8 August 2018

VIRAL - Pro dan Kon


Kuasa Viral atau Tular | maksud viral ataupun tular adalah aktiviti di media sosial sebagai contohnya yang menggambarkan penyebaran sesebuah info melalui online yang tersebar dengan cepat hingga menjadi popular dan menjadi perbualan umum. Info seperti gambar, video, berita dan sebagainya. 

Viral dalam dunia marketing sangat memainkan peranan penting sebagai strategi dan proses penyebaran maklumat yang menjadi saluran untuk menjual sesuatu produk kepada umum. Ini dapat membantu produk mereka sampai ke umum dengan segera. Sangat baik untuk marketing.

Namun, ada segelintir yang menyalahgunakan peranan viral ni sehingga menimbulkan banyak keburukan. Antaranya penyebaran maklumat palsu. Pelbagai maklumat yang belum tentu kesahihannya disebarkan secara meluas. Berikutan sesetengah individu yang gemar menyebarkan maklumat baru diperoleh tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Budaya viral ini boleh membawa musibah, menjatuhkan imej individu, persatuan dan juga negara. Selalu kita menyaksikan video tular di media sosial dan tidak elok untuk tontonan umum.


Antara kesan-kesan viral / tular :
  1. Tindakan undang-undang boleh dikenakan jika penyebaran sesuatu maklumat yang dilakukan tanpa pengesahan mengenai kesahihannya. Situasi ini jatuh dalam kategori fitnah sivil atau fitnah jenayah.
  2. Peruntukan undang-undang berkaitan fitnah sivil adalah mengikut Akta Fitnah 1957 manakala fitnah jenayah mengikut undang-undang jenayah di dalam Kanun Keseksaan 1997. Seksyen 500 akta yang sama memperuntukkan sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman bagi tindakan fitnah itu adalah penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  3. Maklumat yang disebarkan yang berbentuk hasutan atau mewujudkan kekacauan pula boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.
  4. Sekiranya maklumat dikategorikan sebagai fitnah jenayah pula, hukuman boleh dikenakan mengikut seksyen 499-502 Kanun Keseksaan 1997. 
  5. Di samping itu, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan di bawah Akta Hasutan 1948 jika maklumat yang disebarkan menyebabkan hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan atau menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
  6. Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya penjara tidak melebihi 5 tahun. 

rujukan utusan

8 comments:

  1. Kalau viral perkara baik takpelah jugakan shu.. Ini yang tak sahih yang diviralkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang takut tu, kesian owner kalau xsahih. paling shu suka viral cara nak ikat rambut budak. ahaaa tu best. heee

      Delete
  2. alangkah baiknya kuasa viral ni digunakan utk ke arah kebaikan sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak mampu sekat :( hanya mampu lihat.

      Delete
  3. betul tu. saya setuju. lagi satu, kalau boleh sebelum nak share apa apa check lah dulu kesahihanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong sis. sekarang shu nak viral pun cara ikat rambut budak saja. hihihi

      Delete
  4. Kalau satu hal yang baik atau bermanfaat...viralkanlah supaya kebaikkan itu berterusan...pahalanya pun berpanjangan...TAPI kalau sebaliknya...TOLONGLAH berhenti viralkan..boleh jadi fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong akak PC. yang melibatkan pihak ketiga takut jadi fitnah sebab kita tak tahu cerita pihak ketiga. melainkan tuan badan tu bercerita mengenai diri sendiiri ja kak shu berani nak viral.

      Delete