Pengebumian besar-besaran bermula hari ini - ShuhaidaSaad

1 Oct 2018

Pengebumian besar-besaran bermula hari ini


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengumumkan satu upacara pengebumian besar-besaran akan diadakan pada Isnin bagi kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan penyebaran wabak dan virus di sekitar kawasan terjejas.

Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan 832 mangsa terkorban dalam kedua-dua bencana tersebut dan angka kematian dijangka terus meningkat.

Antara cabaran utama dihadapi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) adalah kekurangan jentera bagi mengesan mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan peringatan kepada orang awam untuk sentiasa berwaspada dengan amaran bencana yang dikeluarkan.

Mangsa gempa bumi dan tsunami Palu yang terselamat ditempatkan di khemah perlindungan sementara.

Selain meragut lebih 800 nyawa setakat ini, bencana itu turut menyaksikan ratusan rumah dan bangunan musnah.

Sementara itu, bagi mangsa yang terselamat, mereka kini giat mencari ahli keluarga yang masih hilang.

Mereka tinggal sehelai sepinggang, mengharapkan bantuan asas dan perubatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Gempa bumi 7.5 magnitud yang melanda pulau itu pada Jumaat mencetuskan tsunami setinggi enam meter memusnahkan hampir keseluruhan Palu.

kredit : astroawani

8 comments:

  1. Pasti ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  2. Bersyukurnya kita tinggal di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka diberikan ketabahan menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  4. Sedih mendengar berita tsunami dan gempa bumi yang menimpa mereka.. Semoga negara kita selamat dari sebarang bencana alam ni..aamin

    ReplyDelete
  5. Allahu...sedihnya..moga urusan menyelamat dan mencari mangsa dipermudahkan....aamin.

    ReplyDelete
  6. Semoga mereka tabah melalui dugaan yang datang..

    ReplyDelete
  7. takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  8. bencana alam yg agak tragis.
    aduhai. sedih.

    ReplyDelete