Recents in Beach

PEREBUTAN HARTA, PERMUSUHAN BERMULA


harta ada banyak sisi yang kita sedia ketahui. dan kita tahu zaman yang serba canggih dan moden ni, harta kekayaan paling diutamakan. percaya atau tak harta benda ni amatlah merbahaya kepada insan yang lemah semangat seperti kita semua ni.

harta kekayaan boleh memberi kelesaan kepada isi rumah, kita bekerja siang malam untuk mengumpul harta demi kesenangan anak-anak di masa hadapan. sediakan rumah yang selesa untuk anak-anak dan bakal anak menantu nanti. sedaya mencari harta sebelum keringat kita makin mengendur.

namun, harta kekayaan boleh menjadi perkara utama perbalahan antara ahli keluarga. pada siapa harus dipersalahkan. didikan ibu bapa ataupun diri sendiri?

shu pernah dengar cerita dari satu keluarga ni. ceritanya bermula ..

ibu kepada tiga anak ni berkahwin dengan ayah tiri, agak berharta tapi kedekut. setelah lebih 10 tahun berumah tangga, ibunya jatuh sakit dan nazak. suatu hari datang sepupu ayah tiri mereka sedekahkan duit berjumlah tiga ribu sahaja. disebabkan ayah tiri kedekut, maka beliau simpan di dalam peti besi. kebetulan anak sulung ternampak, dan memberitahu kepada adik yang lain bahawa ayah tiri mereka ingin membolot duit itu sendirian.

tanpa mereka sedari, mereka bertindak memalukan ayah tiri mereka sehingga ke pengetahuan saudara mara yang lain. betapa malunya ibu dan ayah tiri mereka. setibanya hari untuk menjelaskan bil hospital dan upah orang menjaga ibu mereka. anak-anak langsung tidak mahu mengeluarkan sesen pun duit, malah mempertikaikan tanggungjawab ayah tiri dan hartanya.

setelah setahun memendam rasa. ayah tiri telah keluar rumah tanpa ibu mereka yang terkontang kanting di rumah yang serba daif serta gantung tidak bertali. sekarang, ibu mereka bersendirian di rumah usang, sunyi. segala kemewahan yang ayah tiri berikan selama ni, hilang dalam sekelip mata.

dari apa yang jiran cerita, hanya kerana duit tiga ribu, suami isteri berpecah belah. kerana tamakkan harta orang, hidup ibu sendiri musnah. 

biarlah kita hidup dan bermewah atas hasil titik peluh kita sendiri, usah gemar akan harta orang lain walaupun harta ibu ayah kita. cuma berdoa, agar ibu dan ayah tak lupa wasiatkan harta kepada kita agar kemudian hari tak bergaduh berebut harta ibu ayah.

kredit : jiran shu, nama acik ani.

Post a Comment

6 Comments

  1. Membahagi harta pusaka bukan selepas kematian tapi semasa masih hidup bagi mengelakkan hal buruk berlaku..tetapi mesti ada rasa jujur dan bertanggungjawab pada diri masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujur dan bertanggungjawab tu penting kan kak. bila seseorang hilang kepercayaan, habislah kita lepas tu

      Delete
  2. Setuju sangat dengan perkongsian Shu ini.. Harta mak ayah, biarlah mereka yang uruskan.. Siapalah kita untuk mencampurinya.. Harta kita, carilah sendiri.. Tulang kedrat kita ada lagi kan.. Kalau kata nak anak-anak jangan bergaduh, hibbah siap-siap harta kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sbg anak hanya boleh jadi pendengar sahaja. takut tersalah percaturan hancur mak ayah.

      Delete
  3. Harta dan duit ni bahaya penangan dia. Kita yg tak kuat ni bila3 masa boleh jadi tamak mcm tu.

    ReplyDelete