2 September 2018

Balik Kampung Cari Udang Lipan

Balik Kampung Cari Udang Lipan | Lama blog tak berupdate di sebabkan kekangan masa yang teramat sangat. Baru-baru ni pulang ke kampung halaman atas desakan hati yang terlalu merindui orang tua. Selepas di rujuk sang suami, akhirnya sampai jua kami di kampung halaman. Alhamdulillah..

Kepulangan yang tak dirancang, jam 5.00 pagi setibanya di kampung, kedua orang tua tidur di ulit mimpi. Berkali-kali ketuk pintu barulah tersedar. Muka agak terkejut. Hihi surprise! Selesai bersalaman dan sesi “berkenalan”, kami sekeluarga sambung tidur di kampung. Orang tua sudah mulai rutin harian masak untuk makan pagi. Sebab tu malas nak inform awai.

4hari masa di kampung terasa cepat sangat masa berlalu. Sedar-sedar sudah hari terakhir di kampung, masih belum puas lagi bermanja. Hari terakhir bawak orang tua ke tepi laut beli ikan fresh untuk makan-makan sebelum pulang ke kota metropolitan. Antara makanan kesukaan shu adalah udang lipan ni. Manis, tapi kali ni tak jadi beli sebab isi kurang.


Senin lepas (03/09) perancangan pulang ke kota bersama orang tua, hingga ke Ipoh saja. Orang tua nak jumpa cucu kembar. Dan alhamdulillah, sampai ke destinasi seperti dirancang.

Namun…. Cucu masih dalam perut, masih leka bermain plasenta ibunya. Hihi masa agak cemburu, dapat berjumpa ibunya sekejap. Orang tua masih tunggu dengan penuh debaran, hingga jam 8 malam, masih belum bertemu. Akhirnya orang tua balik ke kampung, tak sempat berjumpa.

Cucu keluar jam 10 malam. hahahaha

1 comment:

  1. Sha pernah makan udang lipan.. tu pun lepas abah ajar macam mana nak siang dengan mudah.. sedap juga isi dia..

    ReplyDelete