Sophea Bersukan


Sophea bersukan | teman ayah bersukan pada mulanya, bola tak bawa pun. kami lepak dalam kereta berdua sambil makan cucuq pisang dan main dalam kereta.

sebaik cuaca makin redup, dak sophea ni meronta ajak nak keluar bermain diluar. di padang bola. nak tak nak kena lah bawak, sebab shu sudah berjanji kalau redup boleh bermain diluar. sebaik masuk padang, dia pasang gear 5 kau, berlarian merata sampai muka kemerahan! ibu dia makin risau sebab keterlaluan sangat mainnya!

bila dah penat, baru nak berhenti main. hehe sebaik rehat terus minum air, dahaga sangat tu. lepas tu dia sambung main pulak. ibu perhatilah sambil standby kalau-kalau ada bola sepak tersasar terkena dak sophea.




beriya main bola tak pakai kasut bola, dapat la sebiji bola main dengan ayah dan kawan ayah dia. seronok la ada orang melayan. 

balik rumah tertidoq sampai esok pagi tak bergerak. :D

Sophea Bersukan Sophea Bersukan Reviewed by Shuhaida Saad on 28 April Rating: 5

1 comment

  1. semangat anak muda macam ni kita mahu kan..;D

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90