28 February 2019

Air besar sampan tak hanyut (058)

Maksud tiada mencapai.

27 February 2019

Air beriak tanda tak dalam (057)

Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu.

26 February 2019

Ada udang di sebalik batu (056)

Mempunyai agenda yang tersembunyi.

Perpindahan dan Persekitaran Baru


Alhamdulillah.. bermula hari Jumaat lepas 22/02 kami sekeluarga sudah mula berpindah hingga ke harini masih belum habis. Pada mulanya plan nak berpindah hujung minggu ini, namun ramai sukarelawan datang menolong minggu lepas, jadi berlaku lah perpindahan seminggu awal.

Yang menjadi persoalan dalam hati kami, perabot rumah kebanyakkan barang IKEA, senang nak berkemas. Tapi pakaian selori untuk tiga beranak ni, kami saspek banyak baju zaman kurus slim dulu. Jadinya sambil mengemas masuk rumah, sambil tapis baju mana yang boleh di pakai dan di sedekahkan.

Jijoi orang paling eksaited mengemas rumah, setiap penjuru rumah, kami hanya bersila lipat baju masuk dalam almari. Setup kedudukan semua jijoi buat, oklah, suami i seorang yang suka menyusun dan mengemas. Kalah iolls. 

Bermula awal bulan tiga, dak Sofia akan bermula sesi persekolahan. Sudah berumur 4 tahun, elok lah dedahkan dia dengan persekitaran luar.

Belog masih di luar kemampuan untuk kami update. huhu

25 February 2019

Ada padi, semua kerja jadi (055)

Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya dengan senang.

24 February 2019

Ada jalan (054)

Mempunyai kaedah / cara

23 February 2019

Ada hati (053)

Mempunyai kemahuan / keinginan.

22 February 2019

Berkongsi Rezeki, Indah Sangat

 

 Bismillah.. ada orang berkongsi rezeki. semoga dimurahkan rezeki.



Ada bakat (052)

Mempunyai keupayaan.

21 February 2019

Ada air, adalah ikan (051)

Ada negeri pastilah ada rakyatnya.

20 February 2019

Abu Jahal (050)

Orang yang jahat

19 February 2019

The Frog Boys (1991)


The Frog Boys adalah sekumpulan lima kanak-kanak lelaki Korea Selatan yang terbunuh yang hilang pada 26 Mac 1991, di barat Daegu sambil memburu katak. Badan mereka ditemui 11 tahun kemudian.
Berikutan kejadian ini, filem Come Back, Frog Boys (1992) dan Children (2011) diterbitkan. 

Mangsa
U Cheol-won (berumur 13 tahun)
Jo Ho-yeon (berumur 12 tahun)
Kim Yeong-gyu (berumur 11 tahun)
Park Chan-in (berumur 10 tahun)
Kim Jong-sik (berumur 9 tahun)

26 Mac 1991 hari cuti umum sempena pilihan raya tempatan, enam sekawan bercadang untuk menangkap katak di Gunung Waryong, berdekatan kampung mereka. Namun salah seorang tidak dapat ikut kerana telah di beri amaran oleh ibu mereka, jadinya hanya lima orang yang pergi memburu katak.

Namun lima sekawan tu tak balik ke rumah, sehingga laporan polis dibuat keatas kehilangan mereka. Kehilangan diorang menjadi berita sensasi dan semua pihak terlibat dalam pencarian itu. Namun pencarian hampir ke jalan buntu.

Selepas 11 tahun, penemuan tengkorak manusia tidak jauh dari perkampungan mereka, merungkai kehilangan lima sekawan itu.



18 February 2019

Dia... Random Guy oleh Farah Husain


Review :
3/5 rate. Alina Suffiya, seorang gadis yang ditinggalkan ibu kandung dan kematian ayah. Membesar bersama ibu tiri dan adik tiri. Perkenalan tanpa disengajakan dengan Zariel Amzar, anak boss tempat Alina bekerja. Perbagai ragam mereka berdua, akhirnya mengikat tali pertunangan dan berkahwin.

