Nasi Kerabu Daging


Nasi Kerabu Daging | harini terasa nak mencuba nasi kerabu hakak gerai nasi daging ni. sebab tengok ramai orang order nasi kerabu, so sis cuba. alhamdulillah. boleh makan dan rasanya sedap sebab ada ulam, daging. pedas dia ngam.

harga nasi kerabu daging ni RM5.00. maaf lah gambar bersepah nasi. haha tengah makan.
Share:

#23 Masak Lemak Cili Api


Masak Lemak Cili Api | malam tadi terasa nak makan pedas-pedas, selongkar dapur jumpa bahan ni saja. tanpa kentang pun jadilah. boleh dikira shu letak kentang dalam masak lemak ni, takda sapa nak makan. hahaha. untuk sofia kita buat sup ayam. sebenarnya keluarga shu memang kuat makan ayam, makanan laut ni kitorg kurang disebabkan jijoi bukan penggemar makanan lauk. nak makan makanan laut kena balik kampung, boleh makan yang fresh + makan banyak-banyak. hihihi

jangan salah faham entri shu semunya lambat sehari dua. sebab nak update on time disebabkan kekangan masa. hahaha busy kalah PM jahh.. resepi masih sama macam sebelum ni.
Share:

ANAK OK TANPA AYAH, TAPI AYAH SEBALIKNYA


Anak OK bila ayah takda, tapi ayah sebaliknya | ayah kami kena p kursus dari Ahad petang sampai Rabu petang di Klang. tinggailah kami dengan ibu kami di rumah berdua.

sebaik ayah kami sampai destinasi, ayah kami call kami kerap/banyak kali. sebab rindu. kami is okay dengan ibu kami. ayah pulak siang malam call kami nak cakap siap buat vcall. ayah kami pulak macam tak paham yang kami ni malu kalau buat vcall. hahaha

bila kami tak layan ayah kami, ayah kami kacau ibu kami pulak. nak vcall. ayah kami memang macam tu, manja sangat dengan kami ni. eh! kami ke ayah kami yang manja ni? 🤣

mesti banyak perkataan “kami” untuk entri kali ni. haha sebab ibu kami kehabisan idea. 😭

Share:

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha | uolls balik kampung tak raya haji di tengah minggu ni? ada yang sambung cuti ke? selamat bercuti shu ucapkan dan hati-hati dalam perjalanan. dan jangan lupa makan makanan berkhasiat. :D

kami team raya hospital. mak mertua warded 2 hari sebelum hari raya. dan jadinya meraya di wad. lepas habis meraya dengan mak mertua, barulah kita meraya rumah mak sedara dan akhir sekali ke tanah perkuburan ayah jijoi. sofia asyik sebut saja, memang ibu ada suarakan nak p tengok wan botak, tapi seharian dia punya tanya tu. hehe



meraya rumah mak long, rumah kak ipar jijoi. makan nasi minyak mak long buat. biasanya team raya selangor ni akan berkumpul satu rumah dan lepak sampai petang. ni memandangkan semuanya kurang sihat, kita yang muda kena melawat. hihi


nampak behave sangat dalam gambar ni, sebab ada kakak layan main. bersimpuh anak ibu sebab keadaaan kain tak mengizinkan untuk jadi brutal. hahaha rumah terakhir sebelum ke kubur.

sesampai di kubur, sofia tanya mana wan botak? ok, shu tunjukkan kubur wan botak, dia dia terus p cabut rumput halus celah batu. sambil tu tanya ibu dan ayah macam-macam. bolehlah jawab soklan budak sofia ni. ibu harap awak faham apa ayah dan ibu cuba sampaikan. semoga wan botak tenang di sana. amin..


Share:

Tips Kesihatan - Ketika Cuaca Panas Dan Kering


Tips Kesihatan - Ketika Cuaca Panas Dan Kering | Berdasarkan laporan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), negara kini telah berada di dalam fasa Monsun Barat Daya. Fasa Monsun Barat Daya mendominasi keadaan cuaca negara sehingga pertengahan bulan September. Sepanjang tempoh monsun ini, keadaan cuaca yang panas dan kering cenderung untuk berlaku.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan bahawa sepanjang Ogos, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan yang sedikit dan menyebabkan suhu meningkat pada siang hari. Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berdepan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos hingga pertengahan September ini.

Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras yang normal dengan jumlah di antara 150mm hingga 250mm kecuali beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm hingga 150mm.

Sebagai penduduk / pekerja yang sentiasa bekerja di luar / site, terdapat inisiatif bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang di ingini. 

Kumpulan Yang Berisiko

  • Terbabit dengan kegiatan fizikal di tapak
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid

Gejala Atau Simptom Yang Mungkin Berlaku

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
* Keadaan terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri.

Panduan Am

  • Minum air kosong dengan banyak walaupun tidak terasa haus
  • Minum minuman isotonik. Ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Elakkan mengambil minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • Seboleh-bolehnya berada di dalam bangunan
  • Kurangkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan peralatan pengudaraan untuk menyejukkan badan
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Pakai topi atau payung besar
  • Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa
  • Elakkan membuat sebarang aktiviti pembakaran terbuka di dalam atau sekitar kawasan premis syarikat

Sumber Informasi:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Share:

Luncheon at JomBali


Luncheon at JomBali | hari terakhir untuk minggu ni. harini nak cerita lunch makan di JomBali dengan officemate. harini tanak window shopping, keluar semata-mata nak p lunch. hihi


Nasi Goreng Thai Seafood Spicy RM14.90, nasi goreng ni banyak jugak seafood. cuma pedas rempah macam tu. shu ingatkan pedas sungguh, sebab spicy kan. portion besar lah. ada sikit papadom. 

Cheezy Baked Rice BBQ Honey Chicken RM15.90, rasa nasi goreng bersama ayam dan cheese, manis-manis gitu. kalau penggemar cheese boleh cuba menu ni. nasi gorengnya cukup rasa lah. sesetengah tempat lain chefnya. kalau nak cuba rasa macam yang shu cakap ni, kena mai Tesco Kajang ya. hehe


Kedondong Asam Boi RM8.90, selalu kita order apple asam boi. kali ni cuba kedondong pulak. rasanya pahit + asam. masam-masam manis + pahit sikit. hihi layan lah.


Honey Barley Lemon RM6.90, untuk cuaca sekarang ni amat sesuai untuk minum air ni. terbaik.


antara cawangan JomBali, seperti berikut :
  • NSK Kota Damansara
  • Tesco Kajang
  • Aeon Big Wangsa Maju
  • Aeon Big Wangsa Maju (Jom Western)
  • Tesco Puchong
  • Citta Mall
  • Tesco Mutiara Damansara
  • Wangsa Walk Mall
  • SACC Mall
  • Putrajaya
  • Ampang Point
sumber gamber : JomBali


Share:

Punca Mulut Berbau, Batu Tonsil Dan Cara Menghilangkannya


Apa yang anda perlu tahu mengenai karang tonsil | Batu Tonsil / Karang Tonsil / Tonsilar Stone benda yang sama dan kebanyakannya ada pada pesakit yang mempunyai pembengkakan tonsil. Tonsil adalah satu organ yang dicipta Allah untuk menjadi benteng pertahanan menangkis kuman-kuman yang masuk melalui hidung, telinga atau mulut.

Gejala Tonsil
  • bau yang sangat busuk ketika batu muncul, kerana batu tonsil itu menjadi rumah kepada bakteria anaerob, yang menghasilkan sulfida berbau busuk.
  • rasa seperti ada sesuatu yang tersangkut di mulut anda atau di belakang kerongkong anda
  • tekanan atau kesakitan di telinga anda
Batu tonsil ini boleh kelihatan seperti bulu putih atau kuning kecil di bahagian belakang tekak. Batu besar mungkin kelihatan. Ada yang cukup besar sehingga mereka keluar dari tonsil, menyerupai batu-batu kecil yang terperangkap di dalam mulut.

Komplikasi

  • Batu-batu tonsil ini kebanyakannya tidak berbahaya, walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan.
  • Walau bagaimanapun, boleh menimbulkan masalah dengan kebersihan mulut. Bakteria yang menyebabkan batu tonsil juga boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi, dan jangkitan lisan.
  • Kadang-kadang, batu-batu tonsil boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Satu kajian mendapati batu-batu tonsil serupa dengan plak gigi yang menyebabkan rongga dan penyakit gusi.

Rawatan

  • Batu-batu tonsil biasanya boleh dirawat di rumah. 
  • Jika melihat batu-batu tonsil di belakang tekak, tetapi tidak mempunyai sebarang gejala, anda tidak perlu untuk mengeluarkannya.
  • Anda boleh menggunakan cutton bud untuk melonggarkan batu dan perlahan-lahan tekan pada tisu. 
  • Berhati-hatilah untuk tidak menolak terlalu kuat, kerana berisiko mencederakan bahagian belakang kerongkong. Jangan gunakan jari atau apa-apa yang tajam untuk keluarkan batu tonsil.
  • Jika batu-batu tonsil menyakitkan atau membuat anda sukar menelan, anda boleh cuba berkumur dengan air garam hangat.

Pencegahan

  • Kebersihan mulut yang baik dapat membantu mencegah batu-batu tonsil.
  • Mencegah pertumbuhan batu tonsil sepenuhnya hampir mustahil. Bagi orang yang mempunyai tonsilitis kronik, satu tonsilektomi mungkin satu-satunya cara untuk mencegah batu-batu tonsil.
  • Walau bagaimanapun, kebersihan mulut yang baik, termasuk kerap berus dan flosing, boleh membantu. 

Share:

Short Sepuluh Sen


Short Sepuluh Sen | masa lunch tadi ke Giant nak beli Yakult dan Santan kotak untuk masak bersempena anniversary shu. bila sejam waktu lunch tu nak beli barang agak terkejarlah sikit. disebabkan selalu ke Giant ni tak ambil masa yang lama sebab nak beli benda tu saja. bukan nak window shopping.

sampai di kaunter bayaran, check purse ada RM10 saja. terlupa beb nak draw dulu. Allahu.. pastu buat paywave. pun declined sebab kad yang lain. hahaha rasa sebersalah tu tetiba menerpa. pastu korek lah purse cukup RM10.90. memang silap shu lah tak draw awai-awai. hihihi. memandangkan orang dah mulai penuh perbarisan tu, shu cakap pada adik cashier tu kejap lagi saya bayar lagi 10 sen.

dengan muka agak tegas adik tu cakap, tak pa lah, seposen ja, short sikit ja. Allah.. lagi sebersalah dibuatnya. hukhuk. sebaik settle, terus draw bayar balik seposen. pastu suparbeza dia datang tanya gamaknya, shu dah gerak dulu. huhu bukan niat dik, memang terlupa nak draw tadi. :D apa-apapun sebagai peringatan kepada diri shu, samada draw dulu ataupun sediakan duit secukupnya sebelum membeli barang.
Share:

Selamat Ulangtahun ke-Lima


Selamat Ulangtahun ke-Lima | alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. genap sudah lima tahun bergelar isteri kepada jijoi. dan 3 tahun menjadi ibu kepada dak sofia. susah senang bersama suami dalam menempuh dugaan bersama. alhamdulillah..


saat-saat sebelum sah bergelar isteri orang. terasa sedih sangat sebab akan berpisah dengan mak ayah. huhu


tapi bila dah sah bertukar status, hamik kau. perangai macam-macam dah keluar. nasib lah abang sepupu yang rajin melayan pengantin tak reti bergambar ni. haha alhamdulillah majlis berakhir dengan baik dan teratur.


orang tua-tua cakap inai tak merah suami tak sayang. tau tak kami sekampung berhempas pulas letak macam-macam dalam inai tu supaya merah. rupanya daun inai tu memang jenis tak merah. Allah.. bertabahlah memasing. peristiwa yang paling seronok bila di ingat kembali.

paling suka, mekap masa nikah. mak shu pun suka. sekarang ni gambar ni hanyalah kenangan, fizikal sebenar jauh panggang dari api. MasyaAllah.. berisi. :D kbye!

Share:

Dunia Akhir Zaman

sumber : mariafirds

Share:

Selamat Ulangtahun Ayah

sumber : google

Selamat Ulangtahun Ayah | Ya Allah.. bulan ogos ni bulan kelahiran anak beranak ni. satu keluarga 3 orang sama bulan. iaitu shu (04), ayah (14) dan abang (17). lusa (16) adalah ulangtahun perkahwinan shu pulak. hihi alhamdulillah. kalau nak beli kek, 3in1 saja kek nya. jimat majlis. hihi memandangkan kami berjauhan, tunggu balik nanti baru makan-makan bersama. huhu

dari kecik shu dan ayah sekepala. rajin ayah melayan anak perempuan sorang dia ni, p balik sekolah hantar shu, dari tadika hingga ke sekolah menengah. sakit demam ayah bawak ke klinik. nak exam ayah yang kelam kabut ajak p cari alat tulis. bersusah payah ayah untuk anak dia. sekarang bila anak dia dah besar dan dah berkahwin, terpaksa berjauhan dari keluarga.

pagi tadi call ayah, tak jawab. call mak, buat ucapan untuk ayah melalui fon mak. tersenyum simpul beliau. yelah mak pun buat-buat lupa. rupanya terlupa sekali birthday anak dia. hahaha sibuk bebenor jaga cucu dia. hahaha sentap! :D apa-apapun, terima kasih mak sebab melahirkan anak perempuannya. dan terima kasih ayah membesarkan shu.
Share:

Budak 5 Tahun Maut Ditetak Bapa

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di sini, kira-kira jam 5.40 petang Isnin.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidur di ruang tamu rumah mereka yang terletak di tingkat 4 flat berkenaan sebelum suspek yang berusia 35 menetaknya tiga kali dengan parang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis, kira-kira jam 5.45 petang.

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.

sumber : berita harian

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah pun ditahan dan kita turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

copypaste : berita harian
Share:

Demam Panas dan Ulser


Demam Panas dan Ulser | sejak dari Khamis lepas budak sofia ni demam. malam sabtu yang lepas demam tinggi hingga 38c. nak tak nak kena g hospital untuk dapatkan ubat demam. check punya check alhamdulillah tonsil takda, hanya ulser saja. doktor bekalkan ubat sub, ubat demam dan ubat ulser.


Aftamed Gel Junior
Contains no preservatives or artificial colourings; chewing-gum flavour.

All formulations are:
Alcohol-free
Sugar-free
Iso-salivary pH
Innocuous if swallowed
No risk of overdose
No interactions with other medicines
Can be used by children who wear orthodontic appliances.

rujukan : aftamed

pada mulanya shu req nak yang spray, tapi dapat yang jelly. tapi ok ja, masa sapu ke ulser dak sofia tak nangis, maksudnya tak pedih la tu. tapi jangan tertipu, dia bagi shu sapu lepas 30minit memujuk, ubat tu tak sakit. kalau tak jangan harap dia nak buka mulut, takut sakit. lepas dari tu, sejam sekali minta shu sapu ubat tu.

bila anak demam, ibulah manusia yang berjaga malam jelum kepala lap badan biar sentiasa sejuk. tidur-tidur ayam risau anak panas tengah malam kita tak sedar. minggu ni ibu kena buat ot. semoga ibu kuat bertahan sampai hari Ahad. hikhik

biasalah drama queen ni, badan panas tapi ligat kemain tambah-tambah mulut tu. mak jemah. itu ini komplen, ibu yang risau ni dah jadi serabut. haha alhamdulillah settle semuanya 2 jam di hospital, balik rumah terus bagi sofia makan ubat dan tidur. 

semalam hantar rumah ibu susu (baby sitter) dia, risau kalau suhu makin tinggi. pukul 12 tengah hari call, ibunya kata baru bangun tido. hamboi kemain matahari pacak atas kepala baru nak bangun anak dara ni. lepas tu moody, abang kakak tak boleh tegur, nanti jadi singa. siap warning abang dan kakak, "sofia taknak cakap dengan semua". (tepuk dahi) ibu dengar.


Share:

Johnnys Tom Yam Bee Hoon


Johnnys Tom Yam Bee Hoon | lunch haritu nak makan bihun tom yam. so mencari bihun tom yam. akhirnya jumpa juga. kali ni couple ni timbul comel saja atas permukaan bihun. disebabkan nak diet, makan benda selain nasi. alhamdulillah, sedap juga. tapi tak boleh lawan bihun tom yam thai dekat aeonbig.

Johnny ni kosong tak banyak sayur-sayuran. jadi kurang sikit. 6/10. lagi sedap kalau ada kangkung fish ball dan fish cake. boleh try sapa yang penggemar makanan thai. hihihi
Share:

Anak Ayam Anak Ibu


Anak Ayam Anak Ibu | ayah jijoi masuk kerja hari ni lepas hampir sebulan bercuti operation tangan. kemarin saja mengecek jalan-jalan di AeonBig. biasalah anak dan ayah kalau bershopping, beli buku saja depa tu, pensel tak beli, gamaknya nak lukis dengan apa. sampai rumah nak lukis cari pensel dekat ibu. maka melukis guna pen jawabnya. hihi

ayah hadiahkan buku tahap satu untuk anak dara dia belajar mewarna dan melukis. ibu bagi arahan sofia ikut melukis. comel anak ayam anak ibu tu. hihi asal nampak rupa ayam dengan kaki dah la tu.

Share:

Kerabu Maggi Thai


Kerabu Maggi Thai | nampak tak? hari ni memang entri makan saja. pagi tadi Nasi Putih Daging Bakar, lunch Kerabu Maggi Thai pulak dah. tak comel kerabu ni sebab shu bungkus, comot sudah kedudukan udang dan daun tu. 

tak sampai sebulan Program Diet ni berlangsung, tapi makan tahap empat bulan tak makan. semua menternak lemak ni. dah terjebak dengan office mate makan benda ni tiap kali ke kedai makan Thai. sebelum ni shu masih setia dengan Bihun Tom Yam shu. tapiii hari ni terasa nak curang sikit.

pendapat shu berkenaan Kerabu Maggi Thai ni, 8/10. semua rencah cukup, bagi shu, kalau pedas sikit lagi cun kot. udang besar dua ekor, maybe suami isteri. fish ball & fish cake ada. kacang pun ada tambah rasa untuk kerabu ni. tomoto ada, not bad. harganya murah RM6.00. makan bersama Thai Tea RM3.00. cukup buat perutku diam sejenak. kbye! 
Share:

Nasi Putih Daging Bakar


Nasi Putih Daging Bakar | sebelum ni jijoi jadi pelanggan setia satu gerai bersebelahan pintu masuk (kiri) taman shu. disebabkan setiap kali shu sampai pasti kena tunggu lama dan kadang-kadang makanan habis, jadi shu sentap bawak diri ke gerai agak jauh sikit (sebelah kanan) pintu masuk taman tu jugak. sekali beli ngam terukk dengan nasi putih daging bakar hakak ni.

setiap hari shu akan singgah beli menu yang sama. cuma kekadang tukar menu Nasi Putih Ayam Bakar. hakak ni orang Pantai Timur gamaknya berdasarkan percakapannya. tak pandang tempat lain dah. suka daging bakar hakak ni sebab lembut sangat. dan sangat pantas dia buat kerja. order 5 bungkus pun siap cepat. hakak ni selalu dibantu suami beliau, suaminya bakar daging dan ayam.

jijoi boleh terjebak sebab dia pesan shu untuk belikan nasi kebetulan dia lambat haritu. shu belikan nasi lemak + ayam masak merah. zuppp.. esoknya shu nampak dia dah terpacak depan gerai hakak tu. siap belikan shu nasi lemak jugak. nasi lemak hakak ni jijoi cakap kena dengan tekak dia. shu nasi lemak sambal ni kureng sikit kalau buat breakfast. huhu

bila setiap hari tapau menu yang sama, office mate tegur. so bagi mereka test, haaa esok esok ada yang order. hehe disebabkan kelembutan daging bakar beliaulah. harganya Nasi Putih Daging Bakar ni RM4.00. nasi kerabu warna biru pun ada, nasi dagang pun ada rasanya. sebab nampak gulai ikan tongkol/ikan mamu.

kalau nampak segerombolan asap dari gerai hakak tu, taulah harini masih boleh jamah daging bakar beliau. hehehe.

selamat menjamu selera. makan pukul 8.30 tadi ya, gambar update bila terasa lapar balik. kbye!
Share:

VIRAL - Pro dan Kon

Image result for kebaikan viral

Kuasa Viral atau Tular | maksud viral ataupun tular adalah aktiviti di media sosial sebagai contohnya yang menggambarkan penyebaran sesebuah info melalui online yang tersebar dengan cepat hingga menjadi popular dan menjadi perbualan umum. Info seperti gambar, video, berita dan sebagainya. 

Viral dalam dunia marketing sangat memainkan peranan penting sebagai strategi dan proses penyebaran maklumat yang menjadi saluran untuk menjual sesuatu produk kepada umum. Ini dapat membantu produk mereka sampai ke umum dengan segera. Sangat baik untuk marketing.

Namun, ada segelintir yang menyalahgunakan peranan viral ni sehingga menimbulkan banyak keburukan. Antaranya penyebaran maklumat palsu. Pelbagai maklumat yang belum tentu kesahihannya disebarkan secara meluas. Berikutan sesetengah individu yang gemar menyebarkan maklumat baru diperoleh tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Budaya viral ini boleh membawa musibah, menjatuhkan imej individu, persatuan dan juga negara. Selalu kita menyaksikan video tular di media sosial dan tidak elok untuk tontonan umum.


Antara kesan-kesan viral / tular :
  1. Tindakan undang-undang boleh dikenakan jika penyebaran sesuatu maklumat yang dilakukan tanpa pengesahan mengenai kesahihannya. Situasi ini jatuh dalam kategori fitnah sivil atau fitnah jenayah.
  2. Peruntukan undang-undang berkaitan fitnah sivil adalah mengikut Akta Fitnah 1957 manakala fitnah jenayah mengikut undang-undang jenayah di dalam Kanun Keseksaan 1997. Seksyen 500 akta yang sama memperuntukkan sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman bagi tindakan fitnah itu adalah penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  3. Maklumat yang disebarkan yang berbentuk hasutan atau mewujudkan kekacauan pula boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.
  4. Sekiranya maklumat dikategorikan sebagai fitnah jenayah pula, hukuman boleh dikenakan mengikut seksyen 499-502 Kanun Keseksaan 1997. 
  5. Di samping itu, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan di bawah Akta Hasutan 1948 jika maklumat yang disebarkan menyebabkan hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan atau menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
  6. Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya penjara tidak melebihi 5 tahun. 

rujukan utusan

Share:

SELAMAT HARI LAHIR OGOS


alhamdulillah | tujuan asal buat nak kumpulkan ahli keluarga. pastu tambahan belon ni sebab budak-budak ramai. dari diorg boring melepak lama, baik diorang main belon. dari kecik sampailah yang besar main belon. bising pun takpa sebab jijoi sudah booking bilik untuk majlis ni.

kitorang berkumpul di Satay Kajang Haji Samuri, Kajang. dalam 2jam majlis berlangsung. borak lah sambil makan. budak-budak pun happy sebab ada tv. jijoi bawak sendiri pendrive ada lagu didi and friend. hihi

antara orang kuat ibu. tambah tambah perempuan tu. bergaya kemain ya..
bila duduk dekat tapi masing-masing busy dengan kerja, hampir 2,3 bulan tak berjumpa. jadinya jijoi nak sangat buat majlis ni untuk ramai-ramai berkumpul. 

mak mertua dengan tiga menantunya

budak penggemar durian dengan pak busu jijoi

anak ibu yang sorang ni

siap ada lagu birthday tak boleh blah pak busu jijoi ni

bersama dengan sorang lagi birthday girl 7ogos. kak ipar

pasukan sorak tok nya. sorang lagi tak cukup.

Share:

SELAMAT ULANGTAHUN - ANAK TEPI BENDANG


Selamat Ulangtahun | alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. dan dapat menghirup udara sedar di muka bumi ini. alhamdulillah syukur.. pada tarikh ini, shu di lahirkan ke dunia pada awal pagi selepas subuh. 

sebenarnya shu dilahirkan dengan warna kulit agak gelap dan berambut kerinting, berbanding abang shu. abang dan adik ikut mak, kulit sawo sikit. bermulalah episod meng"anak tiri"kan diri sendiri. hahaha setiap kali bergaduh dengan abang, mesti shu akan bandingkan diri dengan abang pastu siap cakap shu ni bukan anak mak dengan ayah, sebab warna kulit tak macam abang. pastu mak pun iyakan, abang pulak kuat menyakat. tapi nasib lah ayah sayang. hihi apa-apa ayah backup. :D shu lagi lah bertambah sedih.

bertambah sedih bila tok pun geng menyakat cakap shu ni mak ayah jumpa di tepi bendang. anak sapa tak tau, lagi lah bertambah sedih siap p bisik tanya ayah. nasib ayah menidakkan. weyh sedih weyh bila orang cakap macam tu, hahahahaha..

sekarang ni bila dah besar, baru tau apa itu genetik. hahaha bila orang cakap lagi berkenaan anak tepi sawah tu, shu sudah tak ambil peduli. dan yang pastinya shu dengan ayah memang ngam dari dulu sampai sekarang. boleh bawak berbincang. sebab genetik ayah dan mak, lahirlah shu di dunia ini. syukur... :D
Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (11) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (31) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (338) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *