Adab Ketika Bercakap


Adab Kat Mana Adab Kat Mana | adab bila bercakap dengan seseorang yang kita tidak kenali boleh menjadi first impression terhadap diri kita ini. adalah lebih baik jikalau kita cuba untuk menghormati dan berlemah lembut.

kejadian ini heboh diperkatakan di kalangan kawan pejabat shu, kami telah menerima satu panggilan dari seorang pendidik. yang memperkenalkan diri beliau sebagai C**** Ni**. dan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat shu. namun apa yang menjadi kesal, tiada salam mahupun kata-kata manis. selepas di tegur barulah beliau beri salam dan menyatakan beliau tengah sibuk sekarang. pejabat kami pun tengah sibuk dengan latihan kebakaran.

kami tidak dapat menolong c**** terbabit kerana sebarang urusan berkenaan lawatan haruslah berhubung terus dengan pihak hq. kami hanya boleh beri no telefon hq. semoga c**** Ni** dapat tarikh lawatan ke sini. kami mengalu-alukan kedatangan pihak puan. 
Adab Ketika Bercakap Adab Ketika Bercakap Reviewed by Shuhaida Saad on 04 October Rating: 5

5 comments

  1. Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar itu harus hati-hati...tidak kiralah berlainan jantina atau sama jantina..ada juga yang silap paham hingga timbul masalah lain..sesuaikan dengan situasi dan ikut keperluan..
    Adab ketika bercakap nampak macam remeh tapi itu pengenalan pertama untuk orang menilai kita..
    Salam Jumaat indah Shu..😄

    ReplyDelete
  2. Adab kat mana? Bak kata Pandalela Rinong :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas peringatan..

    ReplyDelete
  4. bila beradab, semua urusan bakal mudah.
    bila beradab, kita pun akan dihormati org.
    aida cukup menitikkan adab kalau2 nak minta pertolongan org lain.
    senyum. muka manis.

    ReplyDelete
  5. Peringatan yang baik. Terima kasih ye

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90