31 May 2018

ZAKAT FITRAH 1439H/2018M


Zakat Fitrah 1439H/ 2018M | dalam asyik mencari baju raya sedondon ditambah sibuk membakar kuih raya. ingatlah zakat fitrah kena jugak buat. tadi masa di pasar raya sudah nampak kelibat kaunter zakat di setiap tempat. janganlah buat-buat tak nampak. huhu

majoriti zakat adalah RM7.00. insyaAllah lepas selesaikan zakat, satu tugas terlaksana. baru boleh sakan membeli dan membaking kuih raya. 

sumber : zakat fitrah

#15 AGAR AGAR MILO


Agar-agar Milo | memandang sudah lama buat tapi tak sempat nak update. harini shu update lah ya.

Bahan-bahan:
30 gram agar-agar tali
3 senduk gula pasir
1 tin susu cair
11/2 cawan air
1 cawan koko - 1/4 daripadanya milo, dibancuh dengan sedikit air panas

Cara-cara:
  1. masak agar-agar dengan air hingga larut.
  2. tambahkan gula dan kacau hingga larut.
  3. tambahkan dengan susu cair dan larutan milo tadi. kacau sebati.
  4. masak hingga adunan agar-agar mendidih dan kelihatan berkilat.
  5. masukkan dalam acuan dan bekukan.

gambar : sini

29 May 2018

MEWARNA KAIN PUTIH

Mendidik Anak Dengan Sabar | peringkat umur dak sophea ni memang kena banyak bersabar dalam mendidik dia. jangan cepat naik angin sebab diorang ni masih dalam proses belajar dan pada masa yang sama memberontak.


antara tips dalam mendidik anak seperti berikut:
  1. jangan pukul anak dari lutut ke atas. kalau marah sekalipun pukul tapak kaki dia.
  2. jangan gunakan anggota badan kita untuk pukul anda. nanti anak bertambah degil.
  3. pukul anak di telapak kakinya.
  4. mulakan hari anak dengan panggilan yang baik. panggil dengan panggilan yang baik.
  5. berikan pelukan setiap hari kepada anak.
  6. pandang anak dengan pandangan kasih sayang. jangan pandang anak dengan pandangan marah.
  7. berikan pujian atas kebaikan yang anak lakukan setiap hari.
  8. jangan mengharapkan anak tidak melakukan kesilapan. kerana kita sendiri pun masih melakukan kesilapan even kecik.
  9. family first.
  10. dalam mendidik anak, jangan mengeluh.
  11. dengarlah cerita anak kita. kerana masa tak akan boleh diulangi lagi.
  12. tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
  13. tunjukkan mereka cara untuk menenangkan diri mereka.
  14. buatkan sedikit persediaan dalam menyambut hari lahir mereka.
  15. kemungkinan anak kita bukan pertama menerima ganjaran. mereka memerlukan kita untuk mengajar lebih dari sekali.
  16. luangkan masa bersama anak dengan aktiviti luar. pegang tangan mereka ketika berjalan.
  17. dengarlah mimpi ngeri anak. mimpi ngeri adalah begitu real dalam mimpi mereka.
  18. hargai permainan kesayangan anak. elakkan mengambil/membuang tanpa pengetahuan anak.
  19. janganlah biarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam dari kita.
  20. terimalah kenyataan bahawa anda juga bukan ibu bapa yang sempurna.
  21. jangan selalu membawa bebanan kerja hingga kerumah. big NO!
  22. anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, dengari lah mereka.

"ANAK ANAK IBARAT KAIN PUTIH, KITALAH MENCORAKKANNYA MENJADI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI"

info : facebook
update : hp

BELIAN TIKET ETS SECARA ONLINE

Adik balik kampung | ceritanya adik shu nak balik rumah mertua dia dulu dari KLIA. pjj dengan isteri. dengan anak kembar di dalam kandungan. pujuk hakaknya belikan tiket ke Ipoh sebelum balik kampung di Kedah. 

waktu macam ni agak dikira waktu genting nak beli tiket balik raya sebab pasti tiket semua tinggal hujung tanduk. nasiblah adik shu balik awal minggu raya tu. takpa lah try and error kot ada rezeki untuk dia. antara langkah -langkah untuk beli tiket secara online:

1. pastikan ada akaun ktmb online untuk mudahkan kerja. kalau belum ada boleh sign up. login ke laman web https://intranet.ktmb.com.my/ktmb_mw.

sign up

login

2. kemudian, pilih menu sebelah kiri dan cari "new booking". kemudian keluarlah benda alah ni. pilih ikut citarasa masing-masing. kemudian tekan butang "search". biar benda ni jalankan kerja dia search tiket yang masih ada. jap lagi korang nak bayar dia, so korang rileks dulu.


3. bila masa dan waktu ngam dengan pilihan korang, boleh lah tick mana-mana yang korang nak. dekat sini masa shu online masih banyak seat kosong yang belum di booking.


4. kemudian, boleh lah isi detail penumpang yang terlibat seperti nama penuh, no ic awam, tentera, tarikh lahir dan jantina. kalau malas macam shu, shu akan buat favourite, so lepas ni dah tak payah isi details dah. kemudian tick "select seat".


5. kemudian akan keluar seat seakan-akan seat kapal terbang. shu tak sempat nak print screen bahagian seat tu. korang tick mana seat yang korang nak ye. jangan malu-malu, kalau nak tukar boleh untick saja. lepas dari tu, click next, proceed ke payment. 



6. langkah terakhir untuk buat bayaran. kalau tak silap shu, medium pembayaran ada banyak jugak di sini, antaranya Maybank2u dan banyak lagi. pastikan hp/pc/laptop korang allowed pop-up tu. then proceed lah buat pembayaran.



7. selesai pembayaran. korang akan terima resit melalui email dan tiket dalam bentuk pdf. samada nak print atau tak terpulang pada korang. shu tak print pun, shu simpan yang pdf format tu dalam hp. then send kepada adik shu yang ada di Sarawak sekarang ni. nanti pandai-pandai lah dia. selamatkan negara boleh, takkan hal tiket pun tak boleh handle. hahahaha (gelak jahat kakak nya)

setahu shu, tiket tu valid kalau save dalam format pdf. dan nampak bar code dia. insyaAllah selamat sampai ke destinasi.

nota : tiket ets ke utara untuk musim perayaan ni di buka semula pada 11 Mei, rujuk SINI



by : handphone

27 May 2018

KEMENANGAN REAL MADRID


Congrats Real Madrid | terjaga sahur tadi dalam jam 4.10 pagi, dengar ada orang dok jerit + bebel. ingatkan sapalah, rupanya jijoi dok layan final Real Madrid dgn Liverpool.

sambil tunggu nasi masak, terlelap shu pun depan tv. kengkonon nak support jijoi tengok bolalah pada mulanya. kesudahan, nasi dah masak tukang masak masih lena di ulit mimpi.

apa apa pun Liverpool cuba lagi next time. shu ni sokong bola sepak Kedah ja.!hahahaha

25 May 2018

0029 PENGHULU


Salam Jumaat

23 May 2018

#14 TOM YAM AYAM


Favorite | makanan yang shu tak boleh tinggalkan sejak azali. hiperbola sangat bila cakap macam tu. ni makanan yang dengan pantas masuk ke ruang pikiran shu kalau nak masak. bila di tepis-tepis baru dapat masak masakan lain. kalau tak memang hari-hari makan tom yam dik non. 

Resepi : Tom Yam Ayam

Bahan – Bahan A:
4 biji bawang merah
2 biji tomato
1 batang serai

Bahan B:
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 kiub tom yam knor
sayuran (carrot, cauliflower, jagung kecil, cendawan & kubis)
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
20 biji cili padi
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air
garam & gula

Cara – Cara:
  • tumis bahan A sehingga garing.
  • masukkan tomato, biarkan hingga hancur tomato.
  • masukkan ayam. lepas tu masukkan pula air.
  • bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayuran, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika.
  • akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  • siap untuk di hidangkan.
gambar : google

Giveaway RamadhanRaya 2018 by aerillhassan

Klik gambar untuk sertai GA.

Giveaway ini akan berlangsung dari 11.59 malam 17 Mei 2018 sehingga 11.59 malam 11 Jun 2018

#13 PUDING KARAMEL


Puding Karamel | dah lama si bapaknya mintak shu buatkan, dari minggu lepas. dari hari ke hari tak terbuat jugak. nasiblah tak merajuk. boleh di bawak berbincang lagi pasaipa shu tak boleh buat puding ni. :D buat malam tadi nak habaq dekat hampa. simpan dalam peti ais. 

tak boleh shu buat dalam waktu yang sama. sebab shu takda periuk khas untuk mengukus. shu guna periuk nasi elektrik yang datang bersama tempat mengukus tu. kalau dah masak nasi, memang tak boleh nak mengukus jawabnya. :(

Resepi : Puding Karamel

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air


Cara cara:
  • panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. 
  • goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, masukkan air. masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
  • tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais.
  • telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. masukkan semua bahan lain. kacau sehingga sebati. 
  • tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus tadi.
  • kukus selama 45 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
  • bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan karamel sedikit kering. angkat dan sejukkan. 

gambar : google

APA PUNCA TIDUR BERDENGKUR? ATASINYA DENGAN CARA INI


Dengkur | bila tidur korang terganggu tiba-tiba dengar orang berdengkur. macam shu, kalau bunyi sikit akan terjaga. kadang-kadang dak sophea ni letih bermain, malam-malam berdengkur jugak dia. mengekek gelakkan dia, tak padan dengan kecik.

semua orang akan berdengkur, baik jijoi, shu mahupun dak sophea sendiri. shu dengan dak sophea geng, kalau terlalu letih berdengkur lah kitorang. stres pun boleh jadi penyebab tidur berdengkur ni. kalau nak tau, orang berdengkur ni mengganggu-gugat tidur orang lain tau? hoho kalau-kalau yang dengkur kuat. nak nangis mak.

Punca Tidur Berdengkur
  1. Badan yang berlemak - apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur. itu yang menyebabkan tidur berdengkur.
  2. Usia - semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.
  3. Rangka Badan Besar - lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita. sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita. oh, patutlah!
  4. Masalah Hidung - selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur. dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung. ni kes dak sophea.
  5. Postur Tidur - postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.
  6. Mengambil Ubat - mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.
  7. Merokok - mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru. selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain.
Cara Atasi Tidur Berdengkur
Jadi bagi yang memang tidur berdengkur,sebelum masuk tidur, pastikan anda lakukan ini:
  • Bersihkan Saluran Hidung - jika anda selesema, lapkan cecair saline pada lubang hidung dan keringkan sebelum tidur.
  • Guna "Nasal Strip" - ia boleh dibeli di pasaraya atau farmasi. tampalkan pada hidung.
  • Suhu Bilik Dalam Keadaan Lembap - bilik yang kering meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput di hidung dan tekak, lalu menyebabkan ia membengkak. apabila bengkak, pernafasan akan terganggu. salah satu cara untuk mengelakkannya terjadi ialah dengan memasang ‘humidifier’ dalam bilik.
  • Ubah Posisi Tidur - tidur terlentang menggalakkan lagi dengkuran. letak bantal atau apa sahaja di sisi yang boleh mengelakkan anda daripada tidur terlentang. biasakan tidur terlentang sehingga ia menjadi tabiat.
  • Elak Makan Ubat Tidur atau Sedatif - ubat-ubat ini akan menyebabkan otot di sekitar leher relaks dan tidak mengganggu pernafasan.

Jikalau kesemua langkah telah diambil masih lagi berdengkur, tolong buat pemeriksaan di hospital atau klinik.


sumber : sirap limau

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA


Giveaway | first time masuk blog sis ni, suka tengok bunga di header blog dia. ditambah dengan gambar-gambar yang cantik. cuma blog archive tu kalau letak sebelah post senang nak tengok previous post. ok bye :D

TERM AND CONDITION
  • Follow Blog Nadiaizzaty ( the follower gadget on the footer page )
  • Follow Bloglovin' Nadiaizzaty ( click the link here). whoever has the Bloglovin' account.
  • Follow Instagram @nadiaizzaty.nia ( click the link here )
  • Follow my new Instagram account @trulybynia ( click the link here ). This account solely for my flat-lays collection. 
  • Last but not least, do an entry with the title, " SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA ". ( Kindly, backlink the entry to this blog post )
  • Publish your entry and left your comment in the comment column. 

This giveaway will be starting from 23rd April 2018 - 24th May 2018

22 May 2018

RAMADHAN KE-ENAM


Enam Ramadhan | orang tua-tua cakap jangan menghitung hari berpuasa. mak shu cukup marah kalau shu dok mengira hari berpuasa. hihi benarlah, kalau kita menghitung terasa lambat nak berbuka. tapi kalau tak menghitung, sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung, macam sedih pulak nak tinggalkan ramadhan ni. jadi sekarang ni, shu hanya tengok di kalender untuk update status ni. kahkah.

kalau korang perasan, semua entri resepi masakan shu, semuanya berkaitan ayam. yelah. sebenarnya shu memang penggemar makanan laut. tapi disebabkan jijoi tak makan makanan laut, jadinya shu pun kurang masak makanan laut di rumah. boleh di kira berapa kali sebulan. harini ada pasar malam, ingat nak mencuba makanan laut pulak sikit. udang, sotong, ikan. perghh. jijoi mesti pening nak makan apa.

tahun ni tahun masak nasi berbuka di rumah. di sebabkan nak berjimat dan yang lebih penting, makanan yang kurang bahan perisa tambahan. setakat harini, baru 2 kali jijoi beli kuih di bazaar. 

#12 AYAM MASAK KURMA


Ayam Masak Kurma |  disebabkan shu dan jijoi makan ayam masak merah, dak kecik ni nak makan ayam masak kurma pulak. katanya nak ayam putih. pening ibu pikir.

Resepi : Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:
3,4 ketul kecil ayam
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
1/4 kotak santan
1 batang serai
sedikit minyak
garam & kiub sup ayam knor
3 biji cili hijau - untuk yang makan pedas, dak sophea tak makan pedas lagi, so shu tak letak cili hijau

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang


Cara-cara:
  • panaskan sedikit minyak
  • tumis bahan kisar hingga wangi bersama serai.
  • masukkan rempah kurma, dan gaul sebati, guna api perlahan supaya rempah tak cepat hangit.
  • masukkan ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
  • masukkan santan, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  • masukkan garam, kiub sup ayam knor.
  • perlahankan api hingga terbit minyak.

Nota : ni portion seorang makan dan orang tu adalah dak sophea berumur 3.3 tahun.

gambar : google

#11 AYAM MASAK MERAH


Ayam Masak Merah | ini masakan berbuka semalam. disebabkan tak dan pegang handphone, maka tak dan nak update. gambar semuanya dari carian google. nak ambik gambar masakan shu memang tak sempat sebab cedok masuk mangkuk standby nak berbuka dah. hihi dah masuk perut baru teringat nak bergambar. sadis.

Resepi : Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
3/4 ayam
Serbuk kunyit
Garam halus
3 sudu besar sos chili
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato (dicincang kasar)
2 sudu kecil gula pasir
2 batang serai
Bunga lawang dan kulit kayu manis
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 kotak santan

1 biji bawang Holland (dipotong bulat)

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili kering
4 cm halia

Cara-cara:
  • lumur ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan bersama kunyit dan garam.
  • panaskan minyak dan goreng ayam seketika. kemudian toskan minyak.
  • tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi. kemudian masukkan bunga lawang, kayu manis, dan serai.
  • masukkan sos cili, sos tomato. kacau rata dan masak hingga pecah minyak. 
  • masukkan tomato. biarkan sehingga hancur. masukkan santan, kacau sehingga mendidih.
  • ayam goreng, garam dan gula. memandangkan bulan ramadhan ni, shu main tabur saja perisa. tambahan sedikit kiub sup ayam knor.

Tips :
  1. sebelum masak, semasa masak, pastikan semua barang bersih. nanti boleh keracunan.
  2. masak cili kering hingga pecah minyak sebab kalau tak nanti bau cili. shu memang akan masak lama cili kering tu.
  3. ayam goreng masak sepenuhnya. shu tak boleh makan kalau ayam ada merah-merah lagi. nak nangis saja rasa.
  4. bawang, cili kering, dan halia shu memang letak banyak dalam setiap masakan shu. baru sedap. hihihi.


gambar : google

20 May 2018

#10 AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA


Agar agar Santan Gula Melaka | sebenarnya dilema nak buat puding karemel ka agar agar biasa. tapi last-last jadi agar agar lain pulak dah. hahaha 

Resepi : Agar Agar Santan Gula Melaka

Bahan-Bahan:
• 10-12 gram agar-agar
• 3 1/2 cawan air
• 3 helai daun pandan
• 1 biji telur
• 1 cawan santan pekat
• 1 cawan santan cair
• 1 ketul gula melaka
• 1 sudu besar gula merah thai
• 1 sudu besar gula pasir
• 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
• Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
• Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
• Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
• Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
• Tuang dalam loyang dan sejukkan. sebaik sejuk agar agar sudah separuh, dak sophea angkut makan.

#9 GULAI AYAM


Gulai Ayam | berpuasa di rumah bersama dak sophea ni sesuatu yang mencabar jugak. haha dengan melasaknya, dengan 24/7 nak makan saja. bertabahlah ibu dengan dak ni. harini dia req nak ayam masak kicap macam semalam lagi. tengah hari ibu dah start masak, jiran yang dengar pun mesti pelik sebab awai menumis.

Resepi : Gulai Ayam

Bahan-bahan tumis:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sk jintan
Gula & Garam
Serbuk Kari

3/4 ekor ayam - potong ikut kemampuan
3 cm Lengkuas
1 batang Serai
Asam Jawa
1 biji tomato
10 batang kacang
2 butir Cengkih
3 cm Kayu manis
1/4 kotak Santan

Cara-caranya:
  • satukan semua bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  • masukkan ayam, tomato dan kesemua bahan kecuali santan, dan kacang.
  • biarkan sehingga mendidih. masukkan santan dan kacang.
  • sentiasa kauk gulai supaya kuah tak meruap dan tumpah.
  • ayam sudah empuk, boleh padamkan api.
  • tunggu jam 7.00 petang boleh panaskan semula untuk juadah berbuka. ☺️

gambar : google

19 May 2018

#8 AYAM MASAK KICAP PEDAS


Ayam Masak Kicap Pedas | asingkan ayam pedas dengan tak pedas. karang mek sophea tak boleh jamah, pedas. huhu

Resepi : Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :
3/4 ekor ayam (gaul bersama garam, kunyit, rempah kari & goreng)
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 sb kicap cair
1 sb kicap pekat
5 sb kicap manis
2 biji kentang (potong bulat )
Garam
1 sb jus limau
bawang Holland & cili padi (potong)

Bahan kisar:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara menyediakan:
  • Goreng ayam yg sudah di letak garam, kunyit & rempah kari
  • Goreng pula kentang yg dipotong tadi
  • Tumis bahan-bahan yg dikisar hingga kekuningan/agak garing. kemudian masukkan sos tiram, sos cili. kacau dan tambah air 1 cawan. Masukkan kicap cair, kicap pekat & kicap manis.
  • Masukkan ayam, kacau. then masukkan garam.
  • Masukkan jus limau. biar sebati kuah.
  • Bila kuah dan ayam sudah sebati dan agak pekat. Masukkn bawang Holland yg dipotong bulat bersama cili padi.
  • Siap. bole dihidang.

gambar : google


18 May 2018

#7 AYAM MASAK LEMAK CILI API



Ayam Masak Lemak Cili Api | sebenarnya masa scroll fb pagi tadi ternampak ada friend list share resepi ni. terus terasa mengidam nak masak. tunggu lah sampai balik rumah tadi, terus masak. hasilnya berbuka ayam masak lemak cili api bersama, sup ayam untuk sophea dan bendi goreng telur.

Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:
3/4 ayam - potong kecil dengan kulit sekali
1 kotak santan / santan perah
Secubit Garam
2 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar:
10 - 15 tangkai cili api hijau
5 - 8 tangkai cili merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara cara:
  • Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 
  • Kisar semua bahan kisar hingga lumat. 
  • Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
  • Masukkan bahan kisar dan kacau rata rata bersama ayam. 
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan asam keping.
  • Buka api perlahan sahaja sehingga ayam masak empuk. Tambah garam, jika perlu.
  • Bila kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.
gambar : google

17 May 2018

RAMADHAN PERTAMA

Ramadhan Pertama | alhamdulillah selesai ramadhan pertama dengan jayanya. dan macam biasalah nak biasakan diri, nak-nak waktu lunch. haha nasib tak p beli makanan.

berbuka puasa harini dengan nasi putih, ayam masak kurma, ulam, sambal belacan. extra kepak ayam madu dari bazaar. air strawberry bersama kopi o panas.

alhamdulillah selesai harini dengan jaya. tengah berpikir esok nak sahur makan lauk apa memandangkan malas, terasa nak buat telur goreng kicap.

16 May 2018

0028 ROMANTIC


15 May 2018

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Ramadhan Al-Mubarak | tadi kita dengar pengumumam tarikh mula berpuasa iaitu pada hari Khamis, 17 Mei 2018.

alhamdulillah semuanya dipermudahkan. tak sabar nak sambut Ramadhan tahun ni. tak sabar nak merasa nikmat berpuasa.

kepada semua blogger, selamat menyambut bulan Ramadhan. puasa jangan ponteng-ponteng ya. 😊

14 May 2018

Happy Mothers Day, mak


Selamat Hari Ibu | kemarin takdan nak update blog sempena hari ibu. yang  shu panggil mak. mak lah ratu hati shu. 

dulu masa kecik shu selalu jatuh sakit, di saat sakit demam maka dialah orang yang rajin picit dan jelum kepala shu walaupun terpaksa bersengkang mata tengah malam. masakkan makanan kegemaran bila anak-anak sakit. masa tak sakit makan ja apa ada.

masa berpantang, maklah orang paling busy sebab dapat cucu pertama. anak pulak berpantang di rumah. di rebusnya air herba semua setiap hari bermandi air herba. waktu makan masa berpantang di jaga. semualah sampai shu habis berpantang.

lepas tu mak nak jaga dak sophea selama 3 bulan di kampung, jadinya shu balik kl dengan jijoi. setiap hari mak update perkembangan dak sophea. sudah di jaga kami 3 beradik dulu, sekarang dia nak jaga pulak cucu pertama. bila cucu sudah besar, baru bagi kepada pengasuh. katanya dia tak harap orang jaga cucu dia yang masih kecik.

berharap sangat shu dapat beri kesenangan dan ketenangan kepada mak dan ayah untuk depa isi masa di usia hampir senja ni. walaupun tak banyak, harapan semoga depa gembira.

mak shu sekarang nun jauh di kampung, semalam call 3,4 kali tak berjawab. maybe busy. semalam juga antara jam 11 pagi, bapa saudara shu telah kembali mengadap Illahi kerana kanser paru-paru tahap 4. seluruh ahli keluarga bersedih. Al-Fatihah.




12 May 2018

Rezeki Masing-masing


Rezeki Masing-masing | antara kata-kata positif yang shu masih berpegang sampai harini. kenapa? sebelum ni shu berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga dak sophea dan berkemas rumah. bila tengok kawan-kawan update kehidupan dan kerjaya mereka kekadang cemburu. namun jauh di sudut hati shu bersyukur sebab dapat muhasabah diri dan menjaga dak sophea sepanjang tempoh tu. 

dan sekarang shu sudah bekerja, setiap bulan akan ada seminggu kena buat ot. disebabkan shu di jabatan pengeluaran, haruslah ot tu. hihi itulah, rezeki masing-masing bila buat ot hujung bulan dapatlah lebih sikit kan. jijoi pun bahagian pengeluaran tapi berlainan syarikat, cuti umum dia kena standby. hahaha jadi perancangan kami, kalau nak bercuti kena tersusun agar kedua-dua pihak tak rugi. kehkeh.

disebabkan minggu ni shu kena buat ot. takda lah membebankan pun sebenarnya, asalkan ada internet connection dan boleh buka excel. shu tengok pc jijoi boleh di guna, haa apa lagi. hahahaha bangun seawal 7 pagi, siapkan kerja 7.30 pagi siap. hihi dah boleh sambung tidoq sampai esok. 

semoga raya ni dapat beraya di kampung dengan mak ayah, adik dan abang, ipar dan anak buah, serta ahli keluarga yang lain, terutama tok. aminn.

Tips & Cara Potong Rambut Sendiri


Potong Rambut Sendiri | setiap kali sakit kepala mesti rasa nak sangat potong rambut. sebab kalau dah potong, terasa ringan sikit kepala ni. hihi 

bangun pagi tadi sakit kepala kemain dik non, makan ubat pun takda kesan. last-last tanya jijoi nak potong rambut boleh tak? dan yes! dia setuju lah kononnya. terus ambil gunting dalam almari depan jijoi, shu potong rambut. di balkoni rumah lah. hihi

dak sophea pun nak join jugak, padahal baru dua minggu lepas rambut dia kena potong. hihi sebelum raya pulak shu potong rambut dak sophea tu. 

nak tau macam mana shu potong rambut tak? ni step dia :
  • sikat semua rambut ke depan sambil tundukkan kepala
  • ikat rapat ke dahi, lebih kurang
  • pastu potong melintang
  • bila buka nanti, rambut tu lebih kurang dah layer.
low cost punya potong rambut. hihi lepas potong, terus mandi. :D hahahaha

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com


Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.


Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut uangtahun perkahwinan yang ke?

              
  • Jawapan : 26 May 2012


Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^


10 May 2018

10May2018 - Kerajaan Baru Ditubuhkan


alhamdulillah | pagi tadi berjaga sampai jam 5 pagi untuk nantikan keputusan pilihan raya kali ni. sebab kemut ja nak dapat keputusan, mata kena bertongkat lidi dah.

sebaik majority lebih kepada pembangkang, maka shu pun boleh terlelap pulak. hoho subuh pun terlambat. dalam jam 10 pagi dak sophea kejut nak p rumah pengasuh dia. mana p, ibu dan ayah cuti.

bila duduk rumah lama-lama ni,  paham la asyik nak makan tidur makan tidur. kang menternak lagi lemak-lemak dalam badan. siap berkemas rumah sekali ayahnya kena kemas. dak sophea kemas barang mainan, ibu menyapu, ayah cuci kipas.

apa-apa pun, alhamdulillah kita mampu mengubahnya. semoga kerajaan yang baru ni mampu mentadbir negara dengan baik. ☺️

09 May 2018

Tudung Ibu Pun Balun


Tudung Ibu pun Balun | balik kerja semalam, tudung letak di atas sofa terus masak sebab shu buat ot balik lewat sejam dari hari biasa. tengah dok masak tu kemas mana patut.

dak sophea diam saja di depan tv, ingat dia tengah leka tengok cerita kartun dia. sampai satu tahap tu nampak bayang dia keluar masuk bilik "game" ayahnya. masih shu tak layan lagi.

settle masak shu jenguk ke dalam bilik "game" tu, nampak 1 manusia ni dok mekap depan tv dengan tudung shu. ayah pulak siap pinkan tudung tu. sabarlah nak..

Kenduri & Adik Baby


Kenduri & Adik Baby | throwback punya kes. hari Ahad lepas, shu terima jemputan kenduri kahwin adik kepada officemate shu. gamaknya lama dah tak makan nasi kenduri. eksaited tahap dewa masing-masing. nasiblah kenduri dengan rumah bersin pun dengar. tak sampai 30km.

sampai majlis pengantin baru nak potong kek, dalam pukul1 macam tu lah. kami pun dengan selamber p jumpa tuan rumah dan terus p makan. hahaha

selesai sendawa semua, jumpa lah adik baby yang mana anak kepada officemate yang lain. kebetulan datang majlis juga. adik baby ni lah dak sophea nak jumpa sangat tu. haha iyelah ibu asyik cerita, dia pun nak jugak tengok sapa orangnya adik baby tu. đŸ€ŠđŸ»‍♀️


anak ayah kan, gediknya tak tau nak cerita lah. dia posing lebih. hahah


Hadiah GA dari Ms Pip


gift from Ms. Pip | alhamdulillah baru berkesempatan untuk update blog. baru-baru ni shu salah seorang yang bertuah untuk ga yang di anjurkan Ms Pip.

barang sudah sampai lama, tapi shu tak sempat nak p ambik di rumah mak mertua shu. bila buka, nala.. banyaknya yang shu terima! 😃

alhamdulillah.. semoga bertambah-tambah rezeki ms pip sekeluarga. terima kasih ms pip 😘

04 May 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa



Syarat-syarat:
1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget ada di page footer)
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
3. Follow Instagram @haqisfila dan @siqahiqa_
4. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa”. (please backlink).
5. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.

