Gaji Bulan Disember diawalkan


Alhamdulillah.. terima memo dari HQ menyatakan gaji bulan Disember akan diawalkan seminggu berikutan memberi peluang kepada staff untuk membuat persediaan persekolahan anak-anak pada tahun hadapan, 2019.

Mula-mula shu ingatkan untuk persediaan menyambut Hari Krismas. Rupanya ada banyak tujuan gaji di awalkan untuk bulan Disember ni. InsyaAllah semoga dapat membantu staff yang mempunyai anak-anak yang bakal menjejakan kaki ke alam persekolah.

Acik ucapkan adik-adik happy bershopping barang persekolah bersama ibu dan ayah. Dan ibu dan ayah haruslah bijak mengatur kewangan persekolahan anak-anak. 


Share:

Kerja Shift Memenatkan


Badan lesu. Sejujurnya shu salute kepada pekerja yang boleh bekerja shif baik malam mahupun siang. Masuk 8 pagi balik 8 malam atau sebaliknya. Shu ni masuk 7 pagi balik 6 petang seminggu direct rasa macam nak tumbang bila masuk hari kelima. tak boleh dibawak berbincang letihnya. Bila salah seorang bekerja shif, waktu bersama keluarga terhad. 

Paling lemah bila waktu tidur terjejas. haha nampak tak gaya si kaki tidur. Bangun lebih awal dan tidur lewat. Tidur lewat sebab nak bermain dengan anak, siang tiada masa. Anak pula tengah aktif nak bermain dan belajar. Bila selalu tidur lewat, shu dapatlah hadiah "migrain" beserta badan panas.

Tinggal esok dan lusa saja lagi, semoga bertabah! Next 4 minggu lagi turn shu semula.

Share:

Aku Alergik Cinta oleh Ilyana Hani


Sinopsis :
Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah!

Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya.
Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu.

Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Hakimi datang memujuknya. Perlukah dia memaafkan lelaki yang sudah menghancurkan hatinya itu?


Share:

Aku Bukan Mistress Acik Lana


Sinopsis :
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?

Share:

Isteri Separuh Masa oleh Suri Ryana


Sinopsis
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Share:

M.A.I.D oleh Suri Ryana


Sinopsis
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Share:

Bertambah Skop Kerja


Dalam office kalau tak riuh rendah dengan membawang antara pakcik dan makcik bawang ni, gelak ketawa, sakan menyakat sudah menjadi kebiasaan. Yang menjadi luar biasa dan jarang berlaku adalah bila masing-masing ada hal luar dan tinggal salah sorang terkontang kanting di office bertemankan youtube. takut mak bila kena turn duduk office diam-diam dari jam 8 pagi sampai 5 petang. boleh kena sawan sunyi. apa penyakit tu?

Memandangkan harini sebelah pagi semua ada melangut buat kerja di office selain boss saja, maka segala perangai semua tersembul keluar tanpa segan silu. Bertambah meriah bila ada staff tampal kad jemputan majlis perkahwinan di whiteboard. Merah muka kena bahan dek abang-abang yang nakal ni. Nasib lah staff lelaki dan masuk air juga. Makanya bertambah gamat suasana office.

Dapat call dari boss. Tambahan in-charge shu ada bagitau skop kerja akan bertambah mulai minggu depan. Halamak.. terkejut ditambah terperanjat dan banyak ter ter ter lagi. bola-bola sangat kan. Nasib lah minggu depan, kalau minggu ni, esok sudah Jumaat, mau terbantut niat di hujung minggu. heee

InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga bos bertambah sayang. kahkah ok gurau.

Share:

Sesungguhnya.. Dia Lelaki Pelindungku oleh Wan Rohayu


Sinopsis
Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.

Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?

“Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” ~ Zara Diandra

Daris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.
Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu?

“Terima kasih awak..sesungguhnya, awaklah makhluk Tuhan yang paling saya sayang dan cinta. Saya inginkan awak selalu bahagia walaupun tanpa saya. Awak..” air mata yang berlinang menyukarkan Daris menuturkan kata-katanya lagi. Lelaki itu teresak dan Zara juga turut sama teresak. 
“Saya lepaskan awak..” Daris terus melepaskan ke semua jari jemarinya walaupun hatinya amat berat. 

“Demi cinta, saya relakan akhiri segalanya tentang kita..” Daris mengalah..

“Awak..” Zara tidak dapat menahan dirinya lagi, menangis semahunya. 

“Saya tak sanggup lihat awak menitiskan air mata lagi, cukuplah! Berhenti menangis, awak..” Daris tidak sanggup melihat perempuan yang paling disayangi menangis lagi. 

Daris tidak sanggup lagi melihat, terus berpaling. Biar dia saja yang pergi, satu harapannya supaya Zara bahagia walaupun tanpanya. 

“Jangan pergi awak..” Zara sempat pegang tangan Daris. 

“Zara!” tangan Zara dipegang seseorang dari belakang. Zara berpaling ke belakang. Sangat terkejut, Qaiser sedang memegang tangannya.

Saling memandang antara satu sama lain. Zara kebingungan..

Adakah ini waktunya dia harus memilih?


Share:

Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi


Al-Fatihah.. Pertama sekali shu ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga yang terlibat. Seminggu sebelum mendirikan rumah tangga, arwah kembali kepada Sang Pencipta, tak sampai seminggu di hospital selepas jatuh pengsan di rumah beliau. Tak banyak nak story, sebab lebih kepada info. tq sudi sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. 

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
  • Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Amat penting untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. Ini kerana, 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
- Sebab yang tidak diketahui (90%)
- Sebab sekunder (10%)
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit sistem endokrin
  • Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
- Otak
  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
- Penyakit jantung seperti :
  • Coronary Heart Disease
  • Congestive Heart Failure
  • Left Ventricular Hypertrophy
- Komplikasi pada mata
  • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
  • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
- Komplikasi pada buah pinggang
  • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
- Peripheral vascular disease seperti
  • Aneurysm
  • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan
  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
  • Jantung
  • Ginjal
  • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
  • Rawatan dengan pemberian ubatan
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor

Hypertensi sistolik sahaja
  • Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ≥ 160/100


Share:

13 Jam A380 oleh Evelyn Rose


Sinopsis
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


Share:

Biasan Cinta Semalam oleh Uji Norizqi



Sinopsis
Namun hati ini sentiasa berkata... kerana engkau yang pertama dalam hati... siapalah aku untuk membenci.”

Kalau kata-kata cinta itu dilontarkan oleh Azrul suatu ketika dahulu, saat rasa cinta itu begitu mendalam, mungkin Melia akan menerimanya dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Tapi tidak lagi sekarang… Hatinya sudah ditumbuhi rasa benci terhadap lelaki itu semenjak lelaki itu menghina kesucian perasaan cinta itu.

Dan kini, Melia bukan Melia yang dulu. Dendam yang disimpannya semenjak dikecewakan oleh Azrul, membuatkan Melia lebih senang mempermainkan perasaan insan bergelar lelaki. Untuk jatuh cinta, tidak ada lagi buat gadis cantik itu. Tapi sampai bila dia harus terus begitu?

Setelah bermacam-macam ‘si dia' lakukan untuk mendapatkan tempat dalam hatinya, akhirnya Melia nekad untuk membuka pintu hati yang sekian lama tertutup.

“Terserahlah dekat awak, saya tak boleh menghalang awak. Lagipun saya sendiri masih tercari-cari siapa sebenarnya jodoh saya.”

“Mel, izinkan saya jadi calon jodoh awak.”

Apabila dia sudah bersedia untuk menerima lamaran daripada insan bernama lelaki, mengapa masih ada rasa ragu-ragu itu?

Adakah Tuhan sudah mentakdirkan Melia untuk terus bersendiri dan terus kecewa dek kisah semalam yang penuh keperitannya? Atau sebenarnya… akan hadir seseorang yang benar-benar akan membawanya mengecap kebahagiaan yang diinginkan?

“Itulah hakikat hati. Sejauh mana aku cuba lari, sekuat mana aku cuba menafi aku takkan mampu menipu diri sendiri.”


Share:

3650 Cinta oleh Nur Mayani


Sinopsis :
Masa tak pernah membunuh rasa cinta

Hanya kerana sekeping gambar, mereka bertemu, berkawan dan dalam diam, si gadis mula memendam rasa cinta. Huda terlalu yakin, bahawa Wafiy, lelaki yang tak punya apa selain hati yang penuh dengan kasih sayang, dapat membahagiakan dia.

Wafiy memendam rasa menghalau segenap perasaan indah yang mula tumbuh dalam hatinya kerana dia, si miskin yang tak layak merasai apa itu cinta.

Jangan hancurkan hidup kamu dengan memilih lelaki tak guna yang tak boleh bagi kamu bahagia. Yang tak boleh bagi kamu kesenangan - Puan Suzy

Wafiy tu baru 18 tahun, umi. Masih jauh lagi perjalanan hidup dia - Huda

Apabila seorang ibu tekad untuk memisahkan percintaan terkubur bersama harapan. Hanya kenangan bersama Huda, membelit jiwa dan menyiksa rasa seorang lelaki bernama Wafiy.

Namun di hati Huda, dia dapat rasakan hembusan cinta Wafiy masih panas dan segar. Lelaki bernama Wafiy masih ada walaupun 10 tahun dulu dia telah menerima berita kematian lelaki itu.

Ke mana saja Huda pergi saya tetap di hati dia, Dekat jiwa dia. Umi bawalah dia ke planet lain sekalipun, saya akan tetap bersama dia - Wafiy

3650 hari berlalu.. Dapatkah Huda menerima kehidupannya tanpa Wafiy? Mampukah dia menjalani hidup dengan tenang sedang rasa bersalah itu sering mencengkam dirinya? Mampukah cinta antara dua darjat ini bersatu dalam rasa yang gembira?

Share:

Aku Sayang Kamu oleh Adzra Sue


Sinopsis :
Aku…. Insan kerdil yang kepingin untuk bercinta dan dicintai. Sebagaimana gadis lain, aku juga menyulam mimpi indah untuk bersanding bersama Putera Idaman hati di pelamin khayalan.

Muncul Putera Idaman tanpa kuduga. Malangnya.. dia bukanlah Prince Charming belahan jiwa. Hadirnya menyakitkan hati… Gurau mesra? Jauh sekali…. Tapi hati ini, tetap menyukai walau ego sang Putera bertali-tali.

“Saya tak pernah jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan….” ~Idayu Aireen~

“So sekarang…… kau dah jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau” ~Irfan Mukhriz~

Rupa-rupanya aku berada di tempat yang salah, masa yang salah dan jatuh cinta pada orang yang salah!

Ku tak percaya kata… cinta tak harus memiliki… Tapi mengapa….. hati terasa sakit…

Rapuhnya jiwa….. murahnya air mata…. Abang Is rela pinjamkan bahunya lewat kesedihanku. Andai Abang Is bukan siapa-siapa dalam keluargaku, ingin sekali aku melayari bahtera cinta bersamanya.

Sayang sekali…. ada gadis lain yang bertakhta di hati Abang Is. Dan ketenanganku berkocak. Akan pudarkan kasih sayang Abang Is padaku selama ini?

“You know how much I love you? I love you for my entire life!” ~Ameer Iskandar~

Ekori langkahku….. hayatilah ceritaku merialisasi mimpi demi cinta sejati. Sesungguhnya, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Share:

Final Gegar Vaganva 2018



6 peserta yang layak ke akhir Gegar Vaganza 2018 adalah :

Noryn Aziz
Dhia Fadila
Maya
Amelina
Zamani
Billy Zulkarnain

Pusingan pertama sudah selesai dengan jayanya. Pusingan kedua yang menarik perhatian shu malam ni. hee semua peserta di beri tugasan untuk rap battle. 

1. Noryn dan Dhia
2. Maya dan Amelina
3. Zamani dan Billy Zulkarnain

Sebenarnya nak cakap persembahan rap Maya dan Amelina tersangat comel macam Nabil cakap. haha dan semuanya selesai dengan jayanya. 

Tak lupa jugak pengacara GV yang super kelakar. Malam ni depa menyanyi pun sedap. hehe

Dan keputusan Final GV malam ni :

1. Noryn Aziz
2. Dhia Fadila
3. Zamani
4. Amelina
5. Maya
6. Billy Zulkarnain
Share:

13 Ros Merah oleh April Snow



Sinopsis
Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga.
“Err..cik, cik ok? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." – Iq a.k.a Iqram Faysal

“Bawak kereta tu tolong pasang mata sama laa. Jangan simpan bijik mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." – D a.k.a Damia Humaira.

Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah yang garang giler dengan encik mata cokolat seksi yang cool jer bertemu lagi di bawah langit Setia Heights yang damai. Itulah takdir Allah namanya. Tentu ada sebabkan? Memangpun. Seorang Pengarah Urusan syarikat permotoran terkenal. Seorang lagi pengurus farmasi. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dari kawan peneman makan ke kawan curah perasaan. D tukang dengar yang setia, Iq tukang cerita yang tengah frust giler sebab kena tipu dengan makwe! Lama-lama dari kawan baik jadi mesra. Kamceng giler. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macammana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macammana? Khidmat Firdaus, si rakan akrab dipinta. Misi mengurat si pipi merah harus segera dilaksana.

"13 red roses?! Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"
Misi 13 Ros Merah nama diberi. Misi secret admirer. Hari-hari kena bagi. Memang perrgh tapi gila tak terperi. Tapi tuan pengarah urusan seronok jadi pemerhati setia lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban masa dan ketika. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah jer. Bila nak mengaku dah suka giler. Angkat tangan, surrender jer kat dia. Mengaku jer la. Senang cerita.

"Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"

"Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."

Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempoh apa sahaja. 10 syarat yang diberi sebagai pelengkap ujian menjadi imam seorang D. 5 syarat dunia 5 syarat akhirat. Iq nak kata apa. Demi cik pipi merah sanggupkan sahaja la. 10 syarat bukan senang. Giler susah tapi nak seribu daya tak nak seribu payah. Ujian getir menanti buat Iq kerana cintanya pada cik pipi merah pujaan jiwa bukan murah maharnya. Dugaan dan cabaran bertali arus. 

Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta keranaNya. Jodoh itu rahsia. JanjiNya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum. Menjadi satu.

Share:

Sakit Kepala & Migrain - Kaedah Rawatan



Bagaimana mengenal pasti migrain:

  • Sakit kepala berdenyut denyut
  • Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
  • Dikaitkan dengan loya dan muntah
  • Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
  • Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat.
  • Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula.
  • Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain).
  • Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
  • Sakit kepala ketika datang haid.

Kaedah Rawatan:
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
  • Anti migrain
  • Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
  • Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.

