Medical Checkup Suami/Isteri


alhamdulillah.. harini selesai satu bab. medical checkup both husband and wife. eh! jangan salah anggap pula ye? shu buat untuk kerja, suami buat untuk lesen GDL dia. kebetulan nak buat bersama jimat masa dan minyak kereta. :)

keluar rumah lebih kurang jam 7.40 pagi menghala ke Bangsar, tahu sajalah jem sampai lebih kurang jam 9.20 pagi. kami menghala ke Hospital Pakar Al-Islam di Kg Baru. dapat medical report lebih kurang jam 1.30 petang. di sebabkan dak sophea ikut sekali. kami lunch bersama, tengok budak kecik tu sudah lapar. pagi ibu tapau roti telur saja.

selesai semuanya dalam jam 5 petang, kami balik ke rumah. dak sophea seronok harini keluar sehari dengan ayah dan ibu. :) lepas ni ibu sudah kerja, kena duduk rumah pengasuh saja. huhu kesian dia.

Share:

Terik Matahari


mari melukis matahari bersama cikgu Sophea! habis semua buku ibu dia buat buku lukisan. harini takda warna saja, kalau tak habis 1 buku. asalkan bahagia, tak mengamuk tak tentu arah, sudah.

apa yang ibu nampak, teriknya matahari anak ibu lukis harini, macam real. ibu pun terasa bahangnya. setiap sejam terasa nak mandi. macam tu jugaklah anak ibu kan.. bahang.


Share:

Alhamdulillah Akhirnya



alhamdulillah setelah lama menunggu, akhirnya rezeki menyebelahi shu dan keluarga. syukur alhamdulillah.. boleh ke link sini.

hampir sebulan tidak bekerja, disebabkan hal-hal yang tak dapat di elak. jadi shu dan suami berpakat untuk shu resign buat sementara waktu untuk menjaga dak sophea. dan akan bekerja semula setelah semuanya selesai.

selepas ini, tamatlah zaman bersenang lenang shu di rumah bersama dak sophea. lepas ni kena kerja lah! huhuhu puas menternak lemak dari bulan Feb tahun lepas we. bulan Sept kerja sekejap lepas tu resign bulan Dec. ujian Allah.. 

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..


Share:

Sindrom Mak-mak


alhamdulillah. bila dah menjadi mak ni, sindrom mak-mak mai. asyik nak update pasal anak saja. sehari dua tiga kali kalau boleh nak update. laptop jarang boleh on, karang dalam handphone dulu, bila dapat on laptop, baru update 3,4 entri sekali gus.

harap pembaca sudi baca blog mak yang dah lama tak update ni, tunggang langgang update. hikhik
Share:

Rindu Mak


masa bujang dulu rindu mak boleh terus packing baju balik kampung. kalau rindu boleh duduk di kampung lama-lama. nak bergosip otp dengan mak lama-lama. semuanya boleh bersama tanpa rasa segan silu.

tapi bila sudah berkahwin, rindu mak hanya boleh call bertanya khabar. nak balik kampung kenalah minta izin suami dulu. nak balik lama pun tak boleh sebab waktu bercuti tak sama suami. nak bergosip pun tak boleh. hahaha

alhamdulillah dikurniakan seorang mak yang terlalu memahami anak perempuan dia yang sorang ni. berharap agar shu pun dapat menjadi seorang ibu yang memahami kepada anak dan bakal anak-anak, serta bakal menantu nanti. eh!

Share:

Budak Tosang Dua


alhamdulillah.. setelah genap umur 3 tahun, rajin sangatlah tolong ibu, dekat dapur, dekat meja makan, dekat depan tv. tambah-tambah kalau ibu mengemas, dak sophea pun tolong kemaskan sebab nak ibu cepat kemas. sambil tolong, sambil usha mainan apa nak main lepas ni.

kemudian dia sepahkan semula. ibu is sabar banyak-banyak, sebab kalau nak susu dak sophea akan mula kemas semula mainan walaupun ada drama air mata. hahaha..


ibu dah kaji balik masa mengandung dulu ada tak perangai suka menyusun barang ni, takda! jadinya ibu bukan perangai ibu. biarlah apa benda pun, dak sophea akan susun semua, baik mainan, kasut, bantal, pen ke pensel. 

Share:

Happy 3rd Birthday Girl


alhamdulillah.. tanggal 17 Feb 2015 Alisya Sofia selamat dilahirkan pada 8.30 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. jadi, NRIC bersamaan ibu, ayah sorang lain hikhik. tahun ni dak sophea genap 3 tahun. 

semoga alisya sofia menjadi anak yang solehah sihat selalu, mendengar kata, rajin belajar, dan banyak cakap! amin..

kebetulan dak sophea berkongsi bulan kelahiran sama dengan tok sebelah ayah, jadi kongsi kek bersama. baru happening..! alhamdulillah.. :)


bersama tok tersinta


ibu dan ayah tersinta


bersama birthday girls.

anak ibu ni pelat c. jadinya kalau bercakap banyak huruf C, menyembur air liur sebab jadi S. apa-apapun ibu bersyukur anak ibu boleh bercakap siap petah lagi.
Share:

Si Pemotong Sayur


alhamdulillah. rajin menolong ibu ni. ibu potong sayur dak sophea pun nak potong walaupun pisau dak terpeleot. hahahaha

semoga awak rajin tolong ibu sampai ibu dah tua-tua dah. amin..
Share:

Amber yang Gemuk


haritu ibu beli biskut yang ada gula ni, dak sophea ni suka tengok warna-warni. tertariklah dia nak beli jugak. ok ibu belikan dia.

sampai di rumah dia terus mintak ibu bukakan plastik, sebab nak makan sambil tengok tv, katanya. ibu pun pesanlah "jangan makan gula yang warna-warni tu sebab manis, nak gigi rosak". terus shu buat kerja di dapur tanpa follow up dia. dengar sayup-sayup dak sophea cakap "yela ibu, sophea tak makan yang warna-warna ni, amber yang makan ye?"

lama shu datang jenguk apa dia buat, diam saja. sekali tengok dak amber ni memang tengah makan gula warna-warna ni. nasib lah kau amber dapat kakak sophea. gemuk dak amber lepas ni. lepas tu dah tinggal sikit, mula lah sepahkan biskut tu.
Share:

Demam Panas


alhamdulillah.. masuk harini sudah 3 hari anak ibu, Alisya Sofia demam. risau ibu sepanjang 3 hari ni, tidur-tidur ayam ja. mana tak nya doktor cakap tonsil macam bengkak sikit.

jelum setiap masa, ubat tak pernah skip. ibu risau takut suhu naik mendadak lagi, dannn alhamdulillah.. harini ibu nampak perkembangan positif. positif dari segi keghairahan dia bermain. hihi sepah rumah!

kerja ibu pun hampir tertunda sudah 3 hari. dengan harapan esok bolehlah ibu p meeting ye sayam? huhu

ibu doakan sayam ibu senantiasa sihat dan cerdas selalu. aminn
Share:

RISAU ANAK TAK JAMAH NASI?

gambar ni, 2 tahun lepas di mana budak kecil ni masih belum boleh meniarap lagi. hanya tau angkat kaki buat senaman. makan pun nestum lagi. cepatnya masa berlalu. sekarang bukan setakat meniarap, siap memanjat berlari kemain laju.


para ibu dan ayah jangan terlalu risau kalau anak-anak tak makan nasi tapi makan benda-benda lain seperti kuih, biskut, mahupun buah. terutama anak yang aktif dan sudah pandai bercakap. usah terlalu bimbang sampai sakit kepala macam satu bebanan yang berat.

sebab apa shu cakap macam tu? ada sebabnya. 

sebenarnya anak-anak ni dah kenyang bila makan kuih, buah mahupun makanan sampingan lain. kapasiti perut diorang kecil dari kita. jadinya kita sebagai ibu dan ayah kena berkomunikasi dengan anak. dapatkan maklum balas dari anak.

janganlah di sumbat nasi dalam mulut anak sekiranya anak tanak makan nasi. kesian budak kecil tu, nak makan pun kena siksa. 

pendapat shu sendiri, bila anak tu dah boleh bercakap, mereka mampu untuk meminta apa yang mereka nak. contohnya, Sophea akan minta nasi bila dia lapar. adakalanya dia minta bihun sup. haa see.. kita sebagai ibu dan ayah sepatutnya menggalakkan komunikasi dengan anak-anak.

macam kita yang dah tua ni, ada kalanya nak juga merasa sesuatu yang lain. samalah anak-anak, boring ibu asyik masak sup ayam saja. nak juga makan mee goreng kicap ka, laksa ka. :)

selama 6 bulan menjaga Sophea sepenuh masa, baru shu paham dan lebih memahami perangai anak serta pemakanan dia. syukur alhamdulillah Allah s.w.t berikan kesempatan untuk shu membesarkan dan belajar tentang anak.

kepada ibu sepenuh masa serta pengasuh , shu sangat-sangat tabik spring buat kalian. penatnya hanya Allah s.w.t yang tahu. 


Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (321) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *