10 July 2018

BENTENG & PENDINDING DIRI


Semalam dalam ramai-ramai bercerita | di office ada yang bercerita pasai kes pukau memukau ni. Pernah terjadi satu kes ni yang sudah terlalu lama, dan biarlah rahsia. Lebih berjaga-jaga dalam menjalinkan hubungan sesama islam dan jangan terlalu negatif.

Perkara pertama yang perlu di beri perhatian adalah jaga pertuturan dan peribadi kita. Mulut jangan terlalu ramah, jangan pula terlalu sombong. Orang zaman sekarang ni semua tak kena, jadi jangan keterlaluan semuanya.

Namun setelah semua kita lakukan, hanya kepada Allah s.w.t kita berdoa dan berserah kepadaNya. Boleh amalkan ayat pendinding ini.

Benteng Diri Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini

Terdapat beberapa ayat dan surah yang kita boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah :

  • Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. dikenali sebagai penawar seribu guna. biasakan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. tetapkan niat agar Allah S.W.T membantu kita melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan. 
  • Al-Mu’awwizat – dipanggil surah 3 Qul. terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. kelebihan surah-surah ini sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga kita bangun dari tidur. 
  • Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. lebih afdal jika amalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar. 
  • Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman. 

Sama-sama lah kita jaga diri dan ahli keluarga dari segala permasalahan yang datang. InsyaAllah..

6 comments:

  1. semoga sentiasa dilindungiNya..

    ReplyDelete
  2. tq for the tips..")

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsiannya...

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk perkongsian ini shu.. Semoga kita semua dilindungi Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Tq Shu for sharing...

    ReplyDelete