Sakit kepala jenis tekanan:

  • Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
  • Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
  • Tidak menjejaskan kualiti hidup.

Kaedah Rawatan:

  • Paracetamol
  • Profilaksis untuk mengawal serangan.

Sakit kepala jenis kluster:

  • Kadar kesakitan: sangat sakit
  • Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus.
  • Serangan datang dalam bentuk tetap, contohnya pada Mac dan April.
  • Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak.(perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut).


Sakit kepala yang memerlukan pemeriksaan lanjut:

  • Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
  • Meracau-racau.
  • Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.


11 JENIS MAKANAN PUNCA MIGRAIN & SAKIT KEPALA
1. Pemanis Tiruan (Artificial Sweetener)
banyak digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang mengalami diabetes atau yang ingin berhasrat menguruskan badan. Namun menurut Mayo Clinic, aspartame yang menjadi kandungan utama pemanis tiruan ini disyaki menjadi punca sakit kepala.

Kebanyakan makanan segera atau makanan diproses juga mengandungi pemanis tiruan tanpa anda sedari. Antara yang paling biasa mengandungi bahan ini adalah diet soda.

2. Coklat
Bagi kebanyakan wanita, coklat adalah sumber kebahagiaan dan penenang jiwa. Tapi malangnya, coklat mengandungi beberapa jenis kombinasi bahan yang menjadi formula sakit kepala seperti kafein, tyramine, dan phenylethylamine. American Migraine Foundation juga menyenaraikan coklat sebagai pemicu migrain yang kedua tertinggi selepas alkohol.

Jadi, jika anda penggemar tegar coklat dan sering alami sakit kepala, mungkin anda harus cuba mengehadkan pengambilannya dalam diet harian.

3. MSG & Pengawet
Monosodium glutamat atau lebih dikenali sebagai MSG adalah sejenis asid glutamik yang sering ditambah dalam hidangan sebagai penyedap makanan. Walaupun ianya selamat untuk dimakan, sesetengah penyelidik mengaitkannya sebagai pencetus migrain.

Sesetengah pengawet yang terdapat dalam makanan, terutamanya makanan segera atau makanan diproses juga boleh menjadi punca sakit kepala.

4. Pisang & Avocado
Pelik juga bila pisang dan avocado dikaitkan dengan punca migrain, sedangkan ia memiliki begitu banyak manfaat terhadap kesihatan.

Namun menurut Jennifer Kriegler dari Center for Neurological Restoration di Cleveland Clinic, kedua-dua buah ini mengandungi kadar tyramine yang tinggi.

Sekiranya tubuh seseorang kekurangan enzim monoamine oxidase (MAO) atau mengambil ubat antidepressant, ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lebih teruk lagi.

5. Sosej
Sosej dan daging-daging yang diperap lama untuk mengekalkan warna dan rasanya merupakan salah satu lagi punca sakit kepala. Makanan seperti ini dipercayai membebaskan nitrik oksida ke dalam darah, lalu menyebabkan pengembangan salur darah pada otak.

Menurut Reader’s Digest, terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa nitrik oksida ini boleh menyumbang kepada migrain.

6. Jeruk
Kandungan tyramine yang tinggi dan menyebabkan sakit kepala boleh terdapat dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti jeruk-jeruk dan kimchi.

Selain itu, keju parmesan, keju feta atau blue cheese turut mengandungi kandungan tyramine yang tinggi.

7. Makanan Masin
Makanan yang ditabur banyak garam seperti kentang goreng atau kerepek boleh menjadi punca sakit kepala bagi sesetengah orang.

Garam atau sodium ini boleh menaikkan tekanan dalam darah lalu menyebabkan sakit kepala atau migrain.

8. Roti
Sakit kepala yang anda alami mungkin juga salah satu simptom alahan terhadap gluten. Gluten adalah produk makanan yang terhasil daripada gandum.

Selain roti, gluten juga biasanya terkandung dalam makanan lain seperti biskut, kuih atau pasta.

9. Kopi
Seperti yang kita tah, kopi mengandungi kafein yang boleh menjadi punca sakit kepala. Tapi mungkin anda terkejut kalau mengetahui bahawa kekurangan kafein juga boleh mendatangkan sakit kepala tersebut!

10. Daging Kambing
Orang kata kambinglah punca utama rasa pening kepala. Sebenarnya, pesakit darah tinggi yang selalu merasakannya kerana ia merupakan tindak balas daging akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.

11. Durian
Memang ada orang yang tak boleh makan durian sebab senang kena pening kepala. Walaupun memiliki nutrisi yang berkhasiat. namun durian adalah buah yang tinggi kalori.

Kadar gula di dalamnya juga agak tinggi dan orang Malaysia memang tak cukup kalau makan seulas. Jadi, pengambilannya yang berlebihan secara tidak langsung meningkatkan kadar gula di dalam darah anda dan menyebabkan sakit kepala.

TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK JUGA PENTING
Jadi jika anda sering diserang sakit kepala, cuba catatkan semua jenis makanan yang anda makan supaya anda dapat mengenalpasti makanan yang menjadi puncanya. Elakkan makanan yang menjadi suspek dan lihat kesannya setelah anda menghindarkan makanan tersebut daripada diet harian anda.

Selain makanan-makanan di atas, sebenarnya pakar kesihatan mempercayai bahawa tabiat makan anda sehari-hari juga boleh mencetuskan migrain atau sakit kepala. Anda mudah diserang sakit kepala jika anda:
  • Makan tak tentu masa
  • Tak minum air secukupnya
  • Selalu skip makan

Namun seandainya anda masih sering diserang sakit kepala dengan kerap, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.


Sumber :
1. Berita Harian, Waspada Sakit Kepala Lebih 5 Hari - https://www.bharian.com.my/node/222173
2. Sirap Limau; Makanan Punca Sakit Kepala - https://siraplimau.com/punca-migrain-sakit-kepala-pening/
Share:

Dalam Diam Aku Terpikat oleh Aulia Iman


Sinopsis
SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you... You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha

“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.” –Megat Danial
“I nak sepuluh ribu!” -Misha
“You ingat, you jaga orang cacat?” -Megat Danial.

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula...

“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”

Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”

Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.

Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja?


Review
Cerita berkisarkan pertemuan tanpa dirancang dan secara kebetulan kisah silam antara keluarga Megat dan Misha berkaitan antara satu lain. Dari selalu bergaduh dan akhirnya hati masing-masing bertaut. Namun panas tidak ke petang, setelah cinta berputik mereka di uji dengan pelbagai ujian. Waktu ni mengalir air mata baca (kemain menjiwai).

Best novel kali ini, baru terasa nak revew. Sebelum ni hanya update sinopsis saja kan. Ok tutup buku online selama sehari dua ni. hihi
Share:

Seminggu Bersama Novel


Lepas selesai lima novel ni, nak berhenti berehat sejenak mata ni. Terlalu asyik membaca sambil pegang handphone. Mana tidaknya lunch pun kadang-kadang membaca, balik rumah sebelum tidur pun membaca. hihi nasib masa drive tak boleh membaca. hikhik

Sofia pun setiap kali nampak shu pegang handphone dia akan tegur, "ibu baca buku ke?". Mana tidaknya, bila jenguk dia nampak tulisan sahaja. Ibu sudah kembali ke zaman bujang, nak. Baca novel terlalu asyik sampai terlupa nak makan. 

Ok pada yang ingin tahu, shu baca novel semua ni di www.goodreads.com dan www.pnm.elib.com.my. Medium lain shu belum cuba lagi. Kepada yang ada cadangan boleh kemukakan. hehe Bantuan kalian amatlah shu hargai. 


Share:

PA Untuk Dia oleh Syamnuriezmil




SinopsiPenantian itu menyeksakan... 

Untuk melupakan, itu juga menyakitkan... Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit! 

Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya. 

HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya. 

ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara 

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn 

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu. “I already make my decision. I choose you.” - Hanania 

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?

Share:

2 Nyawa 1 Cinta oleh Hanah Rishas



Sinopsis
HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah' yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!


Share:

Aiseyman, Driver Aje! oleh Arasharrina


Sinopsis
Ini kisah romantik komedi di antara si driver yang clumsy dan si Tuan Besar yang banyak bunyi…

Si driver itu bernama Pelangi binti Abdullah. Pelangi anak yatim piatu yang sangat kasihan tapi berdikari. Pelangi clumsy tapi comel. Pelangi nakal tapi sweet.

Pelangi bekerja sebagai driver kepada Irham Alfie bin Dato’ Affandy. Irham orang kaya tapi ada dua karakter berbeza. Irham baik dan Irham jahat. Irham baik untuk semua orang dan Irham jahat untuk dirinya.

“Kau sekarang driver kepada Irham Alfie Bin Dato’ Affandy, CEO Khazanah Co., kau jangan nak malukan aku dengan pakai handphone murah macam tu…” - Irham

Bengang dengan Tuan Besar, Pelangi lepak pula dengan kawan baiknya. Nama dia Farish tapi kadang-kadang Farisha. Farish menjengkelkan tapi dialah teman hidup dan matinya.

“Heh! Kenapa panggil I macam tu. Panggil I Farisha okey. Fa… Ri… Sha.. Haa… Cuba sebut balik Fa… Ri… Shaaa.” - Farish

Dalam diam, Pelangi juga ada ‘secret admirer’, nama dia Amer. Amer kacak tapi kurang berani.

“… Bila awak senyum, saya rasa bahagia. Bila awak marah, awak comel sangat…”- Amer

Farish dan Amer? Alah… Pelangi tak kisah sangat. Tapi Irham? Okey, soal lelaki itu Pelangi kisah banyak!

Mereka selalu bergaduh. Pelangi si dugong terlepas, Irham si babun merah. Ngam! Mereka sama-sama sengal dan mereka juga si pembuli. Pantang berdua, pasti akan ada yang kena ketuk kepala! Duk asyik sangat bergaduh, tiba-tiba Irham ajak kahwin.

“Pelangi… Kita kahwin. Saya serius, saya tak merepek. Kita kahwin!” – Irham

Tak cukup dengan ajakan Irham, bondanya pula datang menyapa.
“Kahwin dengan Irham, jadi isterinya…” – Datin Yuhanis

Pelangi pening kepala. Irham naik kepala. Betul ke mereka akan berkahwin? Boleh ke babun merah dan dugong terlepas ni bersatu dalam ikatan perkahwinan?


Share:

Bahagia Dalam Rahsia oleh Rafina Mimi Abdullah



Sinopsis
Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan.

Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha apabila dia di dapati hamil akibat daripada kejadian itu.

Wadi Ridhuan yang asalnya suka bersosial mula berubah tingkah laku dalam sekelip mata apabila menyesali perbuatannya yang sudah menodai gadis itu ketika dia di bawah pengaruh alkohol.

Hasrat hati mahu memperisterikan Farha untuk menebus kesalahannya di tentang keras oleh Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah sehingga memaksa Wadi Ridhuan membawa Farha ke sempadan Thailand untuk bernikah.

Pernikahan secara rahsia itu hanya di ketahui oleh Mak Hendon yang merupakan pengasuh kepada Wadi Ridhuan semasa lelaki itu masih kecil.

Bahagia mula tercipta di antara kedua-duanya namun kebahagiaan itu terpaksa pula di sorok-sorok supaya Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah tidak mengesyaki apa-apa.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut Farha semakin membesar dan keadaan itu menimbulkan rasa curiga di hati Datin Wasilah sedangkan sepengetahuannya Farha belum berkahwin dengan sesiapa.

Rahsia mula terbongkar apabila Datin Wasilah mula hilang sabar kerana kemusykilannya tidak di jawab oleh Farha sehingga memaksa Datin Wasilah bertindak kejam. Apabila rahsia mula terbongkar, Datin Wasilah mencari helah untuk memporak-perandakan rumahtangga anaknya dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Lebih menyiksakan jiwa Farha apabila Bella yang merupakan gadis pilihan Datin Wasilah untuk disatukan dengan Wadi Ridhuan sering menyakiti hatinya dengan mencari peluang untuk berdamping dengan lelaki itu.

Berjayakah Datin Wasilah memisahkan Wadi Ridhuan daripada Adilah Farha? Apakah usaha Bella untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya itu? Dan, apakah Wadi Ridhuan terpaksa mengalah dengan keadaan demi membuatkan Farha tidak lagi menanggung sengsara?


Share:

Bulan Maraton Drama dan Novel


Entah kenapa tetiba terasa nak maraton semua drama dan novel. Kebetulan minggu ni on siaran semua drama best-best dan menarik hati. Mungkin minat tu sudah balik ke pangkal jalan. Jadi rajin tangan ni mencari. 

Sekarang tengah melayan Isteri Untuk Disewa (Episod 4) di Astro Ria dan Astro Ria HD. Jom!!

Kepada yang boring, harap maaf. Silalah tonton bersama shu. hahaha


Share:

Cara dan Tips Mendidik Anak




Zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kita membesar dulu, cara didikan dan keupayaan anak-anak sekarang sangat berbeza. Jadi apa yang sepatutnya ibu dan bapa lakukan? Mengambil serba sedikit dari pelbagai sumber, mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak. Jika ada penambahan pendapat dan cara, boleh kongsi bersama. 

1. Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas – elak pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak. Sebolehnya, nasihat dulu baru pukul, jika perlu. 

2. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh untuk memukul anak – elak pukul anak dengan menampar atau menggunakan tangan kita, ini menyebabkan anak bertambah nakal dan degil. Ajar anak solat, bukan tugas guru sekolah agama saja. 

3. Ajar anak solat – rotan atau pukul anak di telapak kakinya, pukul bukan dengan amarah yang meluap-luap. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud ). 

4. Nama panggilan yang baik – beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak merasa malu dan merendah diri. 

5. Peluk anak setiap hari – berikan pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. 

6. Pandangan kasih sayang - Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran. 

7. Berikan pujian pada anak - Setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak. 

8. Elakkan sekadar memuji paras rupa – ubah cara pujian ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu focus terhadap kecantikan luaran sahaja. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik. 

9. Ajar anak untuk menjaga perkataannya – jangan biasakan anak dengan perkataan kesat atau kasar. Walaupun nanti anak sudah besar akan lebih biasa dengan perkataan sebegitu, sebagai orang tua harus tetap menjaga anaknya agar tidak mudah terikut dengan kawan-kawannya nanti. 

10. Akui kesilapan anak - Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Anak-anak ingin masa berkualiti. 

11. Utamakan keluarga - pilihlah keluarga. apabila anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Doa ibu sangat mustajab. 

12. Elakkan mengeluh kerana anak – Ucaplah “astagfirullah”. janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 

13. Dengar bila anak bercakap dan ambil kira pendapat mereka - Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’. Orang kata, kena juga ada ilmu untuk bercakap dengan anak. Jangan asyik ibu-bapa sahaja yang betul. 

14. Tenangkan anak - Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. 

15. Tunjuk anak bagaimana cara menenangkan diri - Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Pertama sekali, ibu-bapa kena tenangkan diri dahulu! 

16. Sambut ‘birthday” bersama-sama - Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. 

17. Ulang arahan beberapa kali - Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Ibu-bapa kena sabar dalam hal ini. Kadang-kadang anak tidak memahami arahan. Mereka perlu membiasakan diri dan mengikuti arahan itu berkali-kali. 

18. Buat aktiviti bersama anak – Jangan mengehadkan kreativiti dan minat mereka. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila. 

19. Tinggalkan kerja di pejabat - Anak inginkan perhatian. Jika dibawa kerja pejabat ke rumah, tentu sekali masa akan diutamakan pada kerja. Mengadap ‘laptop’ sepanjang masa adalah satu pengabaian pada anak-anak dari segi emosi. 

20. Hargailah permainan kesayangan anak - Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

21. Imbangkan dengan superhero perempuan - Elakkan kartun-kartun yang kurang kandungannya dan hanya berkonsep ‘fairy tale’ atau ‘happy ever after’. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej ‘girl power’ adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi. 

22. Usah biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam - Ciuman adalah suatu yang subjektif. Mereka mungkin belum memahami apa erti ciuman. Namun, berikan ciuman sebagai tanda kasih sayang kita pada mereka. Sambil cium, sambil usap kepala anak. Bacakan doa yang baik-baik. 

23. Terima anak seadanya - Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama. 

24. Galakkan anak berdikari - Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga. Contohnya; anak perempuan menolong ayah membaiki kereta dan berkebun. 

25. Peranan ayah memberi impak yang besar - anak perempuan yang mempunyai hubungan erat dengan bapa mereka adalah lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya. 

26. Beri ruang privasi - Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya; mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya. 

27. Ajarkan anak tentang “Hal Wanita” - Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat, gangguan seksual, dan berjumpa orang luar yang tidak dikenali. 


Semoga tips dan panduan ini dapat kita gunakan dalam mendidik anak-anak kita. insyaAllah. 


Sumber Rujukan : 

5. Teknik didik anak perempuan - https://zuriat.my/teknik-mendidik-anak-perempuan/
Share:

Sunyi dan Cara Atasinya


Sunyi atau dalam erti lain adalah tidak kedengaran sebarang bunyi, senyap, kosong, lengang, sepi dan banyak lagi. Selalunya perkataan sunyi ini merujuk suasana keadaan dan perasaan dalam diri kita.

Perasan atau tak kadang-kadang terkeluar dari mulut kita perkataan "Sunyinya..".

“Bestnya kalau dapat family macam diorang”

“Kenapa aku tak ada kawan-kawan macam mereka”

“Bestnya ada partner macam diorang..”

Cara Mengatasi Kesunyian :
1. Mandi
Dengan hanya mandi dalam keadaan yang baik, lama dan santai, segala lelah di minda dan badan akan hilang sendirinya. 

2. Bela haiwan peliharaan
Cuba bela haiwan peliharaan seperti kucing, ikan, hamster ataupun arnab. Melihat aksi haiwan kesayangan anda bermain akan membuat anda melupakan segala masalah malah menaikkan mood ceria.

3. Tonton drama/filem
Tonton filem seperti aksi, seram, misteri – genre yang langsung tidak membosankan, buatkan kita tidak berganjak dari kerusi.

4. Membaca
Baca novel, tak kisah apa genre, selagi kita enjoy membaca, oklah tu.

5. Berlari
Berjalan kaki selama 30 minit dengan mudah dapat menaikkan mood positif dalam diri.

6. Duduk di kafe
Pergi ke kafe jauh dari tempat tinggal atau pejabat, kemudian pesan minuman dan duduk di tempat yang paling selesa.

7. Ambil pengangkutan awam
Mengambil pengangkutan awam ke lokasi rawak memaksa anda melakukan dua perkara – berada bersama orang asing dan mengubah persekitaran anda. 

8. Permainan video
Permainan video dapat mengalihkan perhatian kita daripada keinginan sesuatu.

9. Rancang percutian
Cuti tahunan tahun lepas masih lagi berbaki, jadi inilah masanya nak rancang percutian – tak kisah dalam negara atau luar. Mencari tiket penerbangan, tawaran hotel, buat kajian berkaitan tempat yang ingin dituju, semua itu akan meningkatkan rasa semangat dan menepis kesepian yang ada.

10. Kelas menari
Daripada duduk di rumah, berangan, apa kata cuba daftarkan diri ke kelas menari. Mana tahu bakat terpendam terus terserlah selepas ini.

Maka sunyi itu kadang-kadang membuat kita menjadi lebih dekat pada Tuhan. Sunyi itu membuat kita mahu berbicara dengan Tuhan melalui doa-doa. Maka jalan terbaik untuk kita mengisi kesunyian ini adalah dengan kembali kepada Allah. Kerana Allah sentiasa mahu berbicara dengan kita. Hanya kita sahaja yang tidak mahu mendengarnya.

Tapi sebenarnya paling best ialah tidur dan baring tanpa berbuat apa-apa, lebih-lebih lagi dalam suhu yang dingin.

Sumber Rujukan:
Share:

SOFIA KE PASAR MALAM


Seharian dirumah, sebelah petang ibu bawa budak kecil ni turun ke pasar malam. Kemain seronok dia, terus siap sendiri dengan pilihan baju sendiri. Bila ibu siap nampak dia dah tunggu depan pintu. Oklah pakai baju tu pun, macam bershopping pulak. Shopping barang mentah. hehe




Share:

HAPPY DEEPAVALI



Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Ada yang pergi ke rumah terbuka mereka tak? jangan takut sebab sekarang sesetengah dari mereka amat menitik berat makanan halal dan non halal. Kalau kita ragu-ragu, makan di rumah lebih afdal. 

Pernah ex-officemate buat rumah terbuka menjemput staff Islam, dan yang paling gembira, beliau ada membuat katering, dari orang Islam. Kebetulan shu p sana nampak orang-orang katering tengah sediakan makanan. Bersoal jawab dan beramah mesra. 

Share:

WALL’S DOUBLE DUTCH


Cheat day nak habaq mai. Menjengah ke Giant mesti lalu bahagian ais-krim, teringat Sofia, ibu sambar satu. Sampai rumah sekeluarga serbu. Sofia lagi best, penuh sudu sekali suap. Kena kacang, cokelat chips, melompat-lompat dia sebab ada hasil dalam setiap suapan. 

Sofia ada tonsil, jadi akan kerap sakit jika cuaca tak menentu dan mudah berjangkit kalau sekelilingnya ada orang tak sihat. Jadi atas nasihat doktor, di rumah kena selalu ada ais-krim vanila. Tapi iolls beli ais-krim berkacang, tepuk dahi. Sebab iolls tertarik dengan ais-krim ni masa membeli tadi. Bila sampai rumah, buat muka tak bersalah.

Tonsil ni buat kita nak telan pun susah bila ia menyerang, kalau ada ais-krim ni di peti ais dirumah, senang kerana buat budak yang susah makan bila tonsil menyerang, mereka boleh makan ais-krim ni saja dan memberi sedikit tenaga. Bukannya untuk kecutkan tonsil. Awas!! mitos kalau cakap ais-krim boleh kecutkan tonsil.
Share:

AZAM 2018 SUDAH TERLAKSANA KE?


Harini sudah menginjak ke bulan November, iaitu bulan 11. Berbaki sebulan lagi untuk kita tinggalkan tahun 2018. Adakah kita sudah bersedia dengan berubahan tahun, umur dan banyak lagi? hehe baru haritu berkira-kira "azam tahun baru", pejam celik pejam celik sudah ke penghujung "tahun baru".

Azam shu pada tahun 2018 tempoh hari, alhamdulillah banyak sudah Allah S.W.T tunaikan, dan tinggal satu lagi masih belum ditunaikan. insyaAllah berbekalkan sebulan lebih ni, kita pulun selesaikan. amin amin amin

Mana-mana yang belum tertunai, kita B/F ke tahun depan ya. hehe semoga semua azam dan impian kita tertunai dan terlaksana. amin amin amin.









Share:

MONDAY BLUES


Memandangkan esok adalah Public Holiday, maka ramai yang ambil cuti harini. Cuti selama 4hari adalah sesuatu yang indah. hahaha

Bila office kosong, suasana sunyi mula bermaharajalela, dan caranya adalah dengan buka lagu youtube sambil makan. hehe kerja masih banyak, sambil buat kerja sambil makan. Its okay.

Sesiapa yang bekerja harini, kita adalah geng. hihi dan kepada suri rumah, kita pun geng. masih bekerja dan bekerja. hee
Share:

FAMILY TIME : SOFIA


Hari Minggu yang amat dak Sofia nantikan. Sabtu minggu pertama ibu bekerja, melepak dengan ayah di rumah dulu, bila ibu bekerja memang makanan sudah disediakan untuk dua beranak ni. Ayam masak kicap kesukaan dak Sofia. Petangnya sudah mula gelisah ajak ayah bawa berjalan.

Malamnya baru ayah bawa berjalan tengok lampu. Keesokkan pagi breakfast roti canai kesukaan ayah. Then selesai satu dua urusan sebelum menjelang tengah hari. Setiba di rumah, ibu dan ayah letih, dia masih aktif bernyanyi dan berjoget. Hujan lebat semalam, sebab Sofia menyanyi lah tu.


Bila tau kena bergambar, dan dan buat mimik muka pelbagai. Ayah jadi boss dibelakang, Sofia dan ibu di depan. Ibu hang berani bergambar bila kereta berhenti parking saja. hihi

Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (9) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (27) Makan (17) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (50) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *