Keletihan Ya Amat

keletihan ya amat | haaa nak ikut ayah berjalan sangat. ayah bawak merata jalan. seronok sangat dia boleh berjalan. sepanjang perjalanan balik ke rumah, punya lah borak dengan ayah bergelak bagai. sampai satu bab, dia terdiam saja.

ibu pelik, apasal budak ni diam. bila toleh kebelakang nah aihh... terlelap sudah. ayah belok sikit dah tumbang. haha



Share:

ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI





Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....




Share:

Balik Kampung Ibu, Jitra


Balik Kampung Ibu, Jitra | beberapa hari yang lepas dapat call dari kampung, tok shu sakit. kami pun berangkat lah balik ke kampung Jumaat malam yang lepas. 

alhamdulillah sebaik sampai dapat jumpa tok, berborak dengan dia, walaupun tok ingat ingat lupa. semoga tok sihat kembali.


ni lah hasilnya bila dua sepupu berjumpa. adik dengan abang, walaupun abang tu muda dari adik. hihi.. bila adik sudah balik KL, abang pun mencari-cari lah adik.

semoga tok shu selamat dan dipanjangkan umurnya. amin..
Share:

Balik Kampung 10 Minit


Balik kampung | huntung la balik kampung 10 minit dah sampai. siap bersiram pokok bunga bagai lepas tu main bola sepak dengan kakak-kakak. masa kecik ni kemain ringan tulang tolong ibu, semoga besar nanti rajin jugak ya. hehe

ibu nak balik kampung ibu kemain jauh 400 km. huhu





Share:

Tak Pernah Letih


Tak pernah letih | budak kecik ni memang tak reti letih la. kalau boleh setiap hari nak bermain. ibu dengan ayah pulak risau. as long as dia happy okaylah.




ni haa kemain nak panjat taknak ayah tolong. dah pesan dekat ayah jangan tolak bontot sophea sebab sophea nak panjat sendiri. haaa...
Share:

Sophea Bersukan


Sophea bersukan | teman ayah bersukan pada mulanya, bola tak bawa pun. kami lepak dalam kereta berdua sambil makan cucuq pisang dan main dalam kereta.

sebaik cuaca makin redup, dak sophea ni meronta ajak nak keluar bermain diluar. di padang bola. nak tak nak kena lah bawak, sebab shu sudah berjanji kalau redup boleh bermain diluar. sebaik masuk padang, dia pasang gear 5 kau, berlarian merata sampai muka kemerahan! ibu dia makin risau sebab keterlaluan sangat mainnya!

bila dah penat, baru nak berhenti main. hehe sebaik rehat terus minum air, dahaga sangat tu. lepas tu dia sambung main pulak. ibu perhatilah sambil standby kalau-kalau ada bola sepak tersasar terkena dak sophea.




beriya main bola tak pakai kasut bola, dapat la sebiji bola main dengan ayah dan kawan ayah dia. seronok la ada orang melayan. 

balik rumah tertidoq sampai esok pagi tak bergerak. :D

Share:

Day 17 – How you hope your future will be like



How you hope your future will be like | seorang ibu akan kekal sebagai ibu dalam menjaga, membesarkan, dan mendidik anak hingga menjadi manusia. risau seorang ibu bila anak yang dijaga belum mencapai kejayaan yang diharapkan. harapan shu sebagai ibu, nak dak sophea tu kekal aktif, dan menjadi berguna serta memberi kebaikan kepada orang sekeliling.

seorang anak akan selamanya menjadi anak kepada mak dan ayah di kampung, yang inginkan anak-anaknya berjaya dan mendirikan rumah tangga bersama orang tersayang. beroleh cucu dan seterusnya. dapat meringan beban mak ayah yang selama ni ditanggung. semoga segalanya dipermudahkan. amin.


Share:

Senarai Bloglist ShuhaidaSaad.com 2018


Alhamdulillah | tamat sudah segmen shu kali ni. ramai juga yang join. insyaAllah next time shu buat contest pulak. tujuan sebenar buat segmen ni nak ramai dan memeriahkan bw kemudian hari. yelah dah lama menyepi, link blog lama-lama pun sudah berubah, dan ada yang dah tak aktif.

pada yang nak bw bolehlah berkenalan dengan blogger di bawah ni semua. dan pada yang shu belum follow, harap bersabar ja. :D


1. http://byshaz.blogspot.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
2. https://perducinta.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
3. http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
4. http://www.mialiana.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
5. http://www.inanihazwani.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html#.WrkJ3YhubIU

6. http://www.bondezaidalifah.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
7. http://www.rasadantips.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html?m=1
8. https://jombercontest.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
9. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
10. http://littlestar20.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

11. https://belogsjm.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
12. http://akuainkausiapa.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
13. http://zzzyy.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
14. http://chea94.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
15. http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

16. https://rabiadawiyah21.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
17. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
18. http://sweetepalhijau.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
19. http://ucingkadayan.blogspot.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
20. http://pululudreams.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

21. https://www.nurzariniismail.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
22. http://www.farhanajafri.com/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
23. https://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
24. https://myhxna.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
25. https://hanaintown.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

26. http://sherlyanna97.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
27. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2018/03/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
28. http://ciknurul23.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
29. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-by-shuhaida-saad.html
30. https://rodiahamir.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

31. http://thekaellaaaa.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
32. http://www.sayidahnapisah.com/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
33. http://www.cikash.com/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
34. http://furinchan.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
35. https://thisni3zahata.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

36. https://lifeisgreatwithme.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
37. http://www.ciktie.com/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
38. https://www.aimanabdullah.com/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
39. https://poppao.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
40. https://beyoutaeful.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html

41. http://ombakbergigis.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html
42. https://nysachubby.blogspot.my/2018/04/segmen-bloglist-2018-shuhaidasaad.html


alhamdulillah... tak tau mana bloglist shu, ni haa sebelah kanan blog. seperti tertera di bawah.



Share:

Resdung Menyerang, Tolong

Resdung Menyerang | semalam makan laksa kaw, pekat semua lah. terlupa yang diri ni resdung. tahu lah kuah laksa kan kaya dengan belacan. sedapnya ya Allah..

harini bangun tidoq mata bengkak semacam ja. gatal kemain tak tau nak cerita. sakit kepala bagai. siap pakej bersin sampai terkeluar benda busuk ya amat. astagfirullahhalazim.

shu nak tanya kepada sesiapa yang pernah buat rawatan resdung di kawasan Balakong ni, tolong info. nak sangat buang, makin menjadi bengkak dan sakitnya.
Share:

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad


Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad

Pencarian bloglist bagi tahun 2018 untuk blog Shu bermula pada hari ini, 26/03/18 hingga 26/04/18 8:40 malam. 

Syarat-syarat :
  1. Follow blog Shuhaida.
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad", beserta banner.
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Senang dan mudah tak?

semua blog peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist shu.

jom support shu ..
Share:

nama blog baru shuhaidasaad.com

nama blog baru shuhaidasaad.com | alhamdulillah.. sebulan dah buat tapi takda masa nak tukar link baru. busy tu takda busy sangat pun, cuma 1 tak pandai, 2 laptop/pc rosak. update pun terpaksa guna handphone kecik comel ni.

nama blog masih sama iaitu shuhaidasaad. sebab tu nama shu. bertukar pun blogspot ke .com sahaja.

kepada semua peserta segmen, shu akan update secepat mungkin ya. terima kasih. 😘 
Share:

Day 16 – Short term goals for this month and why

Short term goals for this month and why | tak banyak goal yang shu kejar untuk bulan ni. untuk keluarga dan diri sendiri.

untuk keluarga :
  1. balik kampung. alhamdulillah dapat balik kampung sekejap jenguk mak ayah, tok dan adik beradik di sana.
  2. sesuaikan diri. akhirnya dapat menguruskan masa dengan dak sophea dan jijoi lepas waktu bekerja. waktu makan teratur dan waktu tidoq semua ok. alhamdulillah.
  3. kereta berservis. ini jijoi siapkan, memandangkan sekarang shu berkereta ke office. terima kasih jijoi.

untuk diri sendiri :
  1. perhiasan diri. alhamdulillah barang perhiasan diri macam baju, seluar, kasut semua boleh beli sendiri. tanak susahkan jijoi lagi. hee
  2. berulang alik ke office sendiri. kalau dulu jijoi kena hantar dan amik dari office. tapi sekarang bawak haluan masing-masing berbeza. eh! jangan pikir bukan-bukan, shu office sebelah luar bandar, jijoi pulak dalam bandar. haa macam tu lah.

alhamdulillah semua ni berjaya shu capai. semoga next month punya berjaya jugak, insyaAllah. semoga kalian semua berjaya capai impian korang untuk bulan ni, dan akan datang. amin
Share:

Tok Kesayangan Ku

tok kesayangan ku | beberapa hari yang lepas shu terima call dari kampung. menerima perkabaran yang agak menyedihkan. tok shu, kesihatannya makin hari makin merosot. ketenangan hati terusik bila mak call tengah hari tadi bagitahu majlis bacaan yaasin untuk tok akan dibuat esok petang di Kedah.

tambahan shu masih terlalu baru kerja, terpaksa hold perjalanan balik ke kampung kepada esok petang. semoga semuanya dipermudahkan. sedih pilu semua bercampur.

lama sudah tak berborak dengan tok. masa berpantang 3 tahun lepas, tok lah yang rajin hanyun buaian dak sophea ni tanpa henti sambil berkerusi roda. shu sakit berguling kena gallstone bladder dulu pun tok yang bagi moral support. sekarang dia terlantar, shu masih di sini. Allah... 

dak sophea pun sekarang rajin sebut nyang/moyang dia. rindu tok.. rindu nak dengar dia gelak.. last vcall dengan tok minggu lepas, nampak sihat lagi boleh tersenyum dengar cicit/dak sophea ni bebel. Allahu.. sebaknya..

doakan kesihatan tok shu kembali pulih. :(
Share:

Day 15 – Something you don’t leave the house without.



Something you don’t leave the house without | kalau tertinggal handphone boleh gerak p shopping lagi. tapi kalau tertinggal beg duit tak boleh buat apa. nak isi minyak lagi. kad, ic, semua dalam tu.

dalam tu lah terselit kunci segala semua. handphone tertinggal boleh guna public phone. tapi ada lagi ke? hehe kalau takda, boleh beli baru. habis cerita. 
Share:

Day 14 – Who are you?

Who are you? | kepada yang belum kenali shu, meh shu story sikit mengenai diri shu. 

nama penuh Noor Shuhaida. berumur lewat 20-an. kalau shu cakap 20-an, sila percaya lah. hehe. masih bekerja, menjadi part time house wife. 

dikurniakan seorang anak perempuan berusia 3 tahun 2 bulan. nama Sophea. berumah tangga pada tahun 2013 dengan suami bernama Jijoi. 

seorang yang tak minat warna merah. tapi kesemua barang yang dibeli berwarna merah. termasuk baju, kereta dan moto. hahaha 

seorang yang takut pada lipas dan kucing. eh! boleh dikatakan semua haiwan shu takut. kucing sebab ada pengalaman, hihi tapi kalau borak dengan kucing jauh-jauh tu insyaAllah boleh.
Share:

Day 13 – What kind of person attracts you?


What kind of person attracts you? | selalu yang buat shu tertarik nak mengenali perempuan lah berbanding lelaki. kalau masa bujang pun shu kurang berminat nak tahu hal kaum lelaki ni. melainkan memang kawan rapat, rajin membawang jugak.

perempuan,shu tertarik nak berborak dengan orang tu, bila nampak dia macam open, boleh berborak. pastu masuk air. kalau yang masam mencuka tu tak kisah, asalkan bila kita tanya sikit, jawabnya beribu. lama-lama cuka tu jadi manis lah kan. tapi kalau tanya dua patah, jawab nya sepatah, ok lah boleh gerak dulu paper rojer.

kalau lelaki pulak, shu rasa better shu diamkan diri hanya senyum. hahaha

Share:

Day 12 – A photo of something that makes you happy.


A photo of something that makes you happy | bila tengok gambar ni lama-lama nak tergelak pun ada budak sophea ni main itik sampai ke atas kepala. masa ni tak boleh berjalan lagi. sampai sekarang itik tu masih ada simpan. hihi sayang sungguh dengan itik tu.

seluar lain, baju lain. hahaha ni tok punya kerja. janji boleh pakai sudah katanya. warna tak kesah sama ke x. hihi
Share:

Day 11 – 5 facts about you.



5 facts about you | sehari dua ni, shu tak sihat, tak dan nak update blog. hihi tertinggal dua hari blog tanpa update. kepada yang merindui shu tu, harap maaf ya. kita mulakan bw harini sampai termuntah.

ok proceed ke 30 Days Challange, berdasarkan apa orang sekeliling cakaplah, tak tau betui ke idok. hahahaha


  1. suka biru, tak suka merah. actually shu tak suka warna merah, tapi setiap kali nampak warna merah, nampak menonjol terus tertarik. sebab tu barang-barang shu kebanyakkan warna merah, berbanding warna biru. hahaha
  2. manja dengan ayah. dulu selalu dapat perhatian lebih dari ayah. tapi sekarang bila usia makin meningkat, duduk berjauhan dari ayah, sekali sekala dapat call ayah. sebabnya tiap kali call cakap lama sikit, ayah bising takut kredit habis. haha.
  3. mulut laser sikit. kalau dengan adik atau abang, shu memang mulut laser sikit. haha anak abang pun sama, kalau nak marah tu marah jugak bila dia nakal. anak sendiri pun sama. kalau anak sedara sebelah suami, tak boleh laser sangat. hikhik
Share:

Kursus Dua Hari


kursus dua hari | selesai sudah kursus dua hari berturut-turut. kebetulan masa kursus pun demam teruk. nasib boleh layan lagi. kalau tak larat mau mc. huhu dua hari berulang alik ke Armada Hotel. alhamdulillah harini masuk office pun badan makin sembuh. :D

sepanjang dua hari ni, seronok sangat kursus ni, dapat jumpa kenalan baru. tambah ahli keluarga baru. maksudnya kursus dari syarikat yang sama, tapi berlainan department. bila dah kenal, keluar gila-gila dia. masuk air semua.

paling best, makan lah! tapi geng takda, tambahan demam, so pergerakan slow sikit. hihi
Share:

Day 10 – A photo of the item you last purchased.


A photo of the item you last purchased | nilah photo nya. breakfast di office bersama oreo kudapan hingga lunch hour. melantak sajalah kerjanya. hihi

dulu tak berminat oreo ni sebab manis, shu lebih suka biskut kering. biskut kering tak jumpa di kedai shu singgah pagi tadi, beli lah oreo ni. buang krim coklat tu, sambil cicah teh o panas pun sedap. :D
Share:

Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

Your current relationship, if single discuss how single life is | currently shu sudah berkahwin. :D pada tahun 2013, tahun ni anniversary ke-5 lah. tapi lambat lagi, bulan 8 nanti. berkahwin atas dasar suka sama suka. hee punyai anak seorang berumur 3 tahun 2 bulan. 

shu tak single, jadi tak boleh discuss lah ni. kbye. hahahaha
Share:

Day 8 – A picture of your favourite memory


A picture of your favourite memory | salah satu gambar kenangan lepas berkahwin yang masih kurus. hahaha kiranya sebelum mengandung. bersama kawan baik dan ex-office mate. 

selebihnya biarlah rahsia bak kata ct. :p 
Share:

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


A photo of an animal you’d love to keep as a pet | shu ni memang takut binatang, tapi kalau diberi pilihan nak ja bela ikan guppy. hahaha. yang lain ada risiko untuk geli, ni tak kan geli kot.

masa kecik-kecik dulu selalu nampak adik bawak balik ikan guppy. pandai pulak dia cari.siap letak dalam akuarium. abang shu pulak suka bela ikan emas. sebab ikan tu comel macam abang shu kot. :D shu tukang salin air ikan diorang saja. nak bela mak bising, kita tolong cuci akuarium dengan bagi makan.
Share:

Day 6 – A song to match your mood


A song to match your mood | tengah layan lagu ni di office. zasssss... :D 

Disana Menanti Disini Menunggu.

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana?
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya?
Bahagi kasih seadil-adilnya

Sungguh
Ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun ku tahu dia setia
Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Sungguh
Ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namun ku tahu dia setia
Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar
Untuk menguji

Share:

Day 5 – What makes you different from everyone else?


What makes you different from everyone else? | banyak perbezaan shu dengan orang lain. antaranya ;

  • anak perempuan mat saad dan fatimah. kiranya anak kesayangan ayah lah.kahkah sayang macam mana pun, ayah tak pernah pilih kasih. mak pun sama. dulu abang dan adik maybe pikir ayah pilih kasih, tapi bila sudah besar, dan masing-masing duduk jauh, baru diorang paham.
  • paling takut pada kucing tapi suka kucing. tengok takut tapi sayang. disebabkan peristiwa lama, shu takut. tapi masih nak borak dengan kucing.
  • suka window shopping. memang suka window shopping dari bershopping. sebabnya bila pikir keperluan dengan kehendak, buat shu tak jadi beli. walaupun dah pegang barang tu letak di kaunter. haha sebab tu jijoi tanak teman shu shopping. :D
  • tersangat sensitif. tengok cerita sedih yang tertinggal beberapa episod pun kalau part nangis shu akan nangis. :D masalah sikit ni.
Share:

0027 PINK SATURDAY


Happy Sabtuday | setiap hari sabtu minggu pertama wajibul kerja halfday. kemain liat nak bangun sebab nampak dua manusia dok rileks di rumah. seorang tu kemain tidur tak sedar ibu dia nak p kerja. hope bila bangun tengok ayah dok cakung di rumah, tak kalut cari ibu lah.

kebetulan harini hujan renyai-renyai, lagi lama dak sophea tu tidur. bangun mintak ayah bancuhkan susu, sambung tidur balik. kompom.

sampai di office hanya beberapa orang saja office mate yang mai, boss hajak shu p minum di luar. bolehlah nak mengular. hahaha sambil drive sambil borak, oklah takda kaku sangat. masa ni lah nak rapatkan hubungan staff dan boss. nasib boss perempuan, kalau boss laki, dah orang lain pikir macam-macam.

disebabkan sudah makan mee goreng tapau dari rumah, minum air teh o ais jawabnya. gila hujan-hujan minum ais. borak punya borak, dapatlah kenal boss shu serba sedikit. tak kenal maka tak cinta. :D
Share:

Thai Tea + Thai TomYam

gambar google

Thai Tea | macam biasa setiap hari jumaat kaum hawa aka makcik-makcik bawang ni p membawanglah sampai waktu lunch habis. masa tu nak p luruskan tulang belakang seharian duduk. ececeh macam lah sepanjang 4jam dalam office tak bangun. hihi

arah tuju kami masih sama, aeon big. pertama kali ke kedai makan tepi aeon big ni. selalu tengok tapi hati tak terasa nak singgah makan sebab tengok ramai orang disitu. harini office mate hajak order makan di sini. shu macam biasalah order bihun tomyam. 

office mate minta rasa thai teh dia. terbaik, pekat. sedap! tak puas beli 1 nak tambah lagi 1. hahaha tamak nya. kalau bagitau jijoi mau dia repeat. 

kalau sesiapa ada di kawasan berdekatan Bandar Tun Hussien Onn, boleh lah ke kedai sebelah deretan kedai baju di hadapan Aeon big. kalau tak selesa, boleh tapau balik makan di rumah. :D total order shu RM9.00. alhamdulillah.. kenyang sudah.
Share:

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.


Your favorite photograph of your best friend | antara gambar kenangan bersama kawan terbaik shu pernah ada. tiada kata yang dapat di ucapkan, hanya ribuan terima kasih dan doa yang terbaik buat kawan yang sorang ni, semoga dia beroleh teman sehidup semati secepat mungkin. masih single mingle! sapa berkenan bolehlah tanya shu ya? hee..

dari first day dia masuk kerja duduk sebelah meja shu. bertegur sapa terus sehingga harini berkawan, bermasam muka tu normal. dia duduk di Sg Buloh, shu di Cheras. adakala berjumpa di merata tempat. terlalu baik orangnya, shu sudah anggap dia macam adik kandung shu sendiri.

masa ni sambut birthday shu. :D beli kek peberet shu. muahh lah seribu kali! dak sophea pun dah mula rindu makcik ni, sebulan lebih dah tak berjumpa. hihi
Share:

0026 BEAUTIFUL FRIDAY


Happy Friday | May your Friday be beautiful, may your weekend be joyful, and may all your moments be wonderful!
Share:

Maybelline Nude Colour Lipstick


Maybelline | ceritanya siang tadi masa lunch p guardian jalan-jalan sambil tunggu order makanan siap. tertarik dengan warna nude ni. soft sikit warna. selalu merah terang shu pilih.

balik rumah mencubalah depan jijoi. sekali dia cakap 'macam tak pakai lipstick' kurang asam betui. hahaha

i is suka warna soft macam ni. nak pakai warna pink, memang tak lah. tak kena dengan warna kulit. hukhuk. pasrah ja simpan balik dalam handbag. hihi
Share:

Day 3 – Your idea of the perfect first date


Your idea of the perfect first date | pertama sekali haruslah meminta izin mak ayah shu dulu kan sebelum keluar berdating. disebabkan berjauhan, shu dan jijoi boleh dikira berapa kali berdating sebelum kami bertunang. hihi kenal sesama sendiri lebih melalui call dan "YM - yahoo massenger.

kedua, elakkan berduaan. shu dan jijoi berjumpa di Times Square dengan 3 kawan shu, dan 3 kawan jijoi. dah macam perjumpaan kawan sekelas lagaknya sebab kalau berjalan sekelumpok sekali. hihi nak bercakap pun malu-malu kucing lagi, walaupun penakut kucing.

sebenarnya shu bukan kategori nak susun rapi perjalanan setiap benda. shu ni jenis asal boleh saja. hahaha jijoi selalu plan semua ni. nak pakai baju warna apa, nak pakai kasut apa, dan banyak lagi. bagi shu, pakai selipar pun kasut dan boleh bergerak sudah cukup. hahaha

teringat first date dulu, shu pakai baju hitam bertudung pink. kebetulan jijoi pakai baju meron. warna ala-ala merancang. sebenarnya memang tak merancang pun. yang kebetulan tu sebenarnya terbaik. lagi banyak ter ter ter tu yang sebenarnya best. 

sebab setiap kali rancang mesti akan tak jadi! :D 
Share:

0025 FATHER

Share:

0024 STRONG PERSON


Share:

Perth Hari Terakhir


Hari terakhir | kami hanya pergi Chocolateria San Churros, Kardinya Coles, dan makan malam fish and chips yang terlalu besar portion dia. tak ingat nama tempat tu. dan yang terakhir beli cenderahati untuk di bawa balik ke Malaysia. (gambar takda)

sebenarnya masa makan fish and chips tu, sepupu shu siap tapau sos tomato dari rumah. ingatkan apalah dia bawak keluar dari kereta, rupanya sos tomato. hari terakhir gambar banyak, tapi tak pasti ada pada handphone siapa. ahahaha
sampai KLIA petang waktu Malaysia. dan kami berpisah dengan mak cik shu yang akan meneruskan penerbangan mereka ke Kedah. alhamdulillah, kami semua sihat. terutama dak sophea. :D

 
 

Share:

Day 2 — Your favorite movie



Your favorite movie | maaf ler kalau yang mabuk darah tu ternampak iklan di atas. cepat-cepat scroll ke bawah ya? sebenarnya shu memang suka cerita seram, menakutkan serta genre macam ni. buat kita pulak jadi 'pengarah filem' dia.

kalau ada orang nak belanja tengok cerita ni, terlalu lah gembira hati ini! hihi suami shu kurang sikit cerita macam ni. kalau fast and furious boleh dia melayan, katanya jalan cerita buat dia jadi geram, sebab tu tak minat. pulak. ;(

korang suka movie macam mana ya?
Share:

Day 1 — Your favorite song



Your favorite song | terbaru antara lagu peberet shu, adalah lagu di atas ni :D shumel sangat!!

Dato' Sri Siti Nurhaliza - Comel Pipi Merah

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupa nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurnian maha esa

Sayang disayang Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Di mana intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada

Sayang disayangi Timang ditimang
Alahai manja kuseorang
Sayang disayangi Timang ditimang
Cinta hatiku selamanya

Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung
Can mali can can mali can
Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)
Share:

Perth Hari Ke-Enam


Perth Hari ke-6 | Itinenaries kami ke Spring Valley Organic Orchard, Balingup. pun perjalanan agak jauh dari rumah sepupu. masing-masing tidur. di sini, kami di ajar cara petik buah epal terus dari pokoknya. sebelum petik tu, makan dulu.


sangat luas ladang ni sebenarnya. dan selepas penat petik epal. kami ke kilang pembungkusan epal ni. cara buah epal di asingkan mengikut saiz. dan dapat rasa epal yang dikeringkan. sedap! sangat seronok bila semua epal yang dipetik, dapat bawak balik Malaysia. haha

Share:

0023 FORGOTTEN

Share:

Minggu Pertama - Jom Sihat


Kevin Zahri | lepas kes haritu nak sihat bersama Kevin Zahri. ada tanda-tanda positif, bila setiap hari nak melabur saja. opsss.. oklah tu progress juga. hahahaha mengharapkan semoga semua lemak lari dari badan shu. p la berkampung di pulau mana-mana pun.

hari jumaat lepas timbang, agak menggembirakan bila berat mulai turun sebanyak 500 gram. kahkah. tapi takmo gembira sangat sebab office-mate shu timbang 4 kilo turun, esoknya timbang dah naik ke berat sebelum ni. hahaha penimbang tu tipu!

positifkan diri dengan breakfast harini buah pisang, tapi lunch nasi goreng claypot. petang makan buah pisang. malam pulak nasi dan tomyam! sekarang mulut terasa nak mengunyah lagi. gigitlah jari pun, janji tak makan. boleh x? hahahahaha  
Share:

30 Things in 30 Days Challenge

dalam blogwalking tadi di blog sis azah, terpandang entry NI. nak cuba jugaklah. bermula minggu depanlah. hihi

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


Share:

Perth Hari Ke-Lima


Hari ke-5 | perjalanan kami jauh untuk harini  dimana kami ke satu tempat yang memang tercantik sekali di Perth, The Pinnacles. perjalanan sejauh 250km macam balik Kedah rasanya. jauh sangat. hihi

kami tapau nasi dari rumah, jadinya takda lah banyak berhenti makan. paling terasa kelainannya berbanding di Malaysia, bila kita tuang minyak. penduduk di situ akan tuang minyak dahulu baru bayar di kaunter. cer bayang di Malaysia kalau tuang minyak dulu. hahaha

seharian kami ke The Pinnacles, balik rest sekejap. pada malamnya kami keluar lagi dan ke Kings Park. menikmati keindahan malam di sana. tersangat cantik dengan angin yang sejuk terlalu sejuk menusuk ke tulang. dak sophea paling suka, ibu sudah menggigil masa bergambar ni.

Share:

Happy Monday #3


Share:

Day 30 - One Last Moment


Jatuh Sungai | moment terakhirnya nak distory bila shu jatuh dalam sungai. :D macam baling batu ke dalam air, plup bunyi dia. hahaha

disebabkan tak pandai berenang, merangkak dalam sungai tu sampai ke tebing. air sungai yang payau tu sudah ku telan banyak. haha alhamdulillah basikal pun tak terjatuh sekali. hanya manusia yang tak pandai berenang ni saja yang jatuh.


Share:

Perth Hari Ke-Empat


Perth Hari Ke-Empat | letih tayah nak cerita, tapi seronok. sedar tak sedar sudah masuk hari ke-4 kami di sini. hanya kawasan terdekat saja, sebab keesokkan hari nak ke tempat lebih jauh. simpan kederat.

1. Perth's Blue Boat House. masa kami sampai pengunjung belum ramai lagi. dah puas bergambar, pengunjung mulai ramai. dalam rumah tu taktau ada apa sebab tak boleh masuk. :) terasa macam berjalan atas laut.


2. Murdoch University. p melawat tempat belajar sepupu sementara nak ke tempat lain.


3. King's Park & Botanic Garden.



4. Malaysia Hall Perth.


5. Chocolateria San Churros. malam tu kami makan di sini. dak sophea biasalah, saat genting macam ni dia tidoq.





6. ni bersebelahan tempat kerja sepupu. lebih kurang macam mydin jugak. tapi di sini barang yang kita beli kena scan sendiri dan bayar sendiri. macam mesin air tu.


sudah sampai rumah, baru jaga tidoq. bertabahlah ibu. haha

tamat hari ke empat..

Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (5) AmilSafwan (1) Family (4) Film/Drama (4) Giveaway (69) Info (14) Kehamilan (9) Lagu (4) Lifestyle (22) Makan (9) Parenting (4) Peribahasa (234) Perth (7) PNME (65) Resepi (31) Sharing (16) Sihat (9) Wordless (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *