Recents in Beach

Menangis dan Tidur


Menangis dan Tidur | sudah jadi kebiasaan sebelum masuk tidur beliau akan buat hal sampai lah samada ayah atau ibu beliau marah dan mula menangis. selalunya ayah yang marah. ibu jarang marah, ibu bebel ja 24/7. sampai naik bingit telinga masing-masing.

nak dijadikan cerita harini, ibu naik minyak macam gajah naik minyak. hahaha ibu suruh beliau tidur dalam toilet jangan tidur di bilik. menangis teresak-esak beliau sampai ayah datang pujuk pun masih sedu-sedu lagi, mungkin nampak ibu naik minyak dia pun takut.

lepas ayah pujuk terus masuk bilik. bila ibu masuk bilik nampak beliau sudah layu mata. cepat-cepat ibu minta maaf dan terangkan kenapa ibu marah tadi. ibu cakap ja sayang, mana mungkin ibu biarkan anak ibu tidur dalam bilik air.

bila beliau sudah terlelap, ibu pulak sendirian menangis sebab termarah tadi. bersalah tersangat-sangat ibu pada awak. belum jadi kakak sudah kena marah selalu. hrmmm.. awaklah harta dunia akhirat ibu . mulut petah bercakap, banyak buat hal. tapi takda awak sehari boleh buat ibu sasau. 


Post a Comment

2 Comments

  1. InsyaAllah Sofia faham...mesti bersebab ibu marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. bagun pagi tadi beliau kemain happy. mungkin tidur cukup dan berpelukan dengan ibu sampai pagi. hihihi

      Delete