13# PUDING KARAMEL - ShuhaidaSaad

23 May 2018

13# PUDING KARAMEL


Puding Karamel | dah lama si bapaknya mintak shu buatkan, dari minggu lepas. dari hari ke hari tak terbuat jugak. nasiblah tak merajuk. boleh di bawak berbincang lagi pasaipa shu tak boleh buat puding ni. :D buat malam tadi nak habaq dekat hampa. simpan dalam peti ais. 

tak boleh shu buat dalam waktu yang sama. sebab shu takda periuk khas untuk mengukus. shu guna periuk nasi elektrik yang datang bersama tempat mengukus tu. kalau dah masak nasi, memang tak boleh nak mengukus jawabnya. :(

Resepi : Puding Karamel

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air


Cara cara:
  • panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. 
  • goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, masukkan air. masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
  • tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais.
  • telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. masukkan semua bahan lain. kacau sehingga sebati. 
  • tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus tadi.
  • kukus selama 45 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
  • bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan karamel sedikit kering. angkat dan sejukkan. 

gambar : google

7 comments:

  1. Alahai..kecur liur pulak tengok ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya... tringin nak buat sendiri.. selalu nmpak dkt bazar

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  3. dh terliur tengok..terasa sejuk jer masuk ke mulut hehe

    favorite husband dan the girls..masih tak sempat buat lagi..mungkin weekend ni...

    ReplyDelete
  4. Terliur sudah hehe..sedap nampak tu. Nanti nak cuba la

    ReplyDelete
  5. dari dulu teringin nak buat ni.. hehe

    ReplyDelete