Recents in Beach

Cara dan Tips Mendidik Anak




Zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kita membesar dulu, cara didikan dan keupayaan anak-anak sekarang sangat berbeza. Jadi apa yang sepatutnya ibu dan bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari pelbagai sumber, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak. Jika ada penambahan pendapat dan cara, boleh kongsi bersama. 

1. Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas – elak pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Sebolehnya, nasihat dulu baru pukul, jika perlu. 

2. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh untuk memukul anak – elak pukul anak dengan menampar atau menggunakan tangan kita, ini menyebabkan anak bertambah nakal dan degil. Ajar anak solat, bukan tugas guru sekolah agama saja. 

3. Ajar anak solat – rotan atau pukul anak di telapak kakinya, pukul bukan dengan amarah yang meluap-luap. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud ). 

4. Nama panggilan yang baik – beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak merasa malu dan merendah diri. 

5. Peluk anak setiap hari – berikan pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 

6. Pandangan kasih sayang - Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran. 

7. Berikan pujian pada anak - Setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak. 

8. Elakkan sekadar memuji paras rupa – ubah cara pujian ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu focus terhadap kecantikan luaran sahaja. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik. 

9. Ajar anak untuk menjaga perkataannya – jangan biasakan anak dengan perkataan kesat atau kasar. Walaupun nanti anak sudah besar akan lebih biasa dengan perkataan sebegitu, sebagai orang tua harus tetap menjaga anaknya agar tidak mudah terikut dengan kawan-kawannya nanti. 

10. Akui kesilapan anak - Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Anak-anak ingin masa berkualiti. 

11. Utamakan keluarga - pilihlah keluarga. apabila anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Doa ibu sangat mustajab. 

12. Elakkan mengeluh kerana anak – Ucaplah “astagfirullah”. janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 

13. Dengar bila anak bercakap dan ambil kira pendapat mereka - Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul. 

14. Tenangkan anak - Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. 

15. Tunjuk anak bagaimana cara menenangkan diri - Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu! 

16. Sambut ‘birthday” bersama-sama - Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. 

17. Ulang arahan beberapa kali - Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali. 

18. Buat aktiviti bersama anak – Jangan mengehadkan kreativiti dan minat mereka. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila. 

19. Tinggalkan kerja di pejabat - Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi. 

20. Hargailah permainan kesayangan anak - Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

21. Imbangkan dengan superhero perempuan - Elakkan kartun-kartun yang kurang kandungannya dan hanya berkonsep ‘fairy tale’ atau ‘happy ever after’. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej ‘girl power’ adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi. 

22. Usah biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam - Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. 

23. Terima anak seadanya - Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama. 

24. Galakkan anak berdikari - Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga. Contohnya; anak perempuan menolong ayah membaiki kereta dan berkebun. 

25. Peranan ayah memberi impak yang besar - anak perempuan yang mempunyai hubungan erat dengan bapa mereka adalah lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya. 

26. Beri ruang privasi - Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya; mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya. 

27. Ajarkan anak tentang “Hal Wanita” - Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat, gangguan seksual, dan berjumpa orang luar yang tidak dikenali. 


Semoga tips dan panduan ini dapat kita gunakan dalam mendidik anak-anak kita. insyaAllah. 


Sumber Rujukan : 

5. Teknik didik anak perempuan - https://zuriat.my/teknik-mendidik-anak-perempuan/

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah..banyak tips.Moga ini boleh menjadi rujukkan untuk kak PC di masa mendatang.

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat bagus untuk ibu bapa ambil perhatian

    ReplyDelete