Alina diterima baik oleh keluarga Amzar. Siapa sangka dalam kebahagiaan mereka mendirikan rumah tangga itu, kawan baik mertuanya adalah ibu kandungnya sendiri. Kesudahan cerita yang gembira untuk semua pihak. Akhirnya Amzar bersama kekasih hati Alina, Alif dan Amna. (read: 18-Feb-2019)

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-Empat Alisya Sofia


Alhamdulillah.. kemarin genap 4 tahun anak ibu, Alisya Sofia dilahirkan dan dibesarkan sehingga menjadi seorang anak dara. hiks. Terasa ibunya sudah makin berusia bila anak meningkat umur ke 4 tahun. Tak sempat untuk update blog, bagi tumpuan kepada birthday girl dengan bawa beliau berjalan-jalan. Untung si ayah sebab anak tak req hadiah, yang dia nak adalah kek little pony.

Hari ke-tiga kelahiran

1 tahun

1 1/2 tahun

2 1/2 tahun

3 tahun

4 tahun

Semoga menjadi anak yang solehah dan sihat serta kuat. Kuat tubuh badan, kuat pemikiran, kuat semangat serta kuat semuanya. Kuat membebel tu gen ibunya. hiks. 


Air muka (049)

Wajah atau nama yang bagus

17 February 2019

Ada ubi ada talas, ada budi ada balas (048)

Membuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas jahat

16 February 2019

Anak baik, menantu molek (047)

Amat berbahagia

Girl & Ball


08/02/2019 : Teman ayahnya friendly di Padang Bola MPSepang. Ayah sudah janji nak bawa Sofia main bola sebaik sampai rumah dari rumah pengasuh petang hari yang sama. Lepas makan malam, terus ke bilik mandi dan bersiap siaga menanti ayah yang makan tak habis-habis lagi.

Penat tunggu di marah ayah nya yang belum siap makan. Sebaik sampai masih malu-malu sebab ramai kawan ayah yang belum kenal. Bila lama-lama dah tak tahu malu dah. 😜



Pengakhiran cerita, terbaring meniarap di atas padang. Bersabarlah ibu.


15 February 2019

Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat (046)

Orang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat kedudukan baik

Green Tea Air Freshener by De'Xandra



Salam Pagi Jumaat yang penuh berkat. Harini beli perfume untuk kekasih hati, si merah tu. Yang lama sudah habis, gantikan yang baru. Sebelum ni masih tercari-cari bau yang menyenangkan untuk si merah, sebab shu bukan boleh bau perfume terlalu kuat. Nanti tangkap lentok, sakit kepala.

Murah jugak air freshener De'Xandra ni. RM10. dan shu terpikat dengan bau Green Tea ni. sedap dan tak kuat. Korang mana yang  nak cuba boleh saja ke gerai ataupun butik De'Xandra, shu bukan ajen ya. heee..






Kalau minuman, shu akan pilih Passion Fruit sebab masam-masam, tapi kalau air freshener ni, shu prefer Green Tea. hehehe



14 February 2019

Kerana Aku Suamimu oleh June Muhammad


Review:
3/5 rate. Zahra seorang gadis yang terpaksa bernikah dengan Fitri kerana satu peristiwa yang melibatkan maruah keluarga. Fitri seorang jejaka yang telah kematian ibu dan ayah, menjadi anak angkat Encik Zainal, iaitu ayah Zahra. Peristiwa itu menjadikan Zahra membenci Fitri kerana pertunangannya diputuskan oleh ibu ayah Ziyad.

Tanpa sebarang penjelasan dari Zahra, gadis itu dihina sebegitu rupa. Akhirnya akur kerana Fitri akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula menggugurkan api kebencian yang ada dalam jiwa Zahra.

Setelah perhubungan Zahra dan Fitri aman, Ziyad mulai menggangu Zahra kembali. Walaupun Zahra tidak melayan, namun Fitri tidak suka. Ini berlarutan sehingga Zahra keguguran dan Shasha meninggal dunia. Ziyad ditangkap oleh pihak polis.
 
Sehingga ke akhir, Zahra tidak tahu hubungan antara Ziyad dan Shasha bersama agenda tersembunyi mereka terhadap dirinya. (read : 13-Jan-2019)

Ambil berat (045)

Memberi perhatian / mengambil tahu

13 February 2019

#RezekiDiKongsiBersama Giveaway By Mrs Pip

http://www.mrspip.com/2019/02/rezekidikongsibersama-giveaway-by-mrspip.html

Terma & Syarat :

Tarikh Tutup :
28-Feb-2019

Tarikh Lahir :
18-Feb-1979

Entri yang kami suka :


Bunga-bunga Bahagia oleh Wawa Akil


Review :
3/5 rate. Nuha Qalisya serik. Sumpah dia serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun dia menyulam cinta namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Percintaannya dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya tidak kesampaian apabila Zariff Adam berlaku curang. Saat itu gelap seluruh hidupnya. Dia mahu bangkit. Itu tekadnya.

Namun kehadiran jejaka bernama Akif Irham mengubah segala. Lelaki itu tidak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Alasannya hanya kerana Akif Irham lebih muda daripadanya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Beri saya peluang untuk mengenali Cik Nuha Qalisya. Lelaki tidak semuanya sama. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi tolong jangan hukum saya hanya kerana pengalaman Cik Nuha…”- AKIF IRHAM

Walaupun dia sering kali menidakkan kehadiran lelaki itu, namun kehadiran lelaki itu mula menjentik hati.

“Saya tidak pernah menolak awak malah kehadiran awak merubah 360 darjah kehidupan saya. Awak dah jadikan saya seperti roller coaster”- NUHA QALISYA

Apabila hati mula berbunga rasa, muncul pula Zariff Adam kembali menagih kasihnya.

“Saya dah tak boleh terima awak dalam hidup saya. Masa untuk awak sudah tamat…”- NUHA QALISYA

Pelbagai cara dilakukan lelaki itu untuk merebut semula hati Nuha Qalisya. Rawannya hati mengharungi setiap dugaan. Malah hatinya makin parah apabila Akif Irham ditangkap khalwat.


Ajak-ajak ayam (044)

Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh

12 February 2019

Pewaris Tahta Cinta oleh Siti Khadijah

 

Review :
3/5 rate. Kisah cinta si ayah yang tidak kesampaian, dan akhirnya anak menjadi pewaris untuk kisah cinta yang sama dan bakal berulang, bila cinta terhalang dek pangkat dan darjat. Dalam dendam terbit bait-bait cinta yang bersulam diantara Syed Aryan dan Wafiya. Demi cinta dan dendam mama, Syed Aryan tidak tahu hendak memilih.

Terikat dengan janji mamanya untuk merosakkan dan meninggalkan Wafiya, Aryan akur dan meninggalkan Wafiya sendiri hingga diusir keluar dari rumah mereka. Wafiya menghilangkan diri, Aryan beribadat dan memohon keampunan dan petunjuk.

Setelah berpisah lama, akhirnya Aryan bertemu Wafiya tanpa sengaja dirumah mak longnya. Tekad Aryan untuk mendapatkan semula Wafiya, sehingga sanggup melepaskan harta yang bertimbung semata-mata kerana Wafiya. Kehidupan mereka bahagian hingga ke akhirnya.

Cuma watak yang dibawa oleh keluarga Syed Aryan agak seram bila mana sanggup memperlakukan Wafiya hingga separuh mati hanya kerana dendam. sepak terajang sudah tidak peduli, hingga sanggup membunuh. dan Wafiya seorang gadis yang terlalu naif dan mudah memaafkan orang lain. (read: 11&12-Jan-19)



Ada hari, ada nasi (043)

Asal masih hidup, pasti akan beroleh rezeki.

11 February 2019

Bawah Pohon Sena by Nisyah


Review :
2/5 rate. Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga.
Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.


Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.

Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.

Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang...
Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?


Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.


Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5fBZQS5oF

Berfikiran Positif

Berfikiran Positif
Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Contohnya fenomena lewat kahwin, maka dia akan mengedepankan harapan-harapan positif dan menyingkirkan bayang-bayang negatif.

Berikit adalah 5 kelebihan orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie 
  1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran. Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
  2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup. Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.
  3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea. Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.
  4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negati. Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.
  5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki. Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

5 Kelebihan Bersikap Positif
  • Mengatasi tekanan (stress). Berfikiran positif akan membantu anda untuk mengatasi tekanan (stress) dan mengabaikan pemikiran negatif dengan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis.
  • Menjadi lebih sihat. Kesihatan tubuh badan tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Fikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh badan dan bagaimana ianya berfungsi. Jika anda menggantikan fikiran negatif dengan ketenangan, kepercayaan dan kedamaian, bukannya dengan kebencian maka anda akan merasakan ketenangan.
  • Boleh mengambil keputusan yang betul. Berfikiran positif dapat mencegah anda daripada memilih keputusan yang salah atau melakukan perbuatan yang bertentangan yang merugikan anda. Dengan berfikiran positif, setiap keputusan yang anda ambil akan lebih tepat kerana anda dalam keadaan waras. Selain itu, anda tidak mudah terpengaruh dengan dengan keputusan orang lain kerana anda tahu apa pilihan dan kesukaan anda.
  • Memiliki banyak kawan. Orang yang berfikiran positif biasanya ada ramai kawan. Kerana, mereka mudah didekati dan memahami rakannya yang lain.
  • Hidup lebih bahagi. Percaya kepada diri sendiri bermaksud anda bahagia menjadi diri anda sendiri dan tidak mencuba untuk menjadi orang lain. Jika anda memiliki semangat berfikiran positif, hidup anda selalu bahagia.
 
Di hari Isnin yang penuh dengan semangat baru, marilah kita sama-sama amalkan gaya berfikiran positif ini.


Angkat kaki (042)

Cabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa.

10 February 2019

Bagai dakwat dengan kertas (041)

Hubungan yang tidak pernah dipisahkan.

09 February 2019

Bagai bulan jatuh ke riba (040)

Dapat sesuatu yang tidak disangka

08 February 2019

Kanser Thymoma - #fightforcancer

 

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. kemarin (semalam) kami menerima perkabaran bekas pelajar sekolah menengah (junior) telah kembali ke rahmatullah setelah lebih tiga tahun bertarung dengan kanser thymoma. Meninggalkan seorang anak bersama suami, serta mak, ayah dan ahli keluarga yang lain.

Kuatnya beliau bertarung sepanjang tiga tahun ni, setiap update dari kakak arwah telah kami ikuti tidak lama dahulu. Raut wajah arwah dan kakaknya hampir sama. Kakaknya senior kami sewaktu di sekolah menengah. Kenal arwah dan kakaknya pun semasa berlatih perlawanan hoki di sekolah.

Harini kami nak kongsi sedikit info mengenai kanser Thymoma dan rawatannya :

Kanser Thymoma
  • Peringkat I – kanser hanya terdapat di dalam timus. Semua sel kanser ada di dalam kapsul (kantung) yang mengelilingi timus.
  • Peringkat II – kanser telah menyebar melalui kapsul dan ke dalam lemak di sekitar timus atau ke dalam lapisan rongga dada.
  • Peringkat III – kanser telah merebak ke organ-organ berdekatan di dada, termasuk paru-paru, kantung di sekitar jantung, atau saluran darah besar yang membawa darah ke jantung.
  • Peringkat IV – dibahagikan kepada peringkat IVA dan IVB, bergantung kepada dimana kanser telah merebak.

Rawatan untuk Kanser Thymoma
  1. Pembedahan untuk membuang tumor adalah rawatan thymoma yang paling biasa. 
  2. Walaupun doctor membuang semua kanser yang dapat dilihat pada masa pembedahan, sesetengah pesakit boleh diberikan terapi radiasi selepas pembedahan membunuh mana-mana sel kanser yang tersisa. Rawatan yang diberikan selepas pembedahan, untuk mengurangkan risiko kanser akan kembali, dipanggil terapi pembantu. 
  3. Terapi radiasi adalah rawatan kanser yang menggunakan sinar-x berseri tinggi atau jenis radiasi lain untuk membunuh sel-sel kanser atau membuat mereka tidak berkembang. Terdapat dua jenis terapi radiasi. Terapi sinaran luar menggunakan mesin diluar badan untuk menghantar radiasi ke arah kanser. Tetapi sinaran dalam menggunakan bahan radioaktif yang dimeteraikan dalam jarum, benih, wayar atau keteter yang ditempatan terus ke atau dekat kanser. Cara terapi radiasi diberikan bergantung pada jenis dan peringkat kanser yang dirawat. 
  4. Kimoterapi adalah rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser, sama ada dengan membunuh sel atau dengan menghentikan mereka daripada membahagikan. Apabila kimoterapi diambil melalui mulut atau disuntik ke dalam urat atau otot, ubat-ubatan memasuki aliran darah dan boleh mencapai sel-sel kanser diseluruh badan. 
  5. Terapi hormon adalah rawatan kanser yang menghilangkan hormon atau menghalangi tindakan mereka dan menghentikan sel-sel kanser daripada berkembang.

 Al-Fatihah buat arwah.. #fightforcancer #stage4

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam (039)

Amat sedih, sampai tidak enak makan dan minum.

07 February 2019

Calon Isteri Jutawan oleh Nuriffa

 

Review :
3/5 rate.  Nurul Izyanie seorang gadis kampung yang telah kehilangan walid dan ummi. Tinggal bersama seorang kakak, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang jejaka pilihan hati, namun Yanie tidak menyukai bakal abang iparnya. Dengan itu, Yanie tinggal bersama mak ngah dan pak ngah beliau di Seremban.

Izzad Daniel seorang jutawan muda, seorang kasanova kacukan cina. Sedang mencari bakal pewaris hartanya kerana menyedari beliau akan menyusul mengikut arwah mamanya. Disebabkan tersalah tempat temuduga, Yanie dipilih menjadi antara calon isteri kepada Izzad. Didalam ujian itu, Izzad tertarik akan keperibadian Yanie, dan akhirnya terpilih. Atas desakan Izzad dan nekadnya untuk membantu kakaknya, akhirnya Yanie menerima Izzad sebagai suaminya yang sah.

Rahsia penyakit Izzad telah diketahui Yanie tanpa disengaja. Akhirnya Izzad akur, menjalani pembedahan, kimo dan banyak rawatan untuk penyakinya. Yelah, takut pada jarum dan pernah mempunyai sejarah akan penyakit mamanya sebelum ini. Namun, Izzad cemburu atas ketidakupayaannya dengan persahabatan antara Yanie dan Adam, sahabat baiknya dari kecil. Allah Maha Mengetahui, liku-liku dalam perkahwinan dilalui oleh pasangan ini dengan tabah dan redha. 

Izyad, seorang yang muncul didalam perhubungan antara Yanie dan Izzad, siapakah beliau? meh baca lekaih... (read: 6&7-Jan-19)

Air digenggam tiada tiris (038)

Amat berhati-hati membelanjakan wang.

*harini belum ada peribahasa dari shu, terlambat dan hampur terlupa sebenar. maaf

06 February 2019

Bougainvillea oleh Packy Sidique


Review :
4/5 rate. Terbelenggu dek kenangan silam membuatkan Hakimi menutup pintu hatinya. Tak dibenarkan sesiapapun membukanya. Dirinya masih mencari Nina, cinta hatinya yang hilang tak bertanda. Bertahun dia mencari, namun jawapan yang dicari tetap tak ditemui. Suatu hari dia bertembung dengan seseorang. Gadis itu mirip sekali dengan Nina.

Deena, gadis yang sentiasa riang dan lincah. Hidupnya berubah setelah dia dan keluarganya berpindah ke Rumah Bougainvillea. Kedatangannya disambut dengan bisikan lembut di telinga. Tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya?

Akhirnya Deena bertemu dengan Hakimi. Dia yakin Hakimi ada jawapan untuk semua itu. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku. Kebetulan demi kebetulan berlaku. Rahsia yang terpendam sekian lama, sedikit demi sedikit timbul. Namun, terbukanya rahsia, bermakna terdedahlah mereka dengan bahaya. Bougainvillea... di situ segalanya bermula.

dekat dengan aku, walaupun tak tercapai dek tangan

Entimun bongkok (037)

Tiada mengira di dalam pergaulan

05 February 2019

HAPPY CHINESE NEW YEAR


Happy Chinese New Year, dan selamat bercuti semua. Kepada adik-adik, selamat cuti sekolah. Kepada suri rumah, selamat bercuti bersama keluarga.

Minggu ni kami kena standby, jadi ucapan selamat bercuti semua. 😊 Hati-hati semasa memandu dan selamat pergi dan balik.

Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (036)

Orang miskin yang ingin meniru tindakan orang kaya

04 February 2019

Bunga Di Taman Larangan oleh Ayumi Syafiqah


Review :
2.5/5 rate. Syarizad seorang gadis yang telah dilukai, bagai jatuh ditimpa tangga. Dirogol pada masa yang sama telah menerima berita ayah, ibu, dan adik-adik nya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Perit dan bertambah perit. Dibesarkan oleh mak ngahnya di kampung dan berubah menjadi seorang yang sangat kasar.

Idlan seorang kawan yang amat memahami dan mengetahui setiap rahsia kisah hitam Syarizad. Herdy pula seorang kekasih hati sepupunya, Liyana yang telah mengadakan hubungan sulit dengan Syarizad sehingga mengandung. Ben pula seorang jejaka yang mempunyai iman yang kuat walaupun digoda oleh Syarizad, masih mampu bertahan. tanpa mengetahui emaknya telah mengupah Syarizad untuk memikat Ben.

Sedih bila hidup Syarizad menjadi sebegitu rupa yang terlalu mendendam semua lelaki sehingga sanggup menggoda dan menghancurkan perasaan lelaki yang pernah ditemuinya. Dalam rancangannya itu, hati terpikat dengan Ben. 

Kesudahannya, kami tak berapa ingat. hahaha kena baca ya.. 


Ekor mata (035)

Lihat dengan hujung mata / berhati-hati

03 February 2019

Duit kopi (034)

Rasuah / wang sogokan

02 February 2019

Bertaut Kasih oleh Zara Lily


Review :
3/5 rate. Dhieya seorang anak yatim piatu berasal dari kampung. Dijual oleh bapak tirinya kerana berhutang. Firdaus anak seorang berpengaruh telah selamatkan Dhieya. Demi menjaga nama baik keluarga, Fir dan Dhieya disatukan atas kerelaan masing-masing. Berkahwin lah maksudnya.

Disebabkan sikap Dhieya yang terlalu lembut dan baik membuatkan hati Fir terbuka setelah lama tertutup kerana kecewa ditinggalkan kekasih lama, Kiranna. Mummy Fir yang terlalu memandang akan darjat seseorang berazam akan menjodohkan Fir dengan sepupunya Lin. 

Setelah dua hati mulai bersatu, pelbagai rintangan dan dugaan datang silih berganti. Disiksa, dimalukan, dihina menjadikan Dhieya menjauhi diri dari Fir. Fir bangkit dari kemelut dalam diri dan mencari Dhieya dan anaknya. 

Mampukah Fir dan Dhieya serta anaknya bersatu? Adakah Dhieya akan terus disiksa oleh mentua nya? Kena baca beb! (read : 31-Jan& 2-Feb-19)


Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak (033)

Di mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ

01 February 2019

Aku, Dia dan Stiletto oleh Sri Sarah


Review :
3/5 rate. Hanya kerana sepasang stiletto merah, Aulia dan Ashraff berkenalan. Marah, merayu, bergaduh setiap kali berjumpa bagai anjing dengan kucing. Aulia yang pada mula seorang yang sangat garang, menjadi lemah setelah sesuatu berlaku terhadap dirinya. Memaksanya tunduk akan setiap kata-kata yang keluar dari mulut si suami.

Cinta antara suami dan kasih seorang sahabat membuatkan Aulia selalu berada dalam dilema. Tersepit di antara kedua-duanya.

Baru nak hidup bahagia, ada saja rintangan dan dugaan datang silih berganti sehingga membuatkan mereka sepasang suami isteri terpisah beribu batu selama tiga tahun. Perit! Setelah pulang ke tanah air dengan bukti cinta mereka, suami masih belum dapat menerima mereka.

Mampukah Aulia kembalikan kebahagian mereka sekeluarga?(baca : 31-Jan & 1-Feb-19)


Daun nipah dikatakan daun labu (032)

Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham