IFTAR BERSAMA DI EXPERIMENT KITCHEN


Iftar di Experiment Kitchen | ni semua geng ex-officemate hajak berkumpul memeriahkan iftar untuk tahun ni. dan kebetulan masing-masing free. maka terjadilah rancangan yang boleh dikatakan last minit jugak. bab makan shu takkan tolak. hehehe


ini adalah budak malu yang pada mulanya, last-last di luar kawalan. masuk kereta terus pengsan sampai ke pagi. hihi acik nak bergambar malu-malu kucing, bila lama-lama kucing pun takut dengan dia.


sebahagian dari korum kami, seorang lagi tak dapat join atas sebab tertentu. ni pun tak dan nak membawang, hahaha ramai sangat tak tau mana satu cerita.


ni geng mak cik bawang holland. hat kecik tu bawang merah, halus. semua bersandar sebab kenyang, tapi menu utama belum di jamah sepenuhnya. setalam RM90 chicken chop + lamb chop dan kentang semua tu, kitorang makan 6 orang setalam.


air tu 3 kali refill. agaknya masing-masing dahaga. seround isi air sudah habis. untuk pengetahuan korang, air boleh refill sampai pundi kencing penuh. hihi takda charge tambahan.


ni geng tok imam. sebelah tu ada surau, boleh berhenti solat, pastu sambung makan semula. takda rushing.


selesai penuhkan perut, sesi bergambar kenangan pulak. budak kecik  tu sudah hyper, ni gambar yang senonoh sikit. jijoi takda dalam gambar sebab dia jadi cameraman. lima orang sudah berhenti dari office lama. tapi bila berkumpul macam family, semua masuk air. terima kasih semua!


Experiment Kitchen
No. 10G, Jalan Cheras Maju, 
Pusat Perniagaan Cheras Maju, Balakong, 
43200 Cheras 9 Miles, Selangor
019-606 6692

nak senang cerita booking dulu sebelum mai, takut tadak tempat duduk sebab full semalam pun. 
IFTAR BERSAMA DI EXPERIMENT KITCHEN IFTAR BERSAMA DI EXPERIMENT KITCHEN Reviewed by Shuhaida Saad on 03 June Rating: 5

5 comments

  1. dah lama tak berbuka kt luar dgn kawan2.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya....sesekali jumpa mesra semakin bertambah..itu yang nikmat...

    ReplyDelete
  3. Rindu pulak zaman kerja dulu iftar sesama :(

    ReplyDelete
  4. perghhh.. terbaek.. rindu zaman bujang. kihkihkih

    ReplyDelete
  5. bestnya berbuka dengan kawan2 membawang, memang meriah la cerita dia

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90