Day 21 - Another Moment


Gallbladder | ni bukanlah gambar pokok ya, ni gambar organ dalaman kita. kredit : google. oklah, ceritanya pengalaman pertama shu hadapi selepas habis berpantang dak sophea 3 tahun yang lepas, memang takkan lupa sampai bila-bila. perit!

genap 42hari berpantang, shu sakit didalam perut. disebabkan masih mood berpantang, mak pun takut nak bagi sebarang ubat. jadinya, shu p emergency hospital Jitra, zon merah. lepas selesai bab tu, doktor sahkan shu ada gastrik. ok dapat ubat gastrik sebotol. selang 2hari, perkara sama berulang lagi, keputusan masih sama.

masuk hari ke-4, masih lagi jadi. mak njang shu ajak ke klinik swasta scan! ok apahal nak scan-scan sakit perut saja! dah la masih baru lagi bersalin ni. memang berkawat sakan lah masa tu. alhamdulillah dapat priority sebab shu masih baru lagi, jadi dapat special treatment. memang seronok, azab sakit tu tak tau nak cakap.

sebaik check, doktor cakap ada gallbladder. separuh dari hempedu penuh dengan batu ni. ya Allah, takutnya dengar masa tu. terus minta doktor surat transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah. semuanya berjalan dengan baik. dapat appointment semua. dapat ubat tahan sakit sementara waktu.

balik rumah, keesokkan harinya kena lagi. rasanya macam gastrik lah kot. sakit di ulu hati, terasa sampai ke belakang badan, kaki tangan terasa sakit tak tau nak cerita. senang cerita, berguling-guling minta tolong sambil nangis walaupun mak abang picit kaki dan tangan. sakit tak jugak kebah.

terus admit Hospital Sultanah Bahiyah masa tu. seminggu berkampung di sana, tunggu turn untuk operation buang hempedu. disebabkan shu ni penakut ya rabbi, kebetulan ternampak orang katil hadapan shu baru lepas operate, Allah.. nampak dia sakit. tetiba shu terasa macam sudah sihat. hilang semua guling, nangis tu. masa pakar mai nak masukkan pain killer, terus minta discaj dan berlagak sihat, walaupun masa tu terasa sakit lagi.

selesai discussion dengan pakar, dia berat hati nak discaj shu. lepas jijoi pun bersetuju untuk cuba rawatan traditional dulu, akhirnya pakar merelakan dalam terpaksa. doktor buat surat ke Hospital Serdang untuk follow up. keluar saja hospital, shu berusaha cari rawatan lain yang boleh selesaikan masalah ni.

akhirnya jumpa kaedah rawatan minum jus epal hijau dan olive oil tu. alhamdulillah berkesan pada diri shu. 2017 follow up, alhamdulillah gallbladder sudah move on! sampai harini masih berjaga-jaga dalam pemakanan.

penyebab gallbladder ni, keturunan dan salah satunya pemakanan kita, suka sangat makan makanan segera. Kepsi, mekdi, megi, tu puncalah tu.

itulah moment yang tak boleh shu lupakan hingga ke harini. entry terpanjang tahun 2018 ni. :D
Day 21 - Another Moment Day 21 - Another Moment Reviewed by Shuhaida Saad on 23 March Rating: 5

1 comment

  1. sangat berinformasi....baru tahu sakit ni disebabkan salah makan juga

    ReplyDelete

Ad Code

Ads 728x90