drama (4) Giveaway (69) Info (14) Kehamilan (9) Lagu (4) Lifestyle (22) Makan (9) Parenting (4) Peribahasa (235) Perth (7) PNME (65) Resepi (31) Sharing (16) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *