Tok Kesayangan Ku

by - 19 April

tok kesayangan ku | beberapa hari yang lepas shu terima call dari kampung. menerima perkabaran yang agak menyedihkan. tok shu, kesihatannya makin hari makin merosot. ketenangan hati terusik bila mak call tengah hari tadi bagitahu majlis bacaan yaasin untuk tok akan dibuat esok petang di Kedah.

tambahan shu masih terlalu baru kerja, terpaksa hold perjalanan balik ke kampung kepada esok petang. semoga semuanya dipermudahkan. sedih pilu semua bercampur.

lama sudah tak berborak dengan tok. masa berpantang 3 tahun lepas, tok lah yang rajin hanyun buaian dak sophea ni tanpa henti sambil berkerusi roda. shu sakit berguling kena gallstone bladder dulu pun tok yang bagi moral support. sekarang dia terlantar, shu masih di sini. Allah... 

dak sophea pun sekarang rajin sebut nyang/moyang dia. rindu tok.. rindu nak dengar dia gelak.. last vcall dengan tok minggu lepas, nampak sihat lagi boleh tersenyum dengar cicit/dak sophea ni bebel. Allahu.. sebaknya..

doakan kesihatan tok shu kembali pulih. :(

You May Also Like

1 comments

  1. Sedihnya...atuk cuya dua2 dah takde...rindu,..

    ReplyDelete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you