14 August 2018

Demam Panas dan Ulser


Demam Panas dan Ulser | sejak dari Khamis lepas budak sofia ni demam. malam sabtu yang lepas demam tinggi hingga 38c. nak tak nak kena g hospital untuk dapatkan ubat demam. check punya check alhamdulillah tonsil takda, hanya ulser saja. doktor bekalkan ubat sub, ubat demam dan ubat ulser.


Aftamed Gel Junior
Contains no preservatives or artificial colourings; chewing-gum flavour.

All formulations are:
Alcohol-free
Sugar-free
Iso-salivary pH
Innocuous if swallowed
No risk of overdose
No interactions with other medicines
Can be used by children who wear orthodontic appliances.

rujukan : aftamed

pada mulanya shu req nak yang spray, tapi dapat yang jelly. tapi ok ja, masa sapu ke ulser dak sofia tak nangis, maksudnya tak pedih la tu. tapi jangan tertipu, dia bagi shu sapu lepas 30minit memujuk, ubat tu tak sakit. kalau tak jangan harap dia nak buka mulut, takut sakit. lepas dari tu, sejam sekali minta shu sapu ubat tu.

bila anak demam, ibulah manusia yang berjaga malam jelum kepala lap badan biar sentiasa sejuk. tidur-tidur ayam risau anak panas tengah malam kita tak sedar. minggu ni ibu kena buat ot. semoga ibu kuat bertahan sampai hari Ahad. hikhik

biasalah drama queen ni, badan panas tapi ligat kemain tambah-tambah mulut tu. mak jemah. itu ini komplen, ibu yang risau ni dah jadi serabut. haha alhamdulillah settle semuanya 2 jam di hospital, balik rumah terus bagi sofia makan ubat dan tidur. 

semalam hantar rumah ibu susu (baby sitter) dia, risau kalau suhu makin tinggi. pukul 12 tengah hari call, ibunya kata baru bangun tido. hamboi kemain matahari pacak atas kepala baru nak bangun anak dara ni. lepas tu moody, abang kakak tak boleh tegur, nanti jadi singa. siap warning abang dan kakak, "sofia taknak cakap dengan semua". (tepuk dahi) ibu dengar.


2 comments:

  1. Owh ada jenis spray eh.. Macam menarik ini.. Boleh cari buat spare kat rumah.. Sebab sekarang musim panas kan.. senang bebudak kena ulser..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sis, tapi depend pada doc takut macam shu, mintak lain dapat lain. kalau spray ni senang sikit, picit je. hahaha

      Delete