Recents in Beach

12 JENIS GULA YANG POPULAR

Sila ambil perhatian | kepada semua penggemar manis, baik makanan mahupun minuman, pasti menjadi kebiasaan untuk mendengar semua jenis gula di bawah yang bakal shu kongsikan. kalau ada penambahan mahupun pembetulan, tolong bagitahu shu. takut ada yang tertinggal. hee..

12 Jenis Gula yang Popular

1. Gula Pasir

Gula pasir mungkin berada di urutan pertama, kerana hampir setiap hari kita selalu menggunakan gula. Gula pasir juga sudah menjadi salah satu bahan utama dalam memasak sehari-hari, selain untuk memasak, gula pasir sering juga digunakan untuk bahan tambahan minuman yang menyegarkan.

2. Gula Kastor
Gula kastor ini pada dasarnya adalah gula dengan butiran-butiran yang lebih halus daripada gula pasir biasa. Biasanya tujuan penggunaan gula ini adalah supaya gulanya lebih mudah larut, terutama dalam pembuatan kuih muih dan biskut.

3. Gula Bubuk (Icing atau Confectioners Sugar)
Hampir sama dengan gula kastor, gula ini diperoleh dari gula pasir biasa yang dihaluskan. Kadang kala gula jenis ini disebut dengan gula tepung, kerana bentuknya yang mirip dengan tepung. Gula ini banyak digunakan dalam pembuatan kuih kering, hiasan icing sugar, taburan pada cake atau kuih, dan sebagainya.

4. Gula Dadu
Gula dadu ini adalah gula pasir yang bentuknya kotak-kotak seperti dadu. Cara membuat gula dadu ini cukup mudah, Boleh membuatnya sendiri di rumah. Selain bentuk dadu biasa, anda juga boleh menambahkan warna dan rasa untuk menambah keceriaan yang berbeza untuk minum teh atau  bersama keluarga.

5. Gula Perang @Brown Sugar
Gula jenis ini adalah gula pasir yang proses pembuatannya belum selesai dan dibubuhi molasses sehingga berwarna keperangan. Gula ini beraroma karamel dan rasanya tidak semanis gula pasir. Penggunaan gula jenis ini pada cookies membuatnya menjadi lebih lembut kalau dibandingkan dengan menggunakan gula pasir. 

6. Gula Semut
Kenapa disebut gula semut? mungkin kerana tekstur dan wujudnya yang mirip dengan sarang semut. Gula ini berasal dari nira/sari batang bunga pohon aren. Berbutir seperti pasir halus dan berwarna coklat. Gula ini memiliki bau yang khas. Biasanya gula jenis ini digunakan untuk membuat fruit cake atau juga untuk campuran cookies.

7. Gula Batu
Gula batu ini hampir sama seperti gula pasir, tapi proses pengolahannya tidak sampai tahap kristalisasi. Bentuknya yang berupa bongkahan besar membuat gula ini tidak cepat larut dengan air panas. Untuk Anda penggemar teh poci, gula batu adalah adalah yang terbaik. Gula ini akan larut secara perlahan.

8. Gula Jawa
Salah satu pemanis yang sering digunakan di kalangan masyarakat adalah gula merah atau gula jawa. Gula jawa ini merupakan gula yang dibuat dari pohon aren yang mempunyai citarasa yang tersendiri. Kerana gula jawa ini berwarna coklat kehitaman, dan juga rasanya yang seperti gula dan kelapa. Gula Jawa ini banyak digunakan untuk kicap manis, pemanis minuman, dodol, atau kuih. 

9. Gula Merah
Gula merah dari tebu ini mempunyao rasa yang manis dan baunya yang seperti gula aren atau gula kelapa. Sekarang ini gula merah juga sudah menjadi keperluan masyarakat. Hampir setiap hari gula merah ini digunakan dalam berbagai keperluan. Selain itu, gula merah ini juga baik bagi kesihatan tubuh kita kerana gula merah merupakan sumber kalori dan karbohidrat, serta nutrisi lain yang diperlukan tubuh manusia.

10. Karamel
Karamel salah satu jenis gula yang cara pembuatannya dengan memanaskan gula pasir sampai gula pasirnya meleleh dan berwarna kuning kecoklatan. Banyak orang suka karamel ini kerana mempunyai rasa dan aromanya yang khas. Karamel ini biasa kita gunakan untuk tambahan pemanis kuih, roti, puding, atau makanan lain.

11. Gula Aren @Palm Sugar
Gula nipah ini cukup popular di kalangan masyarakat, kerana banyak ditemui. Gula ini berasal dari air nira atau sari bunga aren. Aroma gula ini juga sangat harum dan rasanya manis sesuai untuk dijadikan bahan tambahan cake atau cookies.

12. Gula Cair
Gula cair sering disebut dengan sirup gula, kerana bentuknya yang pekat seperti sirup. Pada mulanya, sirup gula ini adalah gula pasir yang diolah menjadi cair. Sirup gula ini biasa digunakan sebagai topping pada pancake, atau juga dijadikan sebagai bahan tambahan minuman.

terima kasih kerana berkongsi info kepada shu. 

kredit : google

Post a Comment

13 Comments

  1. rupanya ada gula batu.. kalau kat sarawak ni biasa gula batu tu gula-gula.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula batu selalu letak dalam agar-agar sedap rasanya :D

      Delete
  2. Banyak jugak ya jenis gula ni.. Gula semut tu first time ekin dengar. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu pun first time dengar. haha :D

      Delete
  3. Banyaknya jenis gula. Ada a few yg ana tak familiar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu pun, paling popular dirumah shu, gula pasir. hahaha

      Delete
  4. Gula aren,gula jawa,gula merah...rupanya lain-lain ya Shu..kak PC selalu sebutnya gula kelapa (nira) tu merangkumi gula aen,gula jawa,gula merah...gula semut tu kak PC panggil gula tebu..silap rupanya...terima kasih ya Shu perkongsian..

    Lupa ya lagi satu...gula-gula.Hikkksshikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih jugak kak kongsi info. shu pun lupa letak gula-gula.hahahaha

      Delete
  5. gula aren first time dengar.. nice sharing! :)

    ReplyDelete
  6. Hai kak~ Hana cuma tahu 8 jenis gula je hehe yang lain tu baru tahu :) Thankyou for this post kak shu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hana. samalah shu pun. 8 ja yang selalu dgr. tp paling popular dirumah, gula pasir ja. hahahahaha

      Delete
  7. Banyak rupanya.. Sha tahu beberapa jenis je.. TQ Shu share..

    ReplyDelete