SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


Syarat :

Tarikh Tutup :
31 Julai 2018

shu sebelum ni ada buat part time online seller. menjual secara online mahupun offline produk kecantikan. alhamdulillah hampir setahun lebih shu menjual produk ni, dan sudah ada pelanggan tetap. namun panas tak selalunya hingga ke petang, shu terpaksa berhenti atas sebab tertentu. dan semua pelanggan tetap shu sudah pass ke hq produk ni. 

di samping tu shu pun nak promot lah produk ni yang berasaskan bahan semulajadi. shu sangat suka, pakai kami seisi keluarga. habis mak dan mak mertua shu promot. alhamdulillah semua positif feedback. kepada blogger yang nak mencuba boleh lah search "natuwrel skincare". dan yang paling shu suka, produk ni antara produk halal, buktinya mereka sertai halal festival. boleh la ke owner di sini


GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com


Syarat :

Tarikh Tutup :
18 Ogos 2018

0044 MOTHER AND DAUGHTERS


FAMILY TIME & BIRTHDAY PRESENT


Family time | throwback lagi. pada mulanya plan nak berjalan dengan ayah jijoi spend time bersama sofia. 2haribulan ayah sudah masuk kerja, habis cuti lama tangan berjahit dia tu. alhamdulillah tengok luka kering. esok ada appointment untuk check luka. hope dah boleh start keja, stay lama di rumah ayah jijoi pishang la.. nak berjalan dia mati kutu sebab shu pun kerja.

berbalik pada cerita semalam, plan nak berjalan bersama ayah jijoi terbantut sebab ayah dapat panggilan telefon dari kawan dia ada urusan penting. terpaksalah ibu dan sofia bershopping bersendirian dengan duit ayah jijoi. kehkeh. seronok jugak, tapi tak best bila berdua saja.


p cuci kereta, sofia ni mak jemah tau, dia punya bebel itu ini. shu suka cuci kereta dekat sini sebab cucian diorg bersih. ada setengah tempat ada bahagian yang tertinggal. almaklumlah kereta shu ni masuk pekan Langat, cepat kotor. jadi kena rajin mandikan kereta. hihi


clearance stock basikal di Aeon Cheras Selatan, boleh lah p usha. mana tau bekenan untuk anak-anak korang. hee


nak dijadikan cerita, haritu sebelum gaji shu ada teman jijoi beli barang "kecantikan" jijoi ni. kebetulan nampak ada diskaun, shu pun berpantunlah dengan cik abam. sebenarnya dalam hati takda pun niat sangat. yela, shu ni lebih suka kasut sekolah putih tu dari kasut macam ni. haha jijoi ni bab pakaian dia amat titik berat. shu ni simple saja.

semalam dapat hadiah birthday awal, hihi alhamdulillah.. terima kasih sebab bersusah payah nak penuhi permintaaan isteri ni. isteri pulak sayang nak pakai.

0043 WHAT IS LIFE?


KAMBING BAKAR BERPISAH TIADA


Kambing Bakar | throwback sangat ni, Jumaat lepas office ada buat jamuan makan beserta solat hajat dan majlis perpisahan salah seorang staff. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hingga ke penghujung. apa yang shu suka, dapat makan kambing. sokmo kalau ada makan-makan memang kambing saja shu fokus. benda lain senang nak dapat kan? hihihi

majlis tamat sebelum solat Jumaat. dan itu memang yang dirancang, supaya tak ganggu waktu kaum adam ke majlis. kaum hawa pun dan p sopping kan.. hihi hanya 60 staff yang hadir, alhamdulillah.. kenyang sampai ke petang.

apa yang penting semua keberjasama dan happy ending.


BAHAYA HUTANG


Bahaya Hutang | memang amat berbahaya, kerana hutang adik beradik berpecah, suami isteri bergaduh, emak ayah kehilangan anak, hormat menghormati tiada lagi, kawan makan kawan, dan banyak lagi hingga terputus tali persaudaraan serta persahabatan.

kepada pemiuting : masa kita memberi atas dasar belas ehsan, tapi bila lama-lama orang tak bayar mesti dah bertukar niat dia, maki hamun sudah. hihi contohlah.

kepada penghutang : kalau kita berhutang, walau macam mana pun wajib selesaikan. tersepit macam mana pun selesaikan secara ansuran. jangan tangguh-tangguh nak bayar hutang sebab hutang boleh bawa mati. haaa memang lah kita tak bayar, orang diam saja. tapi jangan lah ambil kesempatan pulak. huhu

sebelum ni sudah cerita bab hutang, malas cerita berulang kali.

TEKA TEKI DURIAN


teka teki durian | sapa ada jawapan dia terhebat!! hehe kenapa durian tak gugur di siang hari tapi hanya gugur di malam hari.

haa jawap sapa terrer! hehe ๐Ÿ˜€

0037 SUPER POWER


DURIAN KAMPUNG SUNGAI LUI

Mengidam Durian | teringin bila musim buah durian ni nak makan durian. paling best kalau dapat makan durian kampung yang baru jatuh. baru-baru yang best. tipu lah kalau cakap tak teringin makan durian D24 semua tu kan. tapi durian kampung tetap di hati.

sebenarnya nak p Sungai Lui ni kena lalui tempat kerja shu, malasnya ya rabbi sebab kena tempuh jem.hahaha

buah sampingan aka buah kegemaran dak sofia



biasalah budak baru bangun tidoq, lepas tu jumpa orang tak kenal. mula la perak sikit.



ni hantu durian, kecik-kecik dah minat durian.hehe

finally dapat jugak buah durian. hehe alhamdullah rupanya jijoi ada keluarga angkat di Sungai Lui, siap ada dusun, boleh la merasa dari terpaksa balik Kedah untuk makan buah. huhu

0034 DAD AND SHOTGUN


KOORDINASI BADAN MESTI SELARI

Koordinasi badan mesti selari | harini masuk hari ke-empat ibu tinggalkan sofia dengan ayah. maka hidup nomad la dua beranak tu ke rumah tok (mak mertua shu). ibu kesiankan ayah, tapi ayah ada hal nak diselesaikan, terpaksa lepas mereka berdua tu. sang ayah terpaksa bangun awal hantar ibu dulu. hihi orang lain mc, orang lain datang kerja berdriver. hihi

bila duduk di rumah tok, tv tu dikawal oleh dak sofia sepenuhnya. lepas tu koordinasi dia sama saja sepanjang waktu. apa fungi bantal kat bawah tu entahlah.

hari pertama

hari kedua

hari ke empat
di rumah pun sama, kedudukan tv di rumah agak jauh dari sofa berbanding rumah tok, agak dekat jugak kedudukannya.


0033 HAVE A GOOD DAY


PROGRAM DIET HARI PERTAMA

kesedaran sivik | sudah bertahta di hati shu harini apabila officemate berdiet dan turun 10 kg. terkesima sekejap, kita dok heboh nak start diet, dia diam-diam berdiet. hahahaha disebabkan beliau sudah sukses, shu pun baru nak bermula sebab terasa banyak baju sudah tak muat, samada sedekah ataupun terpaksa beli baru. balik raya haritu sudah 2 plastik hitam sudah ku tangisi pemergiannya. tak sanggup lagi kalau satu almari nak kena tukar saiz baju memandangkan semua baju baru saja 2,3 kali pakai.


sekarang ni kalau kita google, macam-macam plan diet boleh kita ikuti. tapi shu jenis perut cap beras. anything happen memang kena masukkan nasi dalam perut, kalau tak memang angin berterbangan dalam perut sampai lah demam. dulu shu sorang, sekarang jijoi pun sama, berjangkit gamaknya.

Program penurunan berat badan yang paling berjaya adalah yang boleh menggabungkan pelan makan yang baik dengan jenis dan jumlah latihan yang sesuai. Tetapi perancangan makan boleh menakutkan pada mulanya. Sesetengah orang membesar tanpa makan apa-apa kecuali makanan ringan dan tidak pernah belajar tentang pemakanan.

MAKANAN TERDIRI DARIPADA MAKRONUTRIEN:
Protein :
| Daging | Ayam (tiada kulit) | Ikan |

Karbohidrat :
| Ubi keledek | Yams | Kacang | Jagung | nasi coklat | Oatmeal | Produk bijirin | Sayur-sayuran (ini adalah karbohidrat berserat) | Strawberi | Pisang | Pear | Grapefruit | Epal |

Jangan ambil karbo yang ni :
| Cookies | Kek | Pastri | Gula-gula | tepung putih | Makanan gula tinggi |

Lemak :
| Ikan air sejuk | Keju rendah lemak | Biji bunga matahari | Walnut | Almond  Mentega kacang | Minyak zaitun | Minyak canola | Minyak safflower (makan secara sederhana) |

Jangan ambil lemak ini :
| Daging tinggi lemak | Susu tinggi lemak | Perut salad tinggi lemak | Makanan yang digoreng | Butter |

MERANCANG MEALS HARIAN
Sekarang, kita kena tahu berapa banyak kalori yang kita boleh makan setiap hari dan masih menurunkan berat badan. Korang tahu bagaimana kalori tersebut dibahagikan antara protein, karbohidrat, dan lemak? Dan kita mempunyai beberapa idea mengenai di mana untuk mencari sumber terbaik untuk semua makro ini.

Nota: Pelan makan ini hanyalah satu contoh. Untuk membuat diet membakar lemak yang sesuai dengan keadaan anda, laraskan saiz bahagian berdasarkan nilai kalkulator anda untuk kalori dan makro harian.

HARI KEDUA AYAH MENGASUH


Hari Kedua Ayah Mengasuh | semalam hari kedua duduk dengan ayah dia. ayah pun masih tak sembuh sepenuhnya. bersama anak sulong kesayangan dia tu, anak behave ayah pun suka lah bawak ke mana-mana. ibu masuk kerja seperti biasa, sebab ayah tak nak susahkan ibu. semalam depa berdua p mendobi. ada playground, sambil tunggu siap mendobi, dia main tak hengat dunia. 


disebabkan ibu tapau baju seksi untuk dak sofia pakai main-main di rumah tok. sekali ayah dia pakaikan baju tu bawak p jalan-jalan. dah macam anak mat salleh dah. di tambah boleh bermain dengan kawan baru kemain seronok dia.


lepas selesai bermain, p lah makan nasi dengan ayah sambil rambut dah macam mak limah sudah. balik rumah mulalah cerita semua aktiviti dia dengan ayah sepanjang hari. ibu dengar sambil jeles. hahaha

MEMORI TIGA TAHUN LEPAS


memori tiga tahun lepas | tetiba moment dalam fb keluar gambar anak cantik manis ibu, dak sofia ni. sudah tiga tahun lima bulan sudah anak ibu ni. kejap saja masa berlalu, terasa baru saja lepas berpantang. eh!

dengan bantal busuk dia tu sampai sekarang masih ada, bangun tido ibu tak boleh kemas bantal busuk tu, dia sendiri akan kemas. nak tido pun dia sendiri setup tempat tido. kalau ibu nak tengok dia moody pagi-pagi ni, cubalah kemaskan. tak memasal masuk office lambat. 

kalau nak sofia ok pagi-pagi, caranya, ibu kejutkan dan cakap "kakak bangun, kemas bantal semua, ibu nak kemas tempat tido". zupp! terus bangun kemaskan bantal masam dia.

ciri-ciri anak sulong sudah ada, nak bancuh susu nak cedok nasi dan lauk sendiri semua sudah ada, cumanya nanti bersepahlah meja. kadang-kadang shu monitor sofia bancuh susu, part air panas shu kena tolong. sambil bancuh susu, mulut pun sama naik bunyi. :D kalau dia ke rumah pengasuh "ibu susu" dia, mau boring ibu dan ayah, sunyi sepi.

0032 THURSDAY MORNING


OPERATION TANGAN KANAN

pengunjung setia klinik dan hospital | berlumba-lumba anak beranak ni sejak kebelakangan ni mengunjungi klinik dan hospital. siang kemarin dak sofia dan ibu, malamnya ayah pulak ke hospital.



sebelum operate ayah boleh berjalan-jalan lagi. jadi sofia amik tempat baringan ayah, mengantuk makcik kul3,4 pagi nurse mai check ayah. mek ni tidoq dengan lena.

ayah nya kena operate tangan kanan. ada kecederaan serius. kenalah 15 jarum. shu tengok pun jadi tak selera makan. yelah suami sakit kita berselera pulak nak makan. operation mula jam 5 pagi lebih. sejam kemudian selesai.



lepas operate, ayah dah boleh berjalan-jalan. check apa yang ayah nak, kemudian ibu sudah hantar dak sofia ke rumah tok sekejap. ibu p kerja sebelah pagi, kawan ayah tolong temankan bergilir-gilir kawan dia jaga. alhamdulillah. petang off untuk jaga ayah pulak. serba salah ibu, di office ada pengarah datang, di hospital suami tengah operate. half-half ibu jawabnya.

petang jijoi sudah discaj, settle semua jam 5.00 petang. barulah ambik dak sofia di rumah tok. balik rumah semua keletihan. sampai rumah order makanan. tak tercapai ibu nak masak. hukhuk

semoga ayah jijoi dilindungi Allah S.W.T dan kami semua selamat hendakNya.

LUNCH DI AGROTEK GARDEN RESORT

Lunch di Agrotek Garden Resort | cerita kemarin, shu dan officemate menjamu selera di sini. sekarang ni tempat ni sudah cantik. dulu shu pun pernah sampai ke sini, tapi masih under construction. gambar tak banyak sebab sekali makanan sampai, lupa dah ke gambar. hihi bismillah...








antara menu semalam adalah untuk 15 orang :

  • 2 bekas nasi
  • 2 ekor ikan steam
  • 2 ekor ikan masak masam manis
  • 4 pinggan kerabu sotong
  • 4 pinggan udang celup tepung
  • 4 pinggan kailan ikan masin
  • 4 pinggan puyuh goreng sambal
  • 2 mangkuk sup kambing
  • 3 jag air oren


alamat :
AGROTEK GARDEN RESORT.
Sungai Semungkis,
Batu 14 1/2,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
03-9021 6596, 03-9021 6541, 03-9021 7935

0031 MISUNDERSTANDINGS


IBU MIGRAIN, ANAK SELESEMA


Bila dua beranak tak sihat | ayahlah jadi pemandu kenderaan hantar kami ke klinik. asalnya sabtu lepas shu tak makan, tak masak, tak bangun sebab kena migrain. dak sofia pulak kebetulan selesema. berkampunglah dua harinidi rumah.

harini baru boleh bangun, terus ke klinik dapatkan ubat. ubat standby pun sudah habis. hukhuk nak tak nak kenalah p topup ubat tu.

oklah sambung cerita esok, selamat bekerja semua. monday blues ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ see u youollss. sebelum shu type pelik-pelik adalah lebih baik shu sambung esok cerita nya. kbye!


KERUSI YANG PENCEN - KESIAN KERUSI

sumber google

Hantu di siang hari | pertama sekali ada tak sesiapa pernah alami atau merasai pengalaman kerusi office atau di rumah berkeadaan seperti di atas? bukan nak cerita punca dan asbab keadaan kerusi yang nazak ni. mungkin puncanya adalah kerusi hampir nak pencen dah, office cepatlah tukar, sebabnya kerusi ni ramai orang nak duduk. 

ceritanya beberapa minggu yang lepas, kitorang kena buat overtime seminggu sekali secara rotate. awal sejam dan lewat waktu kerja sejam. memandangkan minggu lepas turn kawan shu, A. kebetulan ada staff sorang (B) balik lewat, maka tinggallah mereka berdua di office. agaknya hampir ke pukul 5.40 petang, tengah berborak terdengar bunyi ada benda main pintu almari kayu. katanya.

disebabkan B ni sorang lelaki, make beliau beranikan diri check di pantry dan bilik file. takda apa-apa weyh. mula lah A & B tak senang duduk. 

minggu ni turn C buat ot. haritu pulak office sunyi, sebelum balik, A datang tanya C. "ada benda menegur kau tak?". kau rasa C ni dah macam apa? ahahaha.. keesokkan harinya, A datang bercerita di office, pasal kejadian minggu lepas. bunyi pintu almari kayu.

tapi, adalah setengah officemate cakap, takkan. dan kemungkinan yang pasti mungkin sebab kerusi di atas. korang pernah alami tak? bila kita duduk, tempat duduk ni akan kebawah , bila korang bangun, 10 minit kemudian tempat duduk ni melantun naik? itulah pendapat setengah officemate. dan kerusi tu di meja sebelah shu!! hihi

cubalah korang imagine, kerusi ni melantun, dan dia terletak bawah meja kayu. bunyi tak "pintu kayu" tu? kuat beb, shu pun melatah. hoho jangan weyh, terkejut beruk kalau dia melantun. naya oo.. betul-betul test kekuatan jantung masing-masing. semoga pihak office cepat-cepat tukar kerusi baru.

dan yang paling pasti, baca dan amalkan surah-surah agar diri kita dilindungi dan dipelihara oleh Allah S.W.T.