#6 BISKUT FAMOUS AMOS


Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 selama 15-20 minit. bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Nota:
  • Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
  • Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
  • Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Kredit resepi : Kak Azie
Share:

Rambut Baru Kontroversi



alhamdulillah.. bila seharian di rumah, ibu dengan sophea pun boring, maka jadilah aktiviti potong rambut anak sendiri dan berjalan-jalan berdua. 

tengok rambut sophea kemain panjang di depan, ibu pun naik rimas. settle rambut depan bila ibu potong rambut. alhamdulillah walaupun terkial-kial, taklah nampak macam kena gigit tikus. hihi

sebelah petangnya kami berdua turun untuk meronda. motip utama nak tuang minyak kereta saja. upah haruslah ada bila berjalan dengan mak jemah ni. tak sampai 20 minit hujan rintik-rintik, terus kami balik sebab takut hujan lebat susah nak masuk rumah.

gambar ni ibu upload dalam fb. tak lama lepas tu, makcik bawang call ayah sophea cakap somethings. peliks ibu bila kami berdua keluar dalam 1km dari area rumah pun nak bising, padahal bukan ibu dan sophea p mencuri, merompak ke. nak kami berdua mati kebosanan dalam rumah gamaknya. its okay, ibu kena positive selalu.


Share:

Aktiviti Mewarna 1 - Warna Kumpulan Objek



harini buat homework lagi. aktiviti harini adalah mewarna kumpulan objek yang kurang. alhamdulillah sophea boleh selesaikan aktiviti dengan baik dan berhemah.

ibu kena terangkan dan monitor satu persatu untuk pastikan sophea paham. untuk membaca arahan sudah tentu dia masih belum khatam A - Z, jadi, ibu jadi medium untuk pahamkannya. mula-mula kena sabarlah jugak.


Share:

Spagethi Kegemaran Sophea


tetiba tekak terasa nak makan spageti. bersilat sekejap di dapur. buat ala kadar sebabnya Sophea memang kurang sikit makan kuah, hanya makan spageti saja. pelik sungguh la. kebetulan ayah bekerja hari ni, ibu dan sophea is okay lunch spageti ja. 


Share:

Late For Dinner


alhamdulillah.. disebabkan malam ni hujan lebat. lepas balik dari rumah mak mertua, shu dan keluarga decide untuk makan malam di kedai saja. dapur tak berasap harini. lagipun jam sudah menunjuk angka 9 malam.

perut berkocak teruk minta di isi. samalah sophea, kesian dia, terpaksa tunggu lama untuk makan. kalau di rumah, kami berdua akan makan sebelum maghrib. lepas isya' kalau lapar hanya minum susu ataupun makan biskut saja.

nasib tak meragam.

Share:

#5 DONAT PARMESAN

alhamdulillah.. disebabkan kes semalam harini buat donat Parmesan pulak, tak puas semalam tarik popiah, harini kita tarik donat pulak ya. nampak tak ada donut normal ada donat gemuk. yang gemuk tu shu letak parmesan di dalam nya. :)



Donat Parmesan

Bahan-bahannya :
  • tepung gandum
  • susu pekat manis
  • yis
  • garam
  • air masak
  • minyak masak
  • mentega/marjerin

Cara-caranya :
  1. bancuh air masak bersama yis dan garam. air tak terlalu panas, tak terlalu sejuk.
  2. satukan tepung gandum, susu, mentega/marjerin dan minyak masak. gaul hingga tiada ketulan.
  3. masukkan bancuhan yis tadi. adun buat seketika selama 3 minit.
  4. biarkan selama 20 - 30 minit bertutup.
  5. bila adunan sudah mengembang, tumbuk sikit buang angin dalam badan adunan tu.
  6. boleh canai ikut kehendak masing-masing. boleh letak bersama parmesan, coklat, atau pun guna acuan donat.
  7. biarkan seketika di dalam bekas yang sudah di tabur tepung agar doh tak melekat.
  8. goreng hingga donat kekuningan.
  9. sedia untuk dihidangkan.
  10. untuk frozen, goreng sekejap untuk mematikan yis. boleh simpan di tempat beku bila donat sudah sejuk.


nota : tarik masa donat masih panas, hahaha best!


Share:

#4 POPIAH AYAM PERMESAN

alhamdulillah.. haritu ada order dominos pizza topping extra Mozzarella, encik suami kemain suka lagi topping macam tu, sedap katanya. esok siap belikan shu Parmesan buat stok. apa lagi melompat ke bintang lah shu pun. orang cakap rezeki jangan ditolak, utilize sepenuhnya!

terus capai kulit popiah buat cucuq!



Popiah Ayam Parmesan

Bahan-bahannya:
  • kulit popia secukupnya 
  • dada ayam (bahagian tulang ayam pun boleh kalau nak tercekik tulang)
  • cream of Chicken and Mushroom Campbell's 
  • 1 labu bawang besar-potong kiub 
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus 
  • 1 tin cendawan butang-potong nipis 
  • 1 batang karot-parut kasar 
  • parutan parmesan
  • serbuk lada hitam 
  • serbuk lada sulah 
  • garam dan gula 

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan ayam cincang dan kacau rata hingga ayam masak. 
  3. Masukkan karot. Biarkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan cendawan butang.
  5. Akhir sekali masukkan Cream of chicken mushroom dan gaul rata.
  6. Tambahkan sedikit air. 
  7. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu, serbuk lada hitam dan lada sulah dan sedikit gula.
  8. Balutkan popia, bersama parmesan, gamkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum dan simpan sekejap dalam peti ais supaya krim jadi pekat. 
  9. Kemudian bolehlah di goreng.

nota : sedap makan popiah parmesan ni sebab bila tarik tu. hihi cubalah! susah shu nak explain. 


Share:

Sophea Bersama Pen dan Buku baru

alhamdulillah.. selesai sudah beli barang dapur dengan anak dara sorang ni. kami berdua saja. ayah kerja, ibu tanam anggur buat sementara waktu ni, jadinya waktu orang lain sibuk bekerja, ibu dan sophea sibuk meronda di shopping mall. eh!


dapatlah habuan sebab sophea sangat baik bila dengan ibu. selesai semua kerja dalam pukul 2 petang. lunch pun dekat luar, breakfast pun dekat luar. perghh macam orang bekerjaya lah ibu dan sophea ni. hihi jadinya, ibu hadiahkan buku dengan pen berwarna sebagai ganjarannya.


maka keciwian pun melanda anak ibu dari shopping mall hinggalah sampai kerumah, asyik pengang pen dan buku tu saja. ajak ibu buat homework. ok ibu buatkan kertas kerja, sophea settlekan sampai habis.


paling ibu tak boleh move on lagi bila buat garisan pada mulanya nampak confident, tapi rupanya tersalah warna, tu yang tetiba ada garisan terbabas tu. :) hahaha..


alhamdulillah.. anak ibu dapat kenal warna dan huruf mahupun abjad. nak sebut tak tahu, tapi kenal abc macam mana, nombor 123 macam mana. pelat tu masih bersisa. kuning, sophea akan sebut tunin. oklah..! hihi lagi satu bawang, disebutnya awang! ibu is menangis bucu meja.




Share:

Selamat Hari Lahir Hubby

Alhamdulillah.. hari ini 23/01/2018 genap umur suami 28 tahun. masih muda lagi. isteri nya mesti lagi muda gitchu. 

memandangkan mak mertua shu masih baru lepas buat pembedahan, jadi majlis kami tidaklah keterlaluan. makan-makan dengan sanak saudara saja. disebabkan shu tak sihat, makan/jamah makanan sikit saja berbanding orang lain. bila malam, sudah kebuluran. padan muka.

28 years old kek
atas permintaan birthday boy, request nak kek secret recipe dan ayam kepci, maka makan malam kami adalah kek dan ayam sahaja. air termasuk lah.. mak mertua dikecualikan, air masak, kena jaga sugar, esok nak p checkup. 

with lovely assistant
selesai jamuan makan, duduklah beristirehat dengan mak mertua dan kakak sepupu suami. borak-borak kisah lama. seronok dengar. uncle ada urusan di luar, jadinya tinggallah kami berlima berborak sampai pukul10.

kami tiga beranak sampai di rumah lebih kurang pukul11 malam. masa tu shu baru ok, baru kebuluran, baru nak cari makan. masa tu ayam sudah sejuk. makanlah ayam sejuk tu. hihihi.
Share:

Langkah Jika Bungkusan Aluminium Susu Koyak (Mead Johnson)

entri sebelum ni, shu nak cerita pasai kes bungkusan aluminium susu (kotak) Enfagrow A+ terkoyak. kejadian ni sebenarnya dah lama berlaku, jadi Shu update gambar google. bukan gambar dari Shu sendiri.


ceritanya macam ni, Shu beli bungkusan (kotak) susu Enfagrow A+ 600g dipasaraya dekat rumah Shu, kebetulan hujung bulan, terpaksa beli kotak :) , selalunya Shu beli dalam tin 1.7kg tu. balik rumah Shu buka kotak dan dapati bungkusan aluminium tersebut koyak di bawah. 


kelam kabut + takut jugak apa Shu perlu buat kalau kes ni terjadi. sebab risau kandungan yang terdedah dan kesan setelah bungkusan terkoyak


  • call customer service Mead Johnson pada keesokan hari nya untuk buat aduan dan buat claim.
  • kenal pasti bar code kotak susu, tarikh luput, tarikh dikilang, semuanya tercatat dalam kotak susu itu sendiri, jangan susah payah p google pulak.
  • selepas dapat kenal pasti bar code yang terlibat. pihak Mead Johnson akan dapatkan alamat kita, untuk proses penukaran kotak yang terkoyak dengan kotak baru.
  • simpan dan jangan usik mana-mana bahagian kotak tersebut sehinggalah Mead Johnson hantar kotak yang baru. jangan memandai p potong ka p buang kotak ka. paham? (nada amaran)
  • selepas 3hari waktu bekerja (kalau tak silap Shu) abam pos yang hensem akan datang bersama kotak besar paras lutut Shu. bersama surat aduan dan sekotak susu yang baru, yeay!
  • walau macam mana keadaan sekalipun, suruh/paksa abam pos untuk tunggu kita packing dan pulangkan semula pada waktu yang sama. di sini, free of charge ok.
  • jikalau abam pos sudah balik, esok pergilah sendiri pejabat pos untuk pos semula kotak tu. :p

maka kejadian ini lebih kurang seminggu baru settle. nak tak nak terpaksa beli kotak yang lain sementara kes ni settle. :) nak tunggu kotak baru jugak, mau kebuluran Sophea ni.



terima kasih kepada pihak Mead Johnson kerana menyediakan servis yang terbaik ini. ini buat Shu tak nak bertukar ke susu lain ni. hehehe
Share:

Sophea Setia Bersama Mead Johnson

alhamdulillah masih dapat bernafas pada hari ini bersama dengan keluarga tercinta. harini anak ibu sudah menginjak umur 2 tahun 11 bulan. pada masa yang sama, meningkatlah umur ibu dan ayah. huhu tapi ibu masih rasa ibu di awal 20-an lagi. :)


ini jugak bermakna, sudah hampir 2 tahun anak ibu setia dengan susu Enfagrow A+ Step 3. antara perisa kesukaan anak ibu adalah perisa ASLI. kerana Vanila terlalu manis untuk Sophea. masih setia ok masih setia.




terbaru, enfagrow dengan MFGM Complex, 105mg DHA, dan banyak lagi kebaikan yang terdapat didalam setiap bungkusan susu formula ini. 


masih ingat lagi ibu pernah beli perisa vanila disebabkan takda stok masa tu, terus Sophea tolak susu. terpaksalah ibu cari perisa ASLI tuh. bertabahlah ibu. peringatan untuk ibu agar tak sesuka hati beli walaupun brand sama, perisa lain. sebab anakmu cerewet. huhu


untuk pengetahuan, kita boleh sign up untuk Enfamama A+ Club. dari situ banyak benefit yang ibu ayah dapat. antaranya adalah seperti mainan di bawah. haa.. permainan ini menguji/mengajar anak mengenal pasti warna, dan bentuk. 


Shu sign up masa beli susu Sophea dipasaraya tempoh hari. ada akak tu tolong registerkan. dalam masa seminggu shu dapat call dari Mead Johnson akan call dapatkan detail dari kita. kemudiannya kita akan dapat sekeping surat melalui pos.




next post Shu akan cerita kejadian bungkusan aluminium susu (kotak) terkoyak.


Share:

#3 KEK MARJERIN

lepas makan, kita makan lagi. sementara boleh makan, makan saja apa yang ada. kalau takda pun kita buat bagi ada.


Kek Marjerin

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur*
  • 1 cawan gula halus* (ni pun sudah manis)
  • 1/4 cawan gula perang*
  • 1sb ovalet*
  • Esen vanila*
  • marjerin
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara:
  1. satukan kesemua bahan bertanda * dan pukul hingga gebu gebas.
  2. kemudian masukkan minyak masak dan pukul selama 2 jam minit.
  3. sementara itu, panaskan oven suhu 170 selama 10 minit sebelum bakar.
  4. ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  5. masukkan bahan ayak tadi kedalam adunan sikit-sikit. sebatikan.
  6. masukkan adunan yang sudah siap tadi kedalam oven dan bakar suhu 180 selama 45 - 50 minit.

kalau nak berwarna, boleh letakkan warna kesukaan korang, shu sebab main masak-masak dengan anak dara ni, jadinya ada macam-macam warna.

nota : sukatan gula memang shu kurangkan dalam setiap masakan shu, sekiranya shu nak bekalkan kepada mak mertua. 
Share:

Hampir 3 tahun

pukul10 pagi keluar rumah dengan ibu nak p rumah tok ayah. pakaian dia sendiri pilih dan sarungkan. termasuklah tudung pink sebelah dia tu. ok ibu dah sedar anak ibu sudah besar sudah hampir 3 tahun.


masuk dalam kereta pakai seatbelt sendiri. tapi ibu kena bantu juga sebab sophea tak larat nak tarik sorang diri. hihi.. duduk dalam kereta diam, bila kereta sudah gerak, mulut pun sama bergerak.


bila sampai di lampu isyarat merah, dia sendiri akan cakap. ibu, "lampu merah untuk orang jalan, lampu hijau untuk sophea jalan". jalan sesekali kau sengaja langgar lampu merah, kang tak memasal kena jawab 10 kenapa dengan budak kecik ni. 


pukul1 petang bertolak balik rumah, dalam perjalanan balik, ibu hang kusyuk  bawak kereta, bila siap parking sekali toleh, nah hai. kesian budak kecik ni terlelap sudah, letih.


kesimpulannya. ibulah dukung dia masuk rumah. :)



Share:

#2 RESEPI ROTI PURI VIRAL

harini minum petang bersama anak terasa nak buat roti puri viral tu. barang semua complete, jadi shu teruskan buat roti puri viral.


Roti Puri

Bahan-bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sdt yis
  • 1sdt gula
  • 3sdb minyak masak
  • 1/2 sdt garam
  • 3/4 cawan air panas

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air panas. Gaul hingga berderai-derai
  2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Shu uli dengan tangan je.
  3. Buat bulat-bulatkan sebesar bola ping-pong
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Panaskan minyak masak.
  6. Gelekkan doh yang dibentuk tadi. Semasa menggoreng, siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Kredit gambar : Kak Suzie 
sebab shu cicah puri bersama sardin, letak gambar bersama sardin. gambar sebenar tak sempat snap sudah ke perut.

Share:

Beryl's chocolate Factory


lama sudah berjanji dengan bekas kawan sekerja shu untuk berjalan-jalan dengan dia, hampir dua tiga bulan tak berjumpa.

masa bekerja dulu, setiap pagi, tengah hari makan bersama, kerja bersama, semua nya bersama. kekadang bila stress lepak di pantry bersama. hoho. namun bila sudah berhenti kerja, semua itu hilang sama sekali. masih rindu.

harini kami menghabiskan masa hampir separuh hari bersama, termasuklah si kecik ni, sophea. mana taknya, asyik sebut aunty dia saja.

dalam pukul2 petang kami ke kilang cekelat Beryls. beli cekelat, manusia yang paling happy adalah budak kecik ni.

biasalah budak kalau dah cerdik sikit kalau nak bergambar, macam-macam ragam dia. ibu is tabah + pasrah.

selesai beli cekelat, baru terasa lapar masing-masing. huhu


Share:

Itik Salai Masthar

selepas penat berjalan dengan bekas kawan sekerja di Kilang cekelat, kami menjamu selera di Itik Salai Masthar di Bandar Baru Bangi.


bekas kawan sekerja ni memang kaki jalan & kaki makan, semua tempat makan best dia akan bawa Shu jikalau dia datang Cheras, kawan Shu ni tinggal ni Sg. Buloh sana.


Di Itik Salai Masthar ni, ada menu yang memang Shu suka, masak lemak cili api. ada pelbagai masak lemak, antaranya itik, ayam, daging, ikan keli dan dua tiga jenis lagi. kami sampai sudah petang, jadinya orang pun tak ramai.




gambar dari google. sejak ada anak ni, tak sempat nak snap gambar. sibuk dengan anak. hihi. kalau ada kesempatan lagi, Shu akan up gambar lain.


untuk Itik Salai Masthar ni, shu makan daging salai dia. sedap, tak liat dan nipis. nasi pun banyak. dan harga sangat berpatutan, iaitu kurang dari RM10. untuk anak-anak yang tak makan pedas, ada juga kedai lain yang menjual makanan tak pedas. di Masthar itu sendiri ada ayam goreng.


Share:

Status Pelawat Kepada Pekerja



alhamdulillah.. selesai sudah interview bersama sebuah syarikat. berdebar + takut semua bergabung bersama. kebetulan hari yang sejuk, hujan sepanjang hari. semoga rezeki milik shu dan keluarga.

Share:

MIL Heart Attack



genap seminggu mak mertua shu di hospital akibat serangan jantung kali kedua lepas operation 26/12/17 yang lepas. dua hari lepas keadaan mak mertua amatlah kritikal, namun harini sudah ada tanda-tanda positif. alhamdulillah berkat doa, yaasin dan solat hajat dari semua.

risau masih berbaki. semoga semuanya dipermudahkan. tahun 2012, arwah abah mertua meninggal disebabkan jantung juga. Allah, minta semua dipelihara.


Share:

Roti Cicah Sirap Ais

kisahnya petang tadi penat berjalan-jalan, singgah kedai mamak untuk minum petang. siap beli roti untuk minum petang. gayanya macam berkelah, padahal di kedai mamak saja. sebaik minuman yang di order tadi sampai, maka dengan rakus dua beranak ni ambil roti cicah dengan sirap ais. nikmat sungguh rasanya. hihi




untuk kami berdua, itu adalah perbuatan normal. tapi tidak bagi ayah nya, itu adalah ganjil dan pelik. :) mungkin ayahnya belum sertai team ibu dan anak ni lagi. perlahan-lahan kita invite ayah masuk team kita ya sophea. hihi


masalahnya budak sebelah tu perhati saja sophea makan macam tu, teringin lettew. bila nampak shu nak snap photo, terus dia pandang ke tempat lain. hehe pada shu, kita ke mana-mana dengan diri kita sendiri, takyah jadi orang lain, atau tahan diri dari melakukan aktiviti yang kita suka, sebabnya tak semua orang suka dengan kita, dan tak semua orang tak suka kita. 


janji hidup happy dan kita enjoiiii...!


Share:

Salam Tahun Baharu (minggu pertama) 2018

hampir ke penghujung hari bekerja buat minggu pertama tahun baharu 2018 ni, seronok sebabnya tahun baharu, azam baru dan semuanya serba baru.



kejadian yang paling ketara di minggu pertama tahun baharu adalah :

  1. typo memanjang bagi tarikh, terbiasa tulis dan taip 2017. :) nak menangis mak.
  2. semua system baru, seronok seperti kitalah pengasas sesuatu system tu, sebab belum ada history. kemain kau jah.
  3. sesuatu kerja yang diberi, bila di tanya "bila bagi?" jawapan nya "tahun lepas, 29 Disember lepas. (nak menangis rasanya)
  4. mood pun masih baru. kunon-kunon macam staff baru, buat-buat blur ja.
  5. nasiblah office/boss tak baru. kalau tak jenuh.


paling terasa bila tahun baharu umur pun makin bertambah 1 angka. nasib lah angka depan masih sama. masih kekal dengan angka "2" uolls. kalau dan tukar ke angka "3" fefeeling mak-mak dah. :)
Share:

Selamat Pengantin Baru Firdaus


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik Shu sudah menjadi suami orang. pada waktu tu Shu tidak dapat hadirkan diri atas sebab tertentu, sedih saja. namun adanya telekomunikasi yang makin maju ni, boleh la Shu tengok dari jauh secara live. :)

sedih memang lah sedih, gila kau semua adik beradik berkumpul, kita saja takda. :( nasib lah masing-masing paham, saling melengkapi. syukur.. selesai semua sebelah pihak perempuan, turn sebelah pihak lelaki pula. masa ni barulah Shu dapat sertai majlis.

Majlis bertandang sebelah lelaki, kami buat secara kecil-kecilan. disebabkan majlis perkahwinan terakhir dari keluarga kami, maka meriahlah sahabat baik sahabat ayah, abang, adik, kak ipar dan Shu sendiri.

majlisnya bermula pukul12 tengah hari sampai 6 petang. sophea sampai demam panas sebab cuaca terlalu panas dengan orang ramai. terpaksalah Shu bawak p KMC. iyalah, balik kampung baru nak sesuaikan diri, sudah push untuk main dengan sepupu, haa hamik kau, demam. haha nasib tak warded, kalau tak lagi naya.

penat melayan tetamu. alhamdulillah semua makanan cukup-cukup takda yang terbuang. :) selesai majlis lepas maghrib semua kami bergotong-royong cuci pinggan cawan mana yang masih berbaki. masa majlis, penanggah dah buat. nak-nak pengantin baru, siap terpijak paku lah ceritanya.

keesokkan harinya masih teruskan usaha membersihkan persekitaran rumah, memandangkan dikampung luas, maka hasilnya lambatlah selesai kerja-kerja pembersihan ni. hahaha sampai ke petang baru siap. 

selesai kerja tu semua, Shu pun berangkat balik ke KL, esoknya dah kerja. :)

Share:

Followers

#Cancerfighter (1) AlisyaSofia (14) AmilSafwan (1) Family (11) Film/Drama (8) Giveaway (9) Info (22) Kehamilan (9) Lagu (10) Lifestyle (30) Makan (18) Parenting (7) Peribahasa (321) Perth (7) PNME (65) Resepi (30) Sharing (52) Sihat (9) Wordless (1) Work (1)

Contact Form

Name

Email *

Message *