SELAMAT ULANGTAHUN - ANAK TEPI BENDANG - ShuhaidaSaad

4 Aug 2018

SELAMAT ULANGTAHUN - ANAK TEPI BENDANG


Selamat Ulangtahun | alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. dan dapat menghirup udara sedar di muka bumi ini. alhamdulillah syukur.. pada tarikh ini, shu di lahirkan ke dunia pada awal pagi selepas subuh. 

sebenarnya shu dilahirkan dengan warna kulit agak gelap dan berambut kerinting, berbanding abang shu. abang dan adik ikut mak, kulit sawo sikit. bermulalah episod meng"anak tiri"kan diri sendiri. hahaha setiap kali bergaduh dengan abang, mesti shu akan bandingkan diri dengan abang pastu siap cakap shu ni bukan anak mak dengan ayah, sebab warna kulit tak macam abang. pastu mak pun iyakan, abang pulak kuat menyakat. tapi nasib lah ayah sayang. hihi apa-apa ayah backup. :D shu lagi lah bertambah sedih.

bertambah sedih bila tok pun geng menyakat cakap shu ni mak ayah jumpa di tepi bendang. anak sapa tak tau, lagi lah bertambah sedih siap p bisik tanya ayah. nasib ayah menidakkan. weyh sedih weyh bila orang cakap macam tu, hahahahaha..

sekarang ni bila dah besar, baru tau apa itu genetik. hahaha bila orang cakap lagi berkenaan anak tepi sawah tu, shu sudah tak ambil peduli. dan yang pastinya shu dengan ayah memang ngam dari dulu sampai sekarang. boleh bawak berbincang. sebab genetik ayah dan mak, lahirlah shu di dunia ini. syukur... :D

2 comments:

  1. Eh, kita samalah Shu. Kebetulan tak lama lepas saya lahir, adik pulak lahir. Dia putih, rambut perang dan gebu. Time tu selalu rasa dianaktirikan sebab kurus, hitam dan rambut kusut masai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak tau sains ni semua. kira logik akal budak-budak. hehehe.. but now bila belajar, baru paham. hehehehe

      Delete