Dato' Sri Siti Nurhaliza & Alif Satar - Kisah Ku Inginkan (Big Stage Final)


Sebenarnya masih belum move on lagi dengan Big Stage ni. hahahaha shu suka pulak Dato Ct dengan Alif menyanyi. kbye!

Lagu : Kisah Ku Inginkan 
Artis : Dato Sri Siti Nurhaliza

Telah Ku tentukan arah
Yang akan ku tempuh Di sisa hidupku
Karena telah ku temukan
Kisah yang ku inginkan Dan ku impian

Sudah Ku tambatkan hati
Yang selama ini Berlayar tak pasti

Kini Tlah ku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan Suci kita
Berhenti sudah Keresahan dalam jiwa

Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku

Kita Akan menjaga
Janji suci yang tlah terikrar
Dan saling setia Selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan Suci kita
Berhenti sudah Keresahan dalam jiwa

Berhenti sudah Keresahan dalam jiwa

Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena kau resmi milikku

Kita Akan menjaga
Janji suci yang tlah terikrar
Dan saling setia Selamanya

Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Karena aku dan dirimu

Dalam ikatan
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia Selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga mendua
Didalam cinta

Selamanya
Selamanya
Selamanya
Selamanya


Sarah Suhairi - Nyawa & Raga


Tahniah Sarah Suhairi  Juara Big Stage 1 | alhamdulillah seperti yang dijangka, shu suka sangat Sarah ni. sebab beliau boleh bawa semua lagu, termasuk Ddu-ddu Ddu-ddu. suka sangat beliau. hihi antara lagu yang shu tertarik adalah Nyawa & Raga. moh kita dengar lagu beliau.

Lagu : Nyawa & Raga
Artis : Sarah Suhairi BigStage 1

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Benarku sukar ungkapkan kata sayang
Tapi pasti dirimu selalu di hati
Tak sekali dirimu pernah kulupa
Walaupun sedetik takkan pernah singgah

Wahai temanku ingin dirimu tahu
Kasih penuh dalam hati hanya untuk kamu
Tiada ego dan rasa pentingkan diri
Iri dan benci tak pernah

Dan kau... hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

*Rap (akan dikemaskini kemudian)
Wahai teman aku mahu engkau tahu
Kasih penuh dalam hati buat kamu
Tiada ego dan rasa penting diri
Iri dan benci tak pernah
Terima kasih pernah sering bersabar
Sering merindu, sering beringat, seringkali kita terlepas
Lalui suka duka bahagia bersahabat


Dan kau.. hadir...
dalam suka dan duka
Tak penah kau menjauh dariku

Andai nanti terpisah dirimu selalu di hati
Tetaplah kau bersinar sahabat

Aku nyawa engkau raga
Yang ditakdirkan bersama
Dan berdua kita warnai dunia

Kita ada bukan untuk cari satu kesempatan
Engkau hadir penuh ikhlas kepadaku

Kredit : youtube
Lirik : arnamee

Pencarian Tau Sar Piah / Pau Kacang Bakar


Tau Sar Piah | atau dikenali sebagai Pau Kacang Bakar. lagi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kawan di kampung shu ada jual, sudah siap book semua sekali. cuma kalau pos hancur kata beliau. Hancur lebur hatiku. huhuhu cuba search di facebook dan instagram takda yang menjual. kawasan delivery hanya di Utara Semenanjung sahaja. bertambah sedih hati ni.

bukannya mengidam, cuma ini adalah peberet shu! lama sudah tak merasa pau ni. nak buat tu macam tak pandai sangat. hahaha google sudah resepi, tapi macam tak pandai nak baking. boleh tolong shu tak?

kawan-kawan, yang mana ada kenalan jual Tau Sar Piah / Pau Kacang Bakar ni silalah bagi no fon beliau. shu nak order dan delivery area Balakong / Hulu Langat. Terima Kasih. Teringin sangat.


Misha Omar - Riwayat Cinta


Tajuk Lagu : Riwayat Cinta
Artis : Misha Omar

Gerhana
Yang melanda
Seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa ohh.....

Siapa
Yang rela
Bernafas dalam derita
Membiar perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang tak terduga

Ke mana
Hilangnya keindahan
Yang ingin ku damba
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaan

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi

Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh.....

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi

Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh...

kredit : youtube

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com


Terma dan Syarat :

Tarikh Tamat :
30 Sept 2018

Segmen Bloglist September - Disember 2018


Terma dan Syarat :

Tarikh Tutup :
27 Sept 2018

Sikap tidak amanah peminjam, hutang PTPTN RM36b

DR Mahathir menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) di sini, hari ini. - NSTP/MuhdZaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Perdana Menteri berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

"RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini...saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.

"Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa... bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian," katanya ketika menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Wahid Omar.

Terdahulu dalam syarahan itu, beliau mengingatkan tiga sistem nilai perlu ada dalam kalangan masyarakat jika mahu berjaya seperti Jepun.

Katanya, tiga nilai itu adalah rasa malu, rajin atau kerja keras dan beramanah.

"Ada banyak lagi sistem nilai yang dimiliki masyarakat Jepun yang boleh diamalkan dan dijadikan budaya masyarakat.

"Tiga nilai yang utama itu penting jika ingin maju supaya dapat mengeluarkan penghasilan yang lebih berkualiti," katanya.

Sikap malu, katanya sama seperti konsep harakiri tetapi bukan bermaksud membunuh diri.

"Harakiri diterjemahkan sebagai malu apabila gagal melaksanakan tanggungjawab seseorang akan merasa mahu serta bertanggungjawab memperbetul atau meningkatkan lagi apa-apa penghasilan yang dibuat," katanya.

Beliau berkata, sikap rajin akan menjamin seseorang itu berjaya.

"Jika kita malas, tidak peduli sama ada kerja siap atau tidak, kita tidak berjaya. Kita kena rajin jika ingin berjaya lebih-lebih lagi kalau tahu diri itu tidak bijak," katanya.

Beauty Giveaway By Mrs Pip


Terma dan Syarat :

Tarikh Tutup :
06 Oktober 2018

apa yang korang suka mengenai blog mrs pip? | shu suka baca blog mrs pip ni sebab beliau banyak update pasal kehidupan dan macam-macam tips dalam setiap entri beliau. bersempena ulangtahun kedua domain dan kelahiran cahaya mata baby NH baru-baru ni pada 30.08.18, shu ucapkan tahniah dan selamat berpantang :D

Let's Be Beautiful by Ana Suhana


Terma dan Syarat :

Tarikh Tutup :
14 Oktober 2018

GIVEAWAY FLUER PERFUME BY SII NURUL


Syarat :

Tarikh Tamat :
25 September 2018

0082 QUOTE OF THE DAY

sumber : addinu

Cara Hilangkan Batuk Anak

Amat-amat susah hati bila anak tak sihat, terutamanya si kecil. Bila nampak pasif sepanjang hari, ibu mulai risau. Alhamdulillah setelah selesema dan demam beransur pulih, tinggal batuk yang sesekali menjengah anak ibu. Sesekali batuk, sampai termuntah. Ibu is risau. Shu mencuba beberapa kaedah yang telah di berikan dari mak di kampung. Bismillah...


KUNYIT
Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. InsyaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.


BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS
Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapis dan beri anak minum. Ni shu hanya buat bila ada di kampung, sebab bunga belimbing susah nak cari oi..


LEMON, HALIA DAN MADU
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalamam di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.


MANDIAN LEMON
Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.


MINYAK BAWANG PUTIH
Bakar bawang putih. Tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan. Ini selalu sangat shu buat sebab itu yang paling cepat dan shu sendiri amalkan sekiranya batuk.


URUTAN BADAN
Rajin-rajinkanlah ibu atau ayah untuk urut anak setiap kali lepas mandi. Ini kerana, anak yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut anak ketika dia menangis.

Tiada Tanda Mau Sembuh


banyak hari sudah blog tak berupdate. rindu blog, namum kesihatan anak lebih utama. dak sofia demam sejak hari Khamis hingga harini masih belum nampak tanda-tanda mau sembuh. memandangkan ibu cuti, maka ibu jagalah sofia hingga sembuh. insyaAllah..

selesema, demam dan terbaru batuk. serba tak kena dia, makan pun makin kurang selera. :( kalau sihat, boleh berjalan-jalan dengan ibu, ayah hang kena p kerja tiga harini. takpa lah mereput dengan ibu di rumah. heee

0081 QUOTE OF THE DAY


Buah Kegemaran

Alhamdulillah, Welcome Twin

Assalamualaikum Twins | alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. tok dan wan puas menunggu cucu twin dari genap 37 minggu lagi. tak sabar nak jumpa cucu-cucu semua. sebelum ni asyik menunggu cucu sulung, Alisya balik kampung. lepas setahun tok dan wan ada teman di rumah bertemankan abang Afiq. sekarang twin pulak menyusul.


genap 03/09 lebih kurang jam 10 malam, twin menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami. alhamdulillah twin sepasang. gegirl berat 2.5kg bernama Anis dan boboi berat 2.3kg bernama Arif. sudahnya ahli keluarga shu semuanya nama panggilan bermula huruf A.

gambar twin masih belum terima disebabkan masih baru. insyaAllah ada kesempatan dapat berjumpa. 

Mak Ngah doakan anak-anak semua di kurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

0079 QUOTE OF THE DAY


Balik Kampung Cari Udang Lipan

Balik Kampung Cari Udang Lipan | Lama blog tak berupdate di sebabkan kekangan masa yang teramat sangat. Baru-baru ni pulang ke kampung halaman atas desakan hati yang terlalu merindui orang tua. Selepas di rujuk sang suami, akhirnya sampai jua kami di kampung halaman. Alhamdulillah..

Kepulangan yang tak dirancang, jam 5.00 pagi setibanya di kampung, kedua orang tua tidur di ulit mimpi. Berkali-kali ketuk pintu barulah tersedar. Muka agak terkejut. Hihi surprise! Selesai bersalaman dan sesi “berkenalan”, kami sekeluarga sambung tidur di kampung. Orang tua sudah mulai rutin harian masak untuk makan pagi. Sebab tu malas nak inform awai.

4hari masa di kampung terasa cepat sangat masa berlalu. Sedar-sedar sudah hari terakhir di kampung, masih belum puas lagi bermanja. Hari terakhir bawak orang tua ke tepi laut beli ikan fresh untuk makan-makan sebelum pulang ke kota metropolitan. Antara makanan kesukaan shu adalah udang lipan ni. Manis, tapi kali ni tak jadi beli sebab isi kurang.


Senin lepas (03/09) perancangan pulang ke kota bersama orang tua, hingga ke Ipoh saja. Orang tua nak jumpa cucu kembar. Dan alhamdulillah, sampai ke destinasi seperti dirancang.

Namun…. Cucu masih dalam perut, masih leka bermain plasenta ibunya. Hihi masa agak cemburu, dapat berjumpa ibunya sekejap. Orang tua masih tunggu dengan penuh debaran, hingga jam 8 malam, masih belum bertemu. Akhirnya orang tua balik ke kampung, tak sempat berjumpa.

Cucu keluar jam 10 malam. hahahaha

0077 QUOTE OF THE DAY


Tesco Bersama Abang Sepupu


Tesco Bersama Abang Sepupu | balik kampung seronoklah bila dapat berjumpa sepupu. dapat bermain dan berlari sekeliling rumah. disebabkan nak mencari barang keperluan, bawaklah dua manusia ni berjalan. seronok kemain dapat bersama.

abang lagi kecil dan comel dari adik, beza setahun adik dengan abang tu. tapi berat sama! adik baka tinggi, abang baka berat. hihihi masing-masing anak sulung, dan bila dapat berjumpa rakan seperjuangan mula nak berperang. ibu dan ayah masing-masing yang pening, loya semua melayan perangai mereka.


baru dua hari berpisah, mak ngah sudah mulai rindu abang Afiq. adik Sofia pun asyik menyebut nama saja. ada rezeki kita bertemu lagi.

0076 QUOTE OF THE DAY