Fitnah di Akhir Zaman


Fitnah | zaman sekarang adalah akhir zaman bila kebenaran menjadi makin samar, kerosakan alam dan manusia sendiri, dan fitnah berleluasa. bercakap harga-menghargai, tidak membeza-bezakan orang, tapi tu semua teori. pada hakiki saling menindas dan memburukkan orang lain.

satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Firman ALLAH didalam Al-Qur’an
”Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)

memfitnah hukumannya lebih berat dari ketidaktaatan. Fitnah akan menyebabkan hukuman yang lebih berat dari Allah. Allah swt menghukum lebih berat orang yang membuat fitnah daripada orang yang membuat dosa besar. kerana fitnah akan menciptakan kebingungan.

fitnah akan menciptakan situasi dimana banyak orang akan terjatuh dalam dosa fitnah itu tanpa mengetahui bahwa mereka telah jatuh kedalam perangkap setan, dan tidak ada jalan keluar bagi orang yang membuat fitnah. tidak ada pengampunan bagi orang yang membuat fitnah. itulah sebabnya Allah swt tidak suka dengan orang yang suka memfitnah.

merata-rata shu perhati di kaca tv sekarang, kemain seronok kita berkempen dedahkan keburukan orang lain/pihak lawan semata-mata nak raih undi. nak cakap shu ni pro/kontra parti tu taklah, tapi dari kita tak tau apa-apa, habis sampai ke lubang cacing di cerita. masa sebelum pilihanraya ni takda pun cerita buruk-buruk. 

apa-apapun layankan saja.

Al-Kisah Push Pin


Al-kisah Push Pins | kisahnya kemarin masa lunch p kedai RM2 a.k.a kedai murah. kemain banyak barang shu jumpa, dari pen RM1 hinggalah ke cermin. alang-alang berjalan dalam kedai tu, grab satu dua barang. dengan rakus grab lah push pin yang kunonnya comel berwarna-warni.

bila nak guna pin tu, cucuklah ke partition di office kekunon nak memeriahkan meja dengan warna-warna ni. sekali hamik kau, jarum push pin tu kemain panjang lagi. tak lekat langsung pin tu. astaga...

maka terkuburlah push pin tu dalam setor. haahahahaha 

oklah, standby nak p lunch sekejap. :D daa semua. shu is sadis push pin tak boleh guna pun, penat membeli. kalau sesapa nak, boleh lah bagi.

01 May 2018

Teman Ibu Work di Hari Cuti Umum 1 Mei


Teman Ibu Work di Hari Cuti Umum | ibu janji nak bawak dak sophea ikut ibu work harini. bangun pagi-pagi tukar baju terus ikut ibu, mandi di tempat work ibu, katanya. amboi macam rumah sendiri pulak budak ni.

sampai office dia layan sebotol susu dulu. lepas tu nak mandi, lepas tu nak breakfast dan lepas tu mula naik tocang dia. bila bosan dah sampai tahap dewa gamaknya, mula nak main telefon tu, nasiblah telefon tu offline. hahaha hello lah sapa-sapa pun.

ibu bawak separuh hari tau, balik kul11.40 pagi macam tu. tapi letih tu gaya dia buat ot 24 jam. p lunch pun sambil makan dagu tu dah ke dalam pinggan dah. letih sangat lah tu. 




Hakak Sangat Anak Ibu Ni


hakak sangat | throwback sangat. ayah ajak teman beli barang, anak dara sorang ni kemain eksaited lagi. dia lah antara yang terawal siap. ibu dengan ayah baru nak sarung pakaian, dia sudah siap berkasut tunggu depan pintu rumah.

budak eksaited ni memang macam ni, naik kereta kena aircond sikit terus mata layu. haha dah terbaring lali. bila sampai tempat dituju, bangun macam takda apa-apa. dah terbiasa macam tu. layankan saja.

balik dari cari barang ayah, kita cari barang dapur pulak. bila dah hakak-hakak ni dia nak buat semua sendiri, tolak troli pun sendiri. kalau tengok dari depan, sah-sah nampak troli tu bergerak sendiri. :D ibu dan ayah bertabahlah.