Mencari Keserasian


Mencari keserasian itu mudah bila kita memudahkannya, dan begitulah sebaliknya. Tidak tertakluk kepada pasangan suami isteri semata-mata. Keserasian melibatkan juga perhubungan antara persahabatan, rakan sekerja serta persekitaran.

Macam mana nak dapatkan keserasian itu? Persoalan yang selalu bermain didalam hati shu.

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza, sikap, cara hidup dan pemikiran. Pasangan suami isteri harus sedar ada perkara yang harus diterima dan mungkin perlu diubah. Disamping itu, bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Tidak boleh dinafikan, hidup berumahtangga ni, tidak mudah dan pasti berlaku perselisihan antara suami dan isteri, bak kata pepatah Melayu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tanpa pertengkaran atau berselisih pendapat, hubungan menjadi hambar. 

Tiada bezanya dengan keserasian persahabatan dan rakan sekerja. Walaupun setiap hari berkepit makan dan berborak, sekiranya tidak sependapat atau tak masuk kepala, pertelingkahan pendapat akan berlaku. Sebaliknya berlaku jika ada yang sependapat dan masuk kepala. Begitulah persahabatan sekiranya tidak ada pertelingkahan, maka tidak normal lah. Harus ada yang tegas, pandai memujuk mahupun masuk air. 

Secara tidak langsung, perubahan kecil akan berlaku dalam diri kita semasa dalam peringkat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perhubungan suami isteri, persahabatan, rakan kerja mahupun persekitaran. Jangan terkejut ada kalanya kita berubah dari seorang yang cuai kepada seorang yang amat teliti, sebagai contohnya. Dan tak mustahil jika sebaliknya berlaku.

Orang kata susah untuk berubah, namun secara perlahan-lahan tanpa sedar kita berubah. Tak banyak, sedikit. Tanpa sedar.


Mencari Keserasian Mencari Keserasian Reviewed by Shuhaida Saad on 16 November Rating: 5

4 comments

  1. salam..1st time singgah sini nice post sbb betul kan sedangkan lidah lg tegigit kadang2 kita yg dah kawin dgn org tu 5..6 tahun pun still long way to go nk faham org kata kena tolak ansur sama2...lg 1 yg i suka "sedangkan pantai pun lg berubah apetah lg hati org " gittew..... done follow ur blog jemput singgah mine yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, inikan yang baru. dalam persahabatan lagi lah, hanya sehari beberapa jam saja bercakap. huhu

      Delete
  2. Bukan mudah membina keserasian dengan rakan sekerja.. makan tahun.. tak sama dengan hubungan suami isteri.. nice sharing shu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kalau nak car keserasian dengan rakan sekerja sgt makan masa.

      Delete

Ad Code

Ads 728x90