APA PUNCA TIDUR BERDENGKUR? ATASINYA DENGAN CARA INI


Dengkur | bila tidur korang terganggu tiba-tiba dengar orang berdengkur. macam shu, kalau bunyi sikit akan terjaga. kadang-kadang dak sophea ni letih bermain, malam-malam berdengkur jugak dia. mengekek gelakkan dia, tak padan dengan kecik.

semua orang akan berdengkur, baik jijoi, shu mahupun dak sophea sendiri. shu dengan dak sophea geng, kalau terlalu letih berdengkur lah kitorang. stres pun boleh jadi penyebab tidur berdengkur ni. kalau nak tau, orang berdengkur ni mengganggu-gugat tidur orang lain tau? hoho kalau-kalau yang dengkur kuat. nak nangis mak.

Punca Tidur Berdengkur
  1. Badan yang berlemak - apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur. itu yang menyebabkan tidur berdengkur.
  2. Usia - semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.
  3. Rangka Badan Besar - lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita. sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita. oh, patutlah!
  4. Masalah Hidung - selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur. dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung. ni kes dak sophea.
  5. Postur Tidur - postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.
  6. Mengambil Ubat - mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.
  7. Merokok - mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru. selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain.
Cara Atasi Tidur Berdengkur
Jadi bagi yang memang tidur berdengkur,sebelum masuk tidur, pastikan anda lakukan ini:
  • Bersihkan Saluran Hidung - jika anda selesema, lapkan cecair saline pada lubang hidung dan keringkan sebelum tidur.
  • Guna "Nasal Strip" - ia boleh dibeli di pasaraya atau farmasi. tampalkan pada hidung.
  • Suhu Bilik Dalam Keadaan Lembap - bilik yang kering meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput di hidung dan tekak, lalu menyebabkan ia membengkak. apabila bengkak, pernafasan akan terganggu. salah satu cara untuk mengelakkannya terjadi ialah dengan memasang ‘humidifier’ dalam bilik.
  • Ubah Posisi Tidur - tidur terlentang menggalakkan lagi dengkuran. letak bantal atau apa sahaja di sisi yang boleh mengelakkan anda daripada tidur terlentang. biasakan tidur terlentang sehingga ia menjadi tabiat.
  • Elak Makan Ubat Tidur atau Sedatif - ubat-ubat ini akan menyebabkan otot di sekitar leher relaks dan tidak mengganggu pernafasan.

Jikalau kesemua langkah telah diambil masih lagi berdengkur, tolong buat pemeriksaan di hospital atau klinik.


sumber : sirap limau
APA PUNCA TIDUR BERDENGKUR? ATASINYA DENGAN CARA INI APA PUNCA TIDUR BERDENGKUR? ATASINYA DENGAN CARA INI Reviewed by Shuhaida Saad on 23 May Rating: 5

2 comments

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Saya perasan kalau tidur mengadap siling memang saya mudah berdengkur..

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90