Selamat Hari Lahir Hubby

by - 23 January

Alhamdulillah.. hari ini 23/01/2018 genap umur suami 28 tahun. masih muda lagi. isteri nya mesti lagi muda gitchu. 

memandangkan mak mertua shu masih baru lepas buat pembedahan, jadi majlis kami tidaklah keterlaluan. makan-makan dengan sanak saudara saja. disebabkan shu tak sihat, makan/jamah makanan sikit saja berbanding orang lain. bila malam, sudah kebuluran. padan muka.

28 years old kek
atas permintaan birthday boy, request nak kek secret recipe dan ayam kepci, maka makan malam kami adalah kek dan ayam sahaja. air termasuk lah.. mak mertua dikecualikan, air masak, kena jaga sugar, esok nak p checkup. 

with lovely assistant
selesai jamuan makan, duduklah beristirehat dengan mak mertua dan kakak sepupu suami. borak-borak kisah lama. seronok dengar. uncle ada urusan di luar, jadinya tinggallah kami berlima berborak sampai pukul10.

kami tiga beranak sampai di rumah lebih kurang pukul11 malam. masa tu shu baru ok, baru kebuluran, baru nak cari makan. masa tu ayam sudah sejuk. makanlah ayam sejuk tu. hihihi.

You May Also Like

4 comments

  1. selamat hari lahir utk suami shu semoga sentiasa sihat dan berbahagia selalu aminnn

    ReplyDelete
  2. seronok sambut birthday ramai-ramai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok, masing-masing dengan gelagat mereka.

      Delete

You can say anything but please dont hurt me. Thank you