Hari Ini Adalah Kehidupan, Dan Esok Adalah Kematian


Setiap yang hidup pasti akan mati. dan kematian itu pasti. Kita sudah tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang, namun pengakhiran hidup kita sendiri masih belum tentu dimana dan bagaimana. Bersiap sedia untuk menempuh kematian dengan memperbanyakkan amalan kita di dunia ini.

Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadanya. Sebagai khalifah di atas muka bumi ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Selain itu kita juga perlu memakmurkan bumi dengan segala kelebihan dan ilmu yang kita ada.

Jika ada tujuan kita hidup pasti ada kesudahannya, kelak kita akan diberi balasan untuk setiap perbuatan sama ada baik atau buruk yang kita buat di dunia ini.

Mati adalah rahsia Allah. Masa dan tempat tidak kita akan ketahui bila akan berlaku. Cuma kita yakin dengan qada dan qadar ia pasti berlaku.

Jadi antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk mendapat pengakhiran yang baik adalah dengan memperbaiki amalan, seperti menjaga dan memperbaiki solat kita, memperbanyakkan sedekah dan segera melunaskan hutang piutang kita.

Selain itu kita perlu memperbanyakkan ilmu yang bermanfaat, dan mengajarkannya kepada yang lain. Jika ada anak, adalah tanggungjawab kita untuk mendidiknya menjadi soleh dan solehah.

Rajinkan juga membaca dan mengamalkan ayat al-Quran. Teruskan memelihara hubungan baik dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Kita semua akan merasai kehilangan. Dan kehilangan memang berat. Seseorang yang terbiasa ada bersama kita dan rajin membantu tiba-tiba dipanggil pulang semula kepada pencipta.

Kita bukan sahaja perlu redha dengan ketetapan yang satu ini, malah lebih daripada itu kita mesti mengambil pengajaran daripadanya.

Selain berdoa, warisnya perlu membayarkannya hutang dan menyambung silaturrahim dengan kenalan si mati. Waktu ini doa menjadi cara yang paling mendekatkan.

Janganlah bersedih, kerana Allah itu sentiasa bersama mereka yang bersabar, kerana akhirnya kita semua akan kembali ke tempat yang sama.

Moga kita semua akan mendapat husnul khotimah, insyaAllah.

Sehubungan itu, umat Islam perlu sentiasa berdoa agar amalan yang dilakukan diterima Allah sebagaimana doa Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: 
 
“Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan mentaati-Mu.”

Antara doa lain yang diamalkan oleh ulama bagi memohon agar dimatikan dalam husnul khatimah ialah, 
 
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah (pengakhiran yang buruk).”

Tanda 
husnul khotimah
  • Akhir kata dengan mengucap kalimah shahadah.
  • Meninggal dunia pada hari Jumaat.
  • Syahid dalam perang
  • Mati kerana melahirkan anak.
  • Mati kerana mempertahankan agama.

Share:

9 comments:

  1. Moga pengakhiran hidup kita dengan khusnul khotimah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, gud sharing !! Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-Nya yang mendapat khusnul khotimah. Aamin

    ReplyDelete
  3. takutnya untuk menempuh detik kematian!

    ReplyDelete
  4. Nice sharing :)

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  5. tq for this reminder :)
    a great one!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. terima kasih atas peringatan ini Shu..
    simple design blog shu..

    ReplyDelete

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (5) AmilSafwan (1) Family (4) Film/Drama (4) Giveaway (70) Info (14) Kehamilan (9) Lagu (4) Lifestyle (23) Makan (10) Parenting (4) Peribahasa (237) Perth (7) PNME (65) Resepi (31) Sharing (17) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *