SOFIA DAN TAKTIK BERGAMBAR TERBARU


sofia dan taktik bergambar dengan baik | bila usia meningkat ke 3 tahun 5 bulan ni, akal tu panjang sikit. dulu suruh lah bergaya macam mana pun, semua dia ikut. sekarang ni hala ja kamera, beriya sangat pulak dak kecik ni.

memandangkan bulan 6 sudah hampir ke penghujung. Syawal pun sudah berganjak ke 13Syawal, kejap saja masa berlalu tinggalkan kita. cuma nak tanya korang, puasa ganti sudah ke? puasa enam macam mana?
Share:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2018M/1439H

Salam AidilFitri 1439H/2018M

Salam Kemaafan | alhamdulillah sudah 6 hari kita di bulan Syawal. dan alhamdulillah berat badan makin mencanak naik. hihi di sini shu ingin menyusun sepuloh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kalian dengan shu, ada yang terguris hati tanpa sengaja mahupun tersentap tanpa shu sedar. salam kemaafan dari shu dan sekeluarga.

memandangkan tahun ni giliran beraya di Kedah, ditambah cuaca yang terlalu panas. suasana hari raya menjadi panas bila sanak saudara berkumpul. berpeluh beb. basah sampai ke kaki. haha semua pakat parking depan dan bawah kipas angin. kecuali makcik bawang merah ni, dia sibuk cari kawan walaupun badan tu bagai orang mandi, lencun dengan peluh.

kejadian yang akan makcik bawang ni ingat adalah tersungkur 2 hari berturut-turut di lutut yang sama. berparut. tapi tu tak menghalang dia bermain lagi. tambahan tok siap backup letak minyak gamat, jadi makin seronok lah dia. alhamdulillah, sepanjang di Kedah, makcik ni tak demam.

sebelum beraya wajib topup energy dulu

ini makcik bawang merah

sampai rumah moyang dia, entah sapa-sapa terus claim kawan dia. orang tu pulak jadi blur + malu-malu

tangga rumah lama moyang ni port jijoi bergambar setiap kali balik kampung Kedah.
Share:

MALAM RAMADHAN TERAKHIR

gambar : google
Malam Ramadhan Terakhir | Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin dari shu sekeluarga. jika ada salah dan silap harap jangan disimpan. salam kosong-kosong.

alhamdulillah sudah sampai di kampung halaman dengan selamat. dapat berbuka dengan mak ayah, abang, adik, ipar dan anak buah. seronok nya dapat makan beramai dan berkumpul ni. adik shu sejak duduk di Sarawak memang tak pernah dapat balik beraya di kampung, tahun ni tahun yang gembira buat kami sekeluarga. di tambah dengan kehadiran bakal kembar anak adik shu. alhamdulillah..

malam raya malam paling sibuk berkemas, isi kuih dalam bekas, main mercun dan bunga api, dan iron baju, ini ikut turn ya. hihihi malam ni memang akan tidur lewat memasing, dan paling-paling lewat adalah mak, dia yang busy nak bagi yang terbaik untuk anak-anak, kadang-kadang di marah shu suruh tidur sebab letih balik jauh, shu tidur lah di dapur sambil teman mak. hahaha kalau dah tersengguk-sengguk memang kena baring jugak.

selalu setiap kali raya kalau shu balik awai memang akan tidur di dapurlah smabil mata terpejam sambil mulut bercakap. last sekali terdiam saja sebab dah lena sangat dah. tapi bila turn beraya di KL sedih jugak pikir sapa temankan mak memasak. :(

alhamdulillah walaupun KL-Kedah masih boleh balik kampung 6 jam drive berbanding musafir yang jauh di perantauan. salam aidilfitri buat kalian.


Share:

BISMILLAH SEMOGA PERJALANAN KAMI SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI


Bismillahhirrahmanirrahim | hari terakhir di office sebelum bercuti selama seminggu (7 hari). suasana raya bermula 15 ramadhan lagi sebenarnya, semua lagu raya bermain di speaker office. lagi syahdu lagu dato ct dengan balik kampung. mood raya dah on masing-masing. ada staff kena standby ada yang kena buat ot dan banyak lagi. esok lagi sunyi office sebab ramai start cuti esok.

shu insyaAllah akan memulakan perjalanan kami dari Hulu Langat (office shu) terus ke Jitra Kedah. jijoi akan ambil dak sophea dari rumah pengasuh dan terus ke office shu, sebenarnya yang lagi semangat  nak balik kampung adalah jijoi, hari ni (12/6) dia dah cuti kot. hihi yela, kampungnya 15 minit dari rumah shu. seronok lah balik kampung dapat makan masakan kampung. mak mertua di sini sudah bermaaf-maafan kami tiga beranak. alhamdulillah. 

pastikan semua tips keselamatan dan tips travel yang shu dah kongsi sebelum ni. dan yang paling paling paling penting, pastikan kereta berservis dan dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. shu pun kena rest dan tidur masa lunch nanti. karang pilot kena tukar susah jugak kalau rest tak cukup. excited tu memanglah sebab nak balik kampung, tipulah kalau cakap tak excited.

pemenang shu akan umumkan 22/6 nanti. sekarang masing-masing pasti mesti busy dengan persiapan raya. lepas raya pun ada yang masih beraya, tak sempat nak godek-gedok blog ni. insyaAllah.. kita happy-happy dulu, lepas raya dapat lagi duit raya. hee..
Share:

KEK LAPIS SARAWAK

Kek Lapis Masam Manis

Kek Lapis Sarawak | disebabkan kakaknya order, adiknya terpaksalah beli naik turun flight angkut kek lapis ni. nasiblah kakaknya. hahaha.. shu memang suka kek sarawak ni, macam biasa setiap kali adik nak balik, pasti kirim dekat dia. dulu mengidam, terpaksalah pos ke KL. hehe antara kesukaan shu.

Kek Lapis Cheese

Kek Lapis Chocoberry

Kek Lapis Chocolate Cheese
Kek Lapis Red Velvet Cheese

tahun ni nak try perisa lain, orderlah oreo dengan pelbagai jenis kek chocolate yang lain, tapi yang makan masam manis saja, sebab shu kurang sikit oreo dengan chocolate kek ni, kalau betul-betul chocolate tu makan lah.

Share:

LAST CALL SEBELUM CUTI RAYA

gambar : google

Last Call Sebelum Bercuti Raya | semua vendor kena submit invoice sebelum esok (13/6) sebabnya harini hari terakhir shu bekerja, pastu cuti seminggu. masuk kerja semua mesti banyak benda kena settle, baik settlekan apa yang boleh dulu. hee.. tak suka kalau banyak kerja sedang menunggu kita di meja lepas masuk bercuti, terus jadi sakit kepala. 

harini bermaaf-maafan lah kami dengan dak office yang tinggal dan masih berkerja hingga di pagi raya. next raya tak pasti turn sapa pulak kena standby hari raya pertama.
Share:

#22 BISKUT RED PEARL



Biskut Red Pearl | biskut pada mulanya orang tak pandang. lepas berbuka bagi tester, terus nak lagi. haaa.. nampak tak kesedapan dia. ahaha dak sophea pun makan sebab biskut ni takda kismis. dia tak pandai makan kismis.

Resepi Biskut Red Pearl

Bahan-bahan:
150gm buttercup
150gm tepung multipurpose
75gm gula aising
60gm cornflakes - ramas kasar
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1sb esen vanila
ceri merah - campuran dalam biskut dan hiasan

Cara-cara:
  1. pukul guna senduk kayu buttercup dan gula aising. kemudian masukkan esen vanilla.
  2. masukkan tepung dan gaul rata
  3. masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan ceri, kemudia gaul rata
  4. sudukan atas dulang pembakar
  5. letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  6. bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 20-25 minit.
  7. sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

note : pukul guna senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.


Share:

#21 GERMAN COOKIES

German Cookies kehendak hati | semua permintaan sudah di penuhi. tiba permintaan diri sendiri nak rasa German cookies ni, even tak pernah sampai German lagi.

Resepi German Cookies

Bahan-bahan:
125 gram mentega (shu guna buttercup)
125 gram tepung kentang
80 gram tepung multipurpose
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (setengah resepi letak, shu tak letak)

Cara-cara:
  1. satukan tepung kentang dan tepung multipurpose, ayak dan ketepikan. 
  2. putar mentega dengan gula aising hingga sebati. 
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  4. bahagi adunan ke beberapa bahagian untuk letak pewarna. rehat kan sekejap dalam peti ais
  5. ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. 
  6. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15-20 minit.
  7. sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

note : kalau nak manis, letak lebih gula aising, shu punya biskut tak berapa manis, sesuai untuk mak dan mertua yang hidap kencing manis.

Share:

#20 POPIA CHOCOLATE MILO


Popia Chocolate Milo | popia ni sama pembuatan nya dengan popia nestum.  hanya bahan saduran lain sikit.

Resepi Popia Chocolate Milo

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia brand apa-apa pun
1/2 cawan serbuk chocolate
1/2 cawan milo
1/2 cawan gula halus
minyak masak secukupnya
1 biji telur sebagai bahan pelekat (shu guna air saja)
1 lidi untuk gulungkan kulit popia ni


Cara-cara:
  1. gulungkan kulit popia ikut suka korang. lekatkan hujung kulit popia dengan telur/air.
  2. jemur kulit popia agar kering sikit, kalau masih basah, popia akan serap banyak minyak semasa menggoreng.
  3. goreng kulit popia hingga warna kekuningan. toskan.
  4. blend serbuk chocolate bersama milo dan gula hingga halus.
  5. gaulkan kulit popia yang sudah sejuk bersama nestum, horlick dan gula. siap simpan dalam bekas kedap udara.


Share:

#19 POPIA NESTUM


Popia Nestum Permintaan Mak Mertua | pada mulanya i sudah siapkan popia nestum ni dalam potong segi empat tepat. memandangkan mak mertua i req nak yang potong macam gambar di atas, i buatlah sebalang untuk beliau.

Resepi Popia Nestum

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia brand apa-apa pun
1/2 cawan nestum
1/2 cawan horlick
1/2 cawan gula halus
minyak masak secukupnya
1 biji telur sebagai bahan pelekat (shu guna air saja)
1 lidi untuk gulungkan kulit popia ni

Cara-cara:
  1. gulungkan kulit popia ikut suka korang. lekatkan hujung kulit popia dengan telur/air.
  2. jemur kulit popia agar kering sikit, kalau masih basah, popia akan serap banyak minyak semasa menggoreng.
  3. goreng kulit popia hingga warna kekuningan. toskan.
  4. blend nestum, horlick dan gula hingga halus.
  5. gaulkan kulit popia yang sudah sejuk bersama nestum, horlick dan gula. siap simpan dalam bekas kedap udara.


Share:

#18 BISKUT HELLO KITTY


Biskut Hello Kitty | ini permintaan anak dara yang kian meningkat besar. katanya nak makan bersama abang sepupu di kampung. ibu bagi peluang untuk dia hias biskut dia sendiri.

Resepi Biskut Hello Kitty

Bahan-bahan:
125 gram buttercup
50 gram gula aising
125 gram tepung multi purpose
75 gram tepung potata
50 gram cornflakes dikisar halur

Hiasan:
Ceri dan chocholate chips

Cara-cara:
  1. pukul bersama buttercup dan gula aising hingga warna pucat.
  2. masukkan bersama tepung multi purpose, tepung potato yang telah diayak bersama.
  3. masukkan cornflakes.
  4. gaul sebati supaya menjadi doh.
  5. bentukkan adunan dengan penekap berbentuk hello kitty dan susun di dalam dulang.
  6. hias ikut imaginasi masing-masing.
  7. bakar pada suhu 130-140C selama 30-35 minit. ini stress. haha

Share:

#17 BISKUT KACANG HIJAU


Resepi Biskut Kacang Hijau | permintaan abang shu di kampung nak kan biskut raya ni. bermulalah sesi pencarian tepung kacang hijau tu hampir 3,4 hari. 

Resepi Biskut Kacang Hijau

Bahan-bahan:
120 gram tepung kacang hijau/peas
180 gram tepung multi purpose
20 gram santan serbuk
100 gram gula aising
1/8 sk baking powder
1/4 sk garam halus
120 gram minyak mazola

Hiasan:
1 kuning telur
sedikit susu cair
sedikit minyak mazola

Cara-cara:
  1. sangai tepung kacang hijau/peas tadi. biarkan sejuk
  2. tepung kacang hijau, tepung multi purpose, gula aising dan baking powder di ayak bersama.
  3. gaul semua bahan hingga menjadi doh bersama minyak mazola.
  4. biarkan 10 minit.
  5. bentuk adunan dan sapu hiasan di atas biskut.
  6. bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

note : minyak mazola takda, shu buat dengan minyak jagung. susu takda, shu guna kuning telur saja. kehkeh
Share:

#16 BISKUT BUAH-BUAHAN


Resepi Biskut Buah-Buahan | harini entri bertajuk biskut raya. mood raya baru timbul, semua kuih kalau sempat siapkan by today, paling kemuncak esok petang. senin sudah kena packing barang untuk pulang beraya. hip hip horray!

Resepi Biskut Buah-Buahan

Bahan-bahan:
200 gram tepung multi purpose
25 gram tepung jagung
50 gram gula kastor
80 gram mentega buttercup
100 gram buah-buahan campur
1 biji kuning telur

Cara-cara :
  1. tepung multi purpose bersama tepung jagung dan gula, ayak bersama.
  2. satukan tepung tadi bersama mentega dan buah-buahan campuran hingga sebati. better guna kuderat jari-jemari korang.
  3. masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh.
  4. kepal-kepal doh menjadi bulat.
  5. susun di atas dulang pembakar yang di tapi tepung ubi.
  6. tekan dengan garfu untuk corak di atas doh tadi.
  7. bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

note : gambar tak professional tu datangnya dari tuan blog. 

Share:

TIPS TRAVEL KETIKA BALIK KAMPUNG


Tip Travel Ketika Balik Kampung | kalau dah kata nak balik kampung, pastikan semua tips diikuti.

1. Servis kereta

- pastikan kereta anda selamat dan dalam keadaan tip-top. saya pasti tiada yang mahu kenderaan mereka rosak dengan tiba-tiba di jalan yang sunyi ataupun gelap.

- elak dari berhenti di tepi jalan kalau tiada kecemasan kerana takut lori besar, bas ekspres serta kenderaan besar lain tidak nampak kereta anda. ini juga boleh menolong mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah (berhenti tepi jalan, kena rompak).

- pastikan jack kereta juga berfungsi. periksa tekanan udara untuk keempat-empat tayar anda dan periksa tayar ganti juga (ini penting dan sering dilupakan!).

- ia adalah lebih baik jika anda mempunyai keahlian perkhidmatan kecemasan jalan seperti AAM atau insurans yang menyediakan perkhidmatan trak tunda.

- cuba mulakan perjalanan dari rumah apabila hari masih siang dan pastikan anda periksa semula barang-barang yang sudah dimuat dalam kereta terlebih dahulu.

- jangan lupa, apabila membawa anak-anak bersama-sama, pasti ada yang menyebabkan delay atau lambat, jadi rancang masa perjalanan anda dengan baik.


2. Simpan Nombor Kecemasan

- Simpan nombor-nombor telefon berikut: 
  • 999 
  • 1-800-88-0000 untuk Lebuhraya PLUS 
  • 1-800-888-021 untuk Lebuhraya LEKAS 
  • 09-54791111 untuk Lebuhraya Pantai Timur dan, 
  • 1-300-88-0035 untuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) 


3. Travel Dengan Kanak-kanak Dan Bayi

- belikan carseat yang terbaik untuk anak anda dan rujuk buku panduan untuk memasangkan carseat dengan betul. jika ibu bapa kurang pasti jenis carseat yang lebih sesuai, baca sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis carseat yang ada.

- semua kakak-kanak akan berkelakuan lebih baik ketika kenderaan masih bergerak. tetapi, kalau berhenti ketika traffic jam, mulalah si kecil itu meragam! jadi, rancangkan perjalanan anda dan ketahui laluan alternatif yang boleh digunakan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk. 

- pastikan perut anak anda sudah kenyang dan bayi sudah diberi susu kerana ia tidak selamat untuk menyusukan anak dalam kereta yang bergerak.

- untuk perjalanan lebih dari 4 jam, rancang untuk berhenti sekali di kawasan rehat yang lebih baik dan lengkap. kebanyakkan kawasan rehat ini tidak dilengkap dengan bilik menyusu atau diaper changing station.

- pastikan untuk membawa alas berkusyen yang rata atau diaper changing kit untuk menukar lampin anak dan nursing cover untuk menyusukan bayi anda di dalam kereta. 

- letakkan beg lampin di tempat yang mudah diakses. pastikan beg lampin anda dilengkapi dengan lampin, tuala, bibs, pakaian bersih, tisu basah, sanitiser tangan, botol susu, serbuk susu yang dipisahkan, serta air kosong yang cukup untuk perjalanan. (Baca tip ini untuk barangan bayi yang perlu ada dalam kereta)

- jangan lupa bawa makanan ringan seperti baby puffs, teething rusks atau biskut beras. Sediakan beg plastik beg untuk pakaian kotor dan sampah.

- pasangkan mainan bercermin jika anak masih dalam carseat yang menghala ke belakang, mainan-main kecil, teethers dan jangan lupa download muzik kesukaan mereka untuk dibawa bersama. 

4. Peringatan Lain

- patuhi had laju lebuhraya untuk keselamatan keluarga dan elak dari disaman. 

- jangan main whatsapp/text semasa memandu. 

- lorong kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja. 

- pakaikan tali keledar dan gunakan carseat. 

- jangan mengekori kenderaan berat dengan terlalu dekat. 

- beri perhatian kepada jalan dan kawal stereng kereta dengan kedua-dua tangan. 


yang paling penting, kita semua kena bersabar dengan satu sama lain kerana semua pun nak balik ke kampung dengan selamat dan tanpa kejadian yang tidak diingini.

berhenti memandu jika mengantuk, bawa bergilir-gilir apabila perjalanan itu jauh.

pandulah dengan cermat semasa balik kampung Hari Raya ini. Dapatkan rehat yang cukup pada malam sebelumnya dan amalkan sikap toleransi antara satu sama lain.


sumber : theasianparent
Share:

RINDU KAMPUNG HALAMAN - GOOGLE MAPS


Rindu Kampung Halaman | makin hari makin rindu dengan kampung halaman. siap google tengok keadaan kampung pada waktu ini. haaa sekarang kan zaman sudah moden kita boleh gunakan teknologi terkini untuk semua ni.




Share:

TIPS KESELAMATAN SEBELUM BALIK KAMPUNG

sumber : Utusan Online

Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung | tinggal lapan hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. begitu juga kita akan tinggalkan Ramadhan yang mulia ni. tambahan tahun ni aldilfitri di sambut bersama cuti sekolah, jadi parents akan bercuti lama di kampung bersama anak-anak.

tapi sebelum balik kampung dan bercuti panjang, pastikan langkah keselamatan di ambil. antara tips keselamatan yang harus kita titikberatkan adalah seperti berikut ;

1. Simpan barang berharga di tempat yang selamat.

- pastikan simpan barangan berharga korang di tempat selamat. kalau shu, shu akan bawak bersama sebab takut pencuri masuk ke rumah, mohon di jauhkan daripada segala bahaya.


2. Kosongkan Air Kolah.

- kita tak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. rumah shu takda kolah, selalunya toilet shu akan letak ubat jentik-jentik.


3. Bersihkan Rumah Dari Sampah

- sebelum balik kampung, buang sampah yang boleh mengeluarkan bau busuk. jika tidak semut, lipas dan lalat akan datang bertandang ke rumah korang.


3. Buka kepala tong gas.

- pastikan korang buka kepala tong gas. ini dapat mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang tidak di ingini. 

- paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka.


4. Tutup Punca Kuasa Elektrik.

- pastikan korang periksa semua plug dan pastikan cabut plug dari soketnya. shu akan cabut semua plug kecuali plug peti ais jikalau masih ada bahan mentah, takut berbau peti ais. 

- jika peti ais kosong, boleh cabut plug peti ais.


5. Maklumkan Kepada Jiran / Polis

- pastikan korang sudah maklumkan ketiadaan korang kepada jiran. sekiranya jiran tidak balik kampung. disebabkan shu berjiran dengan orang luar, jadi shu maklumkan kepada pengasuh dak sophea yang tinggal selang beberapa buah rumah dari rumah shu.

- jikalau masih risau, eloklah maklumkan kepada balai polis berdekatan. anggota rondaan akan membuat rondaan sepanjang ketiadaan korang. insyaAllah


6. Buka Lampu Dalam Rumah.

- pastikan lampu terpasang seperti selalu. sekiranya ada automatik suis, ini lebih membantu korang.


7. Kunci Semua Pintu Dan Tingkap.

- pastikan korang kunci pintu dan tingkap sebelum balik kampung. check betul-betul kerana pencuri mempunyai banyak cara untuk memasuki rumah.


8. Bawa Telefon Bimbit 

- ini memudahkan anda untuk dihubungi dan menghubungi orang lain. pastikan bil atau kredit mencukupi untuk membuat panggilan dan melayari internet. 

- jangan lupa bawa powerbank. kalau tak, kena berebut dengan saudara-mara nak caj telefon.


9. Servis Kenderaan. 

- periksa kondisi enjin kenderaan korang. periksa tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan lampu berfungsi dengan baik. periksa paras air bateri kereta dan paras minyak hitam enjin.


10. Pakaian Untuk Bercuti.

- balik kampung jangan lupa bawa pakaian terutamanya baju yang nak dipakai ketika sambutan raya nanti. dah beli mahal-mahal tapi lupa bawa balik memang haru. tak dapatlah nak bergaya sakan.


8. Membaca Doa.

- Allah adalah sebaik-baik penjaga. setelah kita berusaha, kita bertawakal kepada Allah, mintak kepada Allah agar menjaga rumah kita. InsyaAllah.


sumber : WalterBarberShop
Share:

IFTAR BERSAMA DI EXPERIMENT KITCHEN


Iftar di Experiment Kitchen | ni semua geng ex-officemate hajak berkumpul memeriahkan iftar untuk tahun ni. dan kebetulan masing-masing free. maka terjadilah rancangan yang boleh dikatakan last minit jugak. bab makan shu takkan tolak. hehehe


ini adalah budak malu yang pada mulanya, last-last di luar kawalan. masuk kereta terus pengsan sampai ke pagi. hihi acik nak bergambar malu-malu kucing, bila lama-lama kucing pun takut dengan dia.


sebahagian dari korum kami, seorang lagi tak dapat join atas sebab tertentu. ni pun tak dan nak membawang, hahaha ramai sangat tak tau mana satu cerita.


ni geng mak cik bawang holland. hat kecik tu bawang merah, halus. semua bersandar sebab kenyang, tapi menu utama belum di jamah sepenuhnya. setalam RM90 chicken chop + lamb chop dan kentang semua tu, kitorang makan 6 orang setalam.


air tu 3 kali refill. agaknya masing-masing dahaga. seround isi air sudah habis. untuk pengetahuan korang, air boleh refill sampai pundi kencing penuh. hihi takda charge tambahan.


ni geng tok imam. sebelah tu ada surau, boleh berhenti solat, pastu sambung makan semula. takda rushing.


selesai penuhkan perut, sesi bergambar kenangan pulak. budak kecik  tu sudah hyper, ni gambar yang senonoh sikit. jijoi takda dalam gambar sebab dia jadi cameraman. lima orang sudah berhenti dari office lama. tapi bila berkumpul macam family, semua masuk air. terima kasih semua!


Experiment Kitchen
No. 10G, Jalan Cheras Maju, 
Pusat Perniagaan Cheras Maju, Balakong, 
43200 Cheras 9 Miles, Selangor
019-606 6692

nak senang cerita booking dulu sebelum mai, takut tadak tempat duduk sebab full semalam pun. 
Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (13) AmilSafwan (1) Family (10) Film/Drama (5) Giveaway (4) Info (21) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (28) Makan (18) Parenting (6) Peribahasa (284) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (51) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *