Segmen Bloglist by Zati




Syarat nak join senang dan mudah je!

1. Follow Blog zati > Follow <
2. Follow GooglePlus zati > Follow <
3. Follow Intagram zati > Follow <
4. Follow Facebook zati > Follow <
5. Add blog zati dalam Bloglist korang
6. Buat entry bertajuk " Segmen Bloglist by Zati "
7. Copy banner diatas dan back link kan ke entry ni.
8. Tinggal kan link ENTRY , INSTAGRAM , FACEBOOK dan GOOGLEPLUS korang untuk zati follow balik di ruangan komen bawah ni.

Day 29 - Your Aspirations


Be Happy | choose what to accept and what to let go.

0021 PAIN MAKES YOU MORE STRONG


Jumaat Bersama Ayah


minggu bersama ayah | minggu ni ayah dak sophea bawak berjalan ke semua shopping mall berdekatan rumah kami. puas dak sophea berjalan. setiap kali masuk kereta, tidoq tak sedarkan diri.

hari Jumaat (semalam) balik kerja kami tiga beranak ke The Mines shopping mall. sebenarnya ke sana nak cari kasut dan pakaian untuk ayah. tapi ayah biasalah, cerewet sikit bab-bab pakaian ni, langsung tak beli. 

penat berjalan makan di KFC sekejap alas perut. sambil luruskan kaki. letih berjalan! sophea paling gembira sebab kawasan luas, boleh dia berlarian ke sana sini. selesai semua kerja dalam pukul 10 malam, kami balik ke rumah letih bagai nak pitam.


di mana pun berada bola tetap di hati. kalau jumpa bola, benda lain lupa dah. lapa semua terus kenyang. :(



Day 28 - Something That You Miss


Mengeteh | zaman purba kala sudah berlalu. sekarang ni kalau mengeteh mengopi dengan jijoi. kekonon release tension. padahal p on wifi main game. dak sophea paling suka sebab dapat tengok didi & friends lama.

Kredit : Mengeteh

0020 FOCUS ON THE POSITIVE

Day 27 - Your Favorite Place


Shopping | tipu lah kalau cakap perempuan tak suka shopping. paling busuk pun, window shopping. hahaha terapi yang bagus buat masa ni untuk perempuan, dan perkara yang kaum lelaki takut. :D


0019 NOT ALWAYS EASY

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jua Kita Kembali


Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jua Kita Kembali | Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.. mendapat perkabaran yang kurang baik dari rakan sekerja shu. Ayah rakan sekerja shu telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad yang lalu.

hari ini baru berkesempatan melawat keluarga arwah. ternyata isteri arwah masih terasa kehilangan tu. arwah keluar belajar agama di majlis, jatuh pengsan dan menghembuskan nafas terakhir di masjid dimana arwah menuntut ilmu. selamat di kebumikan di liang lahad yang terletak bersebelahan masjid yang sama.

semuanya dipermudahkan. Allahuakbar.. sedikit sebanyak mengingatkan kita akan kematian yang boleh berlaku dimana saja kita berada.

Perth Hari Ke-Tiga


Perth hari ke-tiga | hari ke-dua kami lebih masa dirumah biasakan diri dengan suhu disini. kebetulan ada makan-makan bersama student disini. jadi kami duduk di rumah sajalah.

1. keesokan pagi kami bertolak ke Caversham & wildlife park . perkara pertama nak tengok kanggaru dan panda. selebihnya takda. first time ibu dan ayah tengok dan pegang kanggaru, terlebih eksaited dari anak. haha






2. The Margaret River Chocolate Company. di sini coklat sedap pun sedap. tester belonggok disedia. makan sampai terberon. yang bestnya, takda orang tapau bawak balik even tester sebesar-besar dulang. hihi shu paling suka coklat.


3. Kononnya nak ke House of honey tapi tutup pulak haritu. jadi kami ke Swan Valley. masa amat singkat masa ni, dengan dak sophea terberon. haha


4. seterusnya, kami ke Mondo nougat & morish nuts. budak ni paling happy, ayahnya dah mula nak selesema. hihi 


tamat perjalanan hari ketiga.

0018 FORGIVE OTHERS


Perth Hari Pertama

  

Perth Hari Pertama | plan nak ke Perth last minit sangat sebab masa tu makcik shu hajak. alang-alang shu dan suami takda masalah kesihatan, kami pun on lah. masa tu ada promosi tiket murah lah sikit, 3 orang dalam RM2,000. bertolak pada 12 malam. sampai saja di Perth airport, keluar wap bila bernafas. hahaha masa tu jakun ya rabbi. 

jadual kami sangat padat sepanjang seminggu di sana. sebaik sampai terus ke pasar beli barang mentah. sangat murah, kalau convert memang tak makan. haha kemudian kami berjalan ke Fremantle Market. disebabkan terlalu letih, tak banyak benda dan gambar sempat amik. :D dak Sophea tu masuk kereta terus lelap sampai ke petang.

1 ketul ulat beluncas sampai Perth. ok nak cerita, kami jimat dari segi penginapan, pengangkutan dan makanan. sebabnya sepupu shu belajar di situ, kemudahan semua di uruskan oleh sepupu, kami hanya bayar saja. :D dan recommend sangat sapa yang nak bawak selimut, boleh beli di ikea, sangat murah dan tahan sejuk. dalam RM20 ke bawah kalau tak silap shu.

Day 26 - Your Fears


Kucing & Lipas | antara haiwan yang paling shu takut adalah kucing dan lipas. haiwan lain pun takut juga. senang cerita semua haiwan shu takut. :)

ada peristiwa sedih, 23 tahun dah. masa mak shu bela kucing 2,3 ekor. kebetulan mak bersalinkan adik. baru balik dari sekolah, tetiba 3 ekor anak kucing berlari laju kejar shu. entahlah diorang kena rasuk ke apa, nak gigit kain shu. hrmmm tunggu lagi. tak cukup tanah lari. siap nangis, jerit. trauma! lepas tu memang jarak selamat shu dengan kucing 100 meter. bukan tak suka, tapi takut. hahahaha

lipas pulak tau sajalah kalau dia ada, mesti ada bau kan? kita dok sibuk cari kelibat dia, sekali dia terbang hinggap di tangan sambil jalan, geli ya amat. kalau yang berani tu, tolonglah buang lipas tu, jangan usik kawan. trauma budak tu nanti. :D

kredit : Lipas

0017 YOUR DAY


Day 25 - A First


Motor | ni bukan nak cerita shu beli moto baru. ni nak cerita first time kena tolak moto sebab minyak moto habis di tengah jalan! :( astaga.. jangan gelak ya? senyum takpa. hahaha

ni kes dah lama lah, kunonnya tak nak isi minyak di stesen A, nak jugak isi di stesen IDAMAN, stesen B. tinggal 300 meter sebelum stesen B ni, tiba-tiba moto meluncur laju. jawabnya tolaklah moto tu sampai ke stesen minyak. muka tu, tebal 300 meter sama jarak dengan stesen minyak dah. haha. 

kesimpulannya; isi lah minyak di stesen mana pun. jangan kena tolak moto sudah. paling sikit isilah RM3 sementara nak sampai stesen minyak IDAMAN kita tu. 

Happy Monday #2


Day 24 - Something That Make You Cry


Drama Sedih | antara yang senang buat shu sedih antaranya adalah drama yang sedih. hahaha walaupun tertinggal 5,6 episod kalau part orang tu menangis, shu pun menangis. :D kalau ikuti setiap episod mau beringus dibuatnya, kekonon feeling lebih. 

selain dari tu, ternampak video viral di FB kes penderaan ataupun kemalangan, automatik mengalir air mata ni. terbayang kesedihan keluarga mereka yang terlibat. minta dijauhkan semuanya.

0016 FAMILY LIKE TREE


Day 23 - Something That Makes You Feel Better


Move On | semalam kisah sedih, harini kisah gembira-gembira. setelah lalui ujian gentir, alhamdulillah shu dapat kerja sekarang ni, dan lebih secured. percaya akan aturan Allah S.W.T, insyaAllah hidup kita tenang.

apa yang menggembirakan shu, bila jijoi pun gembira. dia pun boleh berehat bila shu boleh tolong dia seperti sebelum ni. doakan kehidupan shu dan kita semua diredhai Allah S.W.T.

redha itu bila kita terima ujian Allah dengan hati yang tenang dan gembira.

0015 FALL IN LOVE


Day 22 - Something That Upsets You


Past is past | amat menyedihkan bila terpaksa resign dimana disitu kita mencari rezeki untuk keluarga kita. sedih sangat masa tu, jijoi terpaksa mencari rezeki untuk menampung berbelanjaan rumah. masa tu shu down sangat-sangat, hanya Allah tempat shu berserah dan mengadu sedih. siang malam jijoi bekerja. tapi tak pernah dia bersungut. :(

sebabnya ada sifat nak menjatuhkan orang lain, tapi orang lain yang terkena tempias. lepas shu resign, baru dapat tahu siapa puncanya. hrmmm mungkin bukan rezeki shu dan keluarga di situ. :)

Day 21 - Another Moment


Gallbladder | ni bukanlah gambar pokok ya, ni gambar organ dalaman kita. kredit : google. oklah, ceritanya pengalaman pertama shu hadapi selepas habis berpantang dak sophea 3 tahun yang lepas, memang takkan lupa sampai bila-bila. perit!

genap 42hari berpantang, shu sakit didalam perut. disebabkan masih mood berpantang, mak pun takut nak bagi sebarang ubat. jadinya, shu p emergency hospital Jitra, zon merah. lepas selesai bab tu, doktor sahkan shu ada gastrik. ok dapat ubat gastrik sebotol. selang 2hari, perkara sama berulang lagi, keputusan masih sama.

masuk hari ke-4, masih lagi jadi. mak njang shu ajak ke klinik swasta scan! ok apahal nak scan-scan sakit perut saja! dah la masih baru lagi bersalin ni. memang berkawat sakan lah masa tu. alhamdulillah dapat priority sebab shu masih baru lagi, jadi dapat special treatment. memang seronok, azab sakit tu tak tau nak cakap.

sebaik check, doktor cakap ada gallbladder. separuh dari hempedu penuh dengan batu ni. ya Allah, takutnya dengar masa tu. terus minta doktor surat transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah. semuanya berjalan dengan baik. dapat appointment semua. dapat ubat tahan sakit sementara waktu.

balik rumah, keesokkan harinya kena lagi. rasanya macam gastrik lah kot. sakit di ulu hati, terasa sampai ke belakang badan, kaki tangan terasa sakit tak tau nak cerita. senang cerita, berguling-guling minta tolong sambil nangis walaupun mak abang picit kaki dan tangan. sakit tak jugak kebah.

terus admit Hospital Sultanah Bahiyah masa tu. seminggu berkampung di sana, tunggu turn untuk operation buang hempedu. disebabkan shu ni penakut ya rabbi, kebetulan ternampak orang katil hadapan shu baru lepas operate, Allah.. nampak dia sakit. tetiba shu terasa macam sudah sihat. hilang semua guling, nangis tu. masa pakar mai nak masukkan pain killer, terus minta discaj dan berlagak sihat, walaupun masa tu terasa sakit lagi.

selesai discussion dengan pakar, dia berat hati nak discaj shu. lepas jijoi pun bersetuju untuk cuba rawatan traditional dulu, akhirnya pakar merelakan dalam terpaksa. doktor buat surat ke Hospital Serdang untuk follow up. keluar saja hospital, shu berusaha cari rawatan lain yang boleh selesaikan masalah ni.

akhirnya jumpa kaedah rawatan minum jus epal hijau dan olive oil tu. alhamdulillah berkesan pada diri shu. 2017 follow up, alhamdulillah gallbladder sudah move on! sampai harini masih berjaga-jaga dalam pemakanan.

penyebab gallbladder ni, keturunan dan salah satunya pemakanan kita, suka sangat makan makanan segera. Kepsi, mekdi, megi, tu puncalah tu.

itulah moment yang tak boleh shu lupakan hingga ke harini. entry terpanjang tahun 2018 ni. :D

0014 SUCCEED IN LIFE


Day 20 - This Month


Bulan Terbaik | Alhamdulillah bersyukur sejak awal tahun sudah aktif berblogging. dan kenalan makin bertambah. semuanya kembali normal.

dak sophea pun makin berisi, aktif. pembelajaran dia makin berkembang. baru 3 tahun, jadi cikgunya adalah ibunya. semoga rajin menelaah pelajaran walaupun masih banyak main-main. :)

kesihatan shu pun sudah kembali positif. kembali sihat. alhamdulillah.

tinggal beberapa hari lagi bulan tiga akan berakhir. masa berlalu terlalu pantas. semoga kita sempat berubah ke arah kebaikan. amin.

Birthday Giveaway by Mrs Pip


Syarat:-
  1. buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas
  2. wajib follow blog mrs pip
  3. ada IG, wajib follow instagram mrs pip : www.instagram.com/mrspip18 
  4. ada FB, wajib follow FB page mrs pip : web.facebook.com/MrsPip18
  5. dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah

Seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah :-
  • face mask jenama b.live (fine line stoppage sheer off crease) x 3 sheets
  • Suaviss Colmado body wash 30ml x 2 bottles (random fragrance : lime, coconut, strawberry, grapefruit, mango)
  • pre-loved novel
  • hadiah misteri (wang tunai / skincare product / beauty products / shawl / atau lain lain produk)

0013 FABULOUS


Nak join Tak?


Segmen | dipendekan cerita kalau shu sendiri nak buat segmen agak-agak ada yang nak join tak? 

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi


Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog Ombak Bergigi
2. Follow IG @ombakbergigi
3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"
4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini
5. Comment link entri penyertaan di bawah


March Giveaway By Penselduabee


Syarat untuk menyertai GA ini sangatlah MUDAH iaitu:

  1. Follow blog penselduabee, blog tarot the fool & blog ehbelogaku
  2. Add to Circle G+RadhiaRazali 
  3. Like FB page penselduabee & Sang Aura
  4. Follow Instagram Radhia87 
  5. Follow twitter RadhiaHaafiza 
  6. Komen mana-mana dua entri di blog penselduabee. Kalau lebih, lagi bagus. Top komentatorkan juga akan dapat hadiah. Bilangan komen dikira dari tempoh 5/3/18- 31/3/18. Komen di entri berkaitan dengan March Giveaway By Penselduabee ini tidak dikira.
  7. Buat entry bertajuk "March Giveaway By Penselduabee", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali).
  8. Publish entry tersebut
  9. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post ini.
  10. Share/ping entry "March Giveaway By Penselduabee" dari blog saya ini di facebook.

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.

Jom Sihat bersama Kevin Zahri


Jom Sihat bersama Kevin Zahri | pada awalnya shu hanya menggantikan office-mate sebab tak dapat attend program ni kemarin. office-mate shu baru lepas cabut gigi. kebetulan memang shu taktau apa kebenda program ni sebab first time join. jadinya ikut sajalah. hihi

program bermula jam 8.30 pagi. alhamdulillah selamat sampai jam 8.21 pagi. tu pun bagai nak tercabut jantung takut lambat. sebelum masuk ballroom dah nampak sarapan pagi. ok jamah dulu, lapaq. habis tu Kevin Zahri sampai, bergambar dulu sekeping dulu.

sesi bermula, Kevin sebagai motivator, terangkan cara amalkan gaya hidup sihat. sebagai orang yang kunon nak kurus ni kenalah bagi sepenuh perhatian. kami juga di ajar cara squat dan sit-ups yang betul dan tidak memberi tekanan kepada bahagian belakang badan.

program jom sihat tapi makanan yang disediakan terlalu sedap. bukan salah diorang, salah sendiri. haha masa lunch sudah bantai nasi kambing, ayam, ikan, sotong segala mak nenek. pencuci mulut pelbagai jenis kek. agak bila dah insaf, makan kuah spaghetti saja.:D minggu depan lah berdiet. hihi

target nak turunkan berat 12 kg selama 6 bulan ni, semoga harapan menjadi harapan. :)


orang tua-tua cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. haa mana rezeki kita tolak masuk perut semua. :)

Day 19 - Something You Regret


Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna | maksudnya sebelum melakukan sesuatu perkara, hendaklah difikirkan baik dan buruk agar tidak berlakunya penyesalan di hari kelak.

nak kata terlalu positif, tidaklah. kekadang bila Allah S.W.T uji kita, terbit dalam hati kan best kalau..., kalau itu, kalau ini. bila keluar perkataan macam tu, cepat-cepat ingat Allah. sebenarnya aturan Allah adalah yang terbaik.


0012 FORGIVE


Day 18 - Your Favorite Birthday


happy birthday | ni bukan entry birthday shu ya? hihihi lambat lagi nak celebrate. antara moment yang shu tak boleh lupa bila shu celebrate birthday di kampung bersama mak ayah abang dan adik.

oklah2. masa tu shu sorang baru berumah tangga. balik kampung mak nak buat juga majlis walaupun jemput sedara mara rapat. biasalah shu kalau ramai-ramai berkumpul ni, seronok lah. buat bihun sup, tanpa kek ok? hahaha


0011 POSITIVE VIBES


Dengki itu SMS


Dengki itu SMS | tau dak SMS tu apa? boleh dongak ke atas. eh jangan sampai ke kipas. dongak ke quote di atas ni. renungkan dan selamat beramal. :D

kiri kanan dengar ada orang sms dengan hidup orang lain. iolls kesian dengan mangsa yang terlibat. semoga mangsa dirahmati Allah s.w.t dan dipermudahkan kehidupan selepas ni. :( tak kuat, nak marah ada, nak nangis pun ada.

Rasulullah ﷺ bersabda; bermaksud:

“Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda:


"Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud - 4257)

Perbanyakkanlah membaca doa ini supaya dijauhkan diri dari mempunyai sifat hasad dengki. Jika keluarga ramai terutama anak-anak kita boleh juga di doakan kepada mereka. Jika ada kawan dan saudara yang jauh selalu dengki dan sakit hati boleh juga dibaca dan mohon pada Allah SWT supaya dijauhkan hasad dengki.

Kredit : Doa

Happy Monday #1


Day 17 - Your Favorite Memory


Favorite Memory | memory yang terindah dalam hidup shu adalah hari di ijab kabul. semua saudara mara dari jauh datang berkumpul, tok/nenek pun datang tidoq dirumah. kita reunion keluarga. paling jauh ahli keluarga shu di Johor. lepas adik bekerja di Sarawak, paling jauh adiklah. :D

selain kematian, kenduri adalah hari ramai sedara mara berkumpul. itulah saat yang terindah yang shu impikan.

0010 GREAT SUNDAY


have a good day | breakfast simple harini megi goreng bersama kentang goreng. korang breakfast apa tu? sudah 11.40 pagi baru nak update breakfast. hihi

nanti lunch, kita lunch di hospital ya? sebab mak mertua shu admit dari hari Jumaat lepas sebab kena heart attack, harap semuanya dipermudahkan. 

Day 16 - Your First Kiss


First kiss | bab ni terlalu sensitip. opkos lah lepas berkahwin. kalau sudah berkahwin ni paham-paham sajalah. hahahaha okbye!

btw, warna lipstik ni terlalu santek. adore!