BELIAN TIKET ETS SECARA ONLINE

Adik balik kampung | ceritanya adik shu nak balik rumah mertua dia dulu dari KLIA. pjj dengan isteri. dengan anak kembar di dalam kandungan. pujuk hakaknya belikan tiket ke Ipoh sebelum balik kampung di Kedah. 

waktu macam ni agak dikira waktu genting nak beli tiket balik raya sebab pasti tiket semua tinggal hujung tanduk. nasiblah adik shu balik awal minggu raya tu. takpa lah try and error kot ada rezeki untuk dia. antara langkah -langkah untuk beli tiket secara online:

1. pastikan ada akaun ktmb online untuk mudahkan kerja. kalau belum ada boleh sign up. login ke laman web https://intranet.ktmb.com.my/ktmb_mw.

sign up

login

2. kemudian, pilih menu sebelah kiri dan cari "new booking". kemudian keluarlah benda alah ni. pilih ikut citarasa masing-masing. kemudian tekan butang "search". biar benda ni jalankan kerja dia search tiket yang masih ada. jap lagi korang nak bayar dia, so korang rileks dulu.


3. bila masa dan waktu ngam dengan pilihan korang, boleh lah tick mana-mana yang korang nak. dekat sini masa shu online masih banyak seat kosong yang belum di booking.


4. kemudian, boleh lah isi detail penumpang yang terlibat seperti nama penuh, no ic awam, tentera, tarikh lahir dan jantina. kalau malas macam shu, shu akan buat favourite, so lepas ni dah tak payah isi details dah. kemudian tick "select seat".


5. kemudian akan keluar seat seakan-akan seat kapal terbang. shu tak sempat nak print screen bahagian seat tu. korang tick mana seat yang korang nak ye. jangan malu-malu, kalau nak tukar boleh untick saja. lepas dari tu, click next, proceed ke payment. 



6. langkah terakhir untuk buat bayaran. kalau tak silap shu, medium pembayaran ada banyak jugak di sini, antaranya Maybank2u dan banyak lagi. pastikan hp/pc/laptop korang allowed pop-up tu. then proceed lah buat pembayaran.



7. selesai pembayaran. korang akan terima resit melalui email dan tiket dalam bentuk pdf. samada nak print atau tak terpulang pada korang. shu tak print pun, shu simpan yang pdf format tu dalam hp. then send kepada adik shu yang ada di Sarawak sekarang ni. nanti pandai-pandai lah dia. selamatkan negara boleh, takkan hal tiket pun tak boleh handle. hahahaha (gelak jahat kakak nya)

setahu shu, tiket tu valid kalau save dalam format pdf. dan nampak bar code dia. insyaAllah selamat sampai ke destinasi.

nota : tiket ets ke utara untuk musim perayaan ni di buka semula pada 11 Mei, rujuk SINI



by : handphone
BELIAN TIKET ETS SECARA ONLINE BELIAN TIKET ETS SECARA ONLINE Reviewed by Shuhaida Saad on 29 May Rating: 5

4 comments

  1. owh mcm ni cara kalau nk beli dkt laman web ktm terus..sebelum ni saya selalu beli dkt easybook.

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu tak pernah lagi beli dekat easybook.

      Delete
  2. dari zaman belajar lagi dah naik ets. memang selalu beli online jer, senang

    ReplyDelete
  3. terbaek.. best perasaan balik kampung ni kan.. hehe